San dan Minie saling bertatapan dengan wajah bingung dan gugup
Kini bisikan demi bisikan mula terdengar daripada para gadis yang mengutuk Minie. Tentulah, San merupakan lelaki paling pintar di sekolah di tambah lagi dengan wajah yang tampan. Pasti ramai yang menyimpan perasaan cinta padanya
"bangun Minie" Dita menarik kawan baiknya itu bangkit berdiri semula. San turut bangun dalam keadaan bingung dan malu. Dia memukul debu di belakang bajunya
"Maaf San!"Ucap Minie gelisah. Langkahnya terus dibawa masuk ke dalam kelas tanpa sempat San membalas apa-apa.
Dita dan Ryujin segera mengikut langkah Minie yang semakin menjauh.
" oi "Mingi iaitu kawan baik kepada San menepuk bahu lelaki itu secara spontan. Pantas San berdiri menghadap Mingi
"San! Kau tak nak fight dia ke? Berani dia baring atas dada kau
Dia fikir percuma ke?? Kau tak marah dia ke?" Mingi pula yang kecoh dalam hal ini.San mendecit "Dia tak sengaja. Biarlah dia" malas ingin perbesarkan hal sedangkan itu cuma perkara kecil bagi San. "Kalau kau tak nak fight dia, biar aku fight dia!" Mingi berpaling ingin mencari Minie tetapi segera San menariknya kembali
"Eh tak payah. Kau ni kecoh la. Kan aku dah cakap dia tak sengaja. Aku yang kena langgar, kau pula yang panas dah kenapa?" San mengangkat kening sebelah
"Sebab kau tu milik Seohyun. Mestilah aku bising. Aku tak nak Seohyun patah hati" Jawab Mingi buatkan San mengeluh panjang. Mingi sering kaitkan dia dengan Seohyun sedangkan mereka berdua langsung tiada hubungan apa-apa.
"Betul ke Seohyun suka aku? Dari haritu aku dengar dari mulut kau. Kau ni bukan boleh dipercayai" San meragui Mingi. Dia memegang dagu cuba membaca fikiran Mingie sama ada benar atau bohong
Mingi mengangkat tangan bersumpah "Aku tak tipu. Seohyun tu suka kau. Dia bagitahu aku sorang je"
"Kalau suka buatlah cara suka. Luahkan. Sorrylah.. Aku bukan sejenis yang confess dulu" Ujar San sebelum masuk ke dalam kelasnya. Malas ingin lama-lama dengan Mingi kerana pasti topik Seohyun yang akan dibicarakannya. Bukannya dia tak suka Seohyun.
Sungguh dia tak kisah untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan yang mencintai dia kerana dia sangat hargai perasaan seseorang padanya
Namun untuk mempercayai Seohyun suka padanya amat sukar kerana tiada tanda-tanda bahawa wanita itu menyukainya. Lebih lagi Seohyun sering memberikan jelingan maut padanya.
Itu ke suka?
San melihat Minie sekilas di meja belakang. Minie sedang menyebambkan muka di meja sambil 2 orang kawannya memujuknya agar bertenang. San duduk di tempatnya menghadap ke papan putih
Minie mengeluh. "Itulah kau nak sangat lumba. Kan dah jatuh atas crush sendiri.." ada tawa dalam kata-kata Dita.
Minie angkat muka dengan wajah masam "Ish. Tak apa lah. Asalkan aku menang. Sila belanja aku Mc D!" Minie menukar topik
"Ya nanti kitorang belikan. Siap tempah meja awal-awal nanti"jawab Dita dengan senyuman ada makna
"Tapi meja untuk 2 orang je la. Kau dengan San" usik Ryujin
"HAHAHAH" serentak Dita dan Ryujin gelak besar menjadikan Minie rimas "Aku dah cakap aku tak suka dia.. Aku minat je faham tak?" Minie bertegas
"Dah la Minie. Tak habis-habis dengan minat kau. Kitorang tahulah kau memang sukakan dia."Kata Ryujin yang masih lagi berbaki tawa
Minie memeluk tubuh, geram. Kawan-kawan mereka langsung tak tahu perasaannya yang sebenar. Baginya minat dengan cinta itu perkara yang sungguh berbeza.
Minat sekadar suka tengok si dia manakala suka pula berniat untuk menjadi pasangan sehidup semati dengan si dia.
San bukanlah cintanya. Dalam hatinya telah pun ada seorang lelaki yang sudah lama bertakhta. Bukan San orangnya tetapi lelaki berdekatan San...Dia takut untuk luahkan pada sesiapapun termasuk Dita dan Ryujin
***
M
inie berjalan keluar dari kelasnya dengan langkah perlahan. Mengingatkan hal tadi membuatkan pipinya membahang semula namun hatinya sakit kerana semua pelajar mengutuknya. Dia masih ingat sakah satu kutukannya ialah
'San dan Minie ibarat permata dibalut surat khabar.' what the fish?
"Yah Kwon Minie"
Minie berpaling lantas terkejut dengan kehadiran Mingi dan Wooyoung. Hatinya berdegup laju
"Hi~" Minie melambai tangan dan sambung berjalan dengan lebih laju kalini untuk mengelak mereka berdua
"Yah sini kau" Mingi lebih pantas menolaknya berpaling semula menghadap mereka berdua
"Aku yakin kau kenal seohyun"
"Ya aku kenal Seohyun" Minie mengangguk
"Jadi jangan dekat dengan San"
"okey tak dekat dah"
"Bagus" Mingi dan Wooyoung berlalu pergi begitu sahaja. Perlahan-lahan degupan jantung Minie kembali reda "Wah hensemnya" Dia memegang dadanya dan tersenyum malu setelah melihat salah satu daripada lelaki tadi
Dalam masa dia tersenyum seorang diri, tiba-tiba matanya bertaut dengan mata San yang dari tadi memerhatikan dirinya.
"Alamak"San hanya tersenyum kepadanya dan terus maju berjalan pulang
Choi San
Kwon Minie(Y/n)
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanfictionSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.