6¦ Sibuk

57 15 3
                                    

Perkara pertama yang Minie lakukan setelah bangun dari tidur ialah memeriksa telefonnya.

Tiada mesej dari San. Mesej dari MKN ada lah. Dia mengeluh panjang. Dia terus menelefon San.

...

San berlari mendapatkan telefonnya yang berbunyi di atas katil. "Siapa ni? Takut sasaeng fan la"
Dia keliru sama ada mahu angkat atau tutup

"Tapi kalau Minie macam mana?"
Laju San menekan butang hijau lalu meletakkan telefon di telinga. Dia memilih untuk diam sebaliknya menunggu suara dalam talian

...

Minie turut diam apabila San tidak berkata apa. "Erm.. He.. Lo?" dia bersuara
"Oh! Minie rupanya! Saya ingatkan siapa lah tadi" San bernafas lega

Minie pula memutarkan bola matanya. San masih tidak simpan nombornya "Yah.. Cepat simpan nombor saya. Sampai hati awak tak mesej saya dulu" Minie bernada kecewa

"Hihi.. Janganlah marah. Saya dah cari nombor awak dalam group kelas tapi.. Semuanya sama jadi was-was saya"

"Hmm lelaki suka bagi alasan"

"Hm? Awak ada yang lain sebelum saya ke?" Soal San terkejut.
"Eh ramai.. Okey San jumpa nanti. Saya nak bersiap" Minie terus mematikan panggilan

San menjadi kecewa "Ramai?" mukanya berkerut

***

Minie menaiki motornya ke sekolah. Setibanya dia di sekolah, dia disapa oleh Mingi di tempat letak motor.

"Beraninya kau. Kan aku dah suruh kau jauhkan diri dari San. Boleh pula kau ajak dia couple. Depan mata aku pula tu" Mingi menatap Minie dengan pandangan tajam

Minie mengetap bibirnya sebelum melawan "San yang ajak aku couple dulu" Jawabnya selamba sambil membuka helmetnya lalu diletakkan pada bakul motor. Motornya dikunci sebelum dia berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah.

Mingi berjalan bersebelahannya "Baik kau ajak dia putus sebelum perkara bahaya berlaku dekat korang berdua" Mingi memberi amaran

"Apa yang kau nak buat dekat kitorang berdua? Pukul? Sanggup ke nak pukul kawan sendiri. San tu kawan baik kau kot"

Mingi menolak bahu Minie sehingga dia tersandar pada loker "Bukan aku lah bengap tapi Seohyun" Mingi berbisik. Minie membulatkan matanya terkejut.

"Mingi.. Kau buat apa ni?" Pandangan mereka berdua beralih pada Wooyoung. Minie menolak Mingi jauh darinya lalu dia berjalan cepat ke kelasnya

Kehadirannya di dalam kelas disambut baik oleh Dita dan Ryujin "Wah kawan kita sorang ni dah bahagia. Kita bila lagi kan?" Dita berlanggar bahu dengan Ryujin

"Bahagia benda. Nombor aku pun dia tak simpan. Aku ni siap letak emoji love tau dekat dia. Dia pula langsung tak tahu mana satu nombor aku. Ish!" Bebel Minie geram

"Hahaha korang ni comel la" Ryujin hanya ketawa "Ha panjang umur San" Dita melirik ke arah San yang baru masuk ke dalam kelas. "Dah jom. Jangan kacau orang bercinta" Ryujin menarik Dita kembali ke tempat duduk mereka di belakang sekali

San yang baru hadir terus meluru ke meja Minie lalu dia mengambil tempat Hongjoong yang masih belum hadir

"Awak buat apa dekat sini? Ni tempat Hongjoong. Pergi duduk tempat awak. Saya tak suka macamni. Saya nak rahsiakan hubungan kita" Minie berusaha menolak bahu San tapi sikit pun dia tak berganjak

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now