Belakang sekolah jadi tempat pertemuan Minie dan San atas permintaan San sendiri.
"Nah" kotak cincin itu diserahkan kepada San.
San membelek kotak cincin itu sebelum dia buka untuk tengok keadaan cincin "Kau tak ada letak merkuri kan dekat cincin ni" soalan San mengundang sakit hati Minie
Merkuri? benda tu bahaya kalau terkena kulit, ada banyak kesan sampingan
"Kau fikir aku jahat sangat ke nak letak merkuri? Untuk apa?" marah Minie kerana tak tahan lagi dengan perangai San "Mana la tahu kalau kau dengki atau cemburu dan kau berniat nak cederakan Sumin aku" tuduh San lagi menambahkan sakit hati Minie
Dada gadis itu turun naik menahan marah namun dari taut keningnya jelas sekali kemarahan terpamer "Yah! Aku tak cemburu langsunglah! Meluat adalah!" jerit Minie dengan geram hanya mengundang tawa sinis San
"Meluat? Jangan tipu. Kenapa kau menangis semalam?" San memang sengaja nak cari pasal dengan Minie. Gadis itu terdiam, bibirnya dikemam sambil tangan menggepal buku lima
Ikutkan hati, nak saje di tumbuk lelaki itu tapi tu la.. Sayang.
San mengangkat kening sebelah menanti jawapan dari Minie, sampai esok pun belum tentu gadis itu jawab "Minie?"
Keluhan kecil dilepaskan sebelum Minie mula bercakap "Jangan perasan, aku nangis bukan sebab cemburu tapi aku sedih Choi San yang aku kenal dulu dah berubah.." Minie tetap tak mahu mengalah dalam mengatakan rasa cemburunya terhadap pasangan itu
San tersengih "Kau tahu kan seseorang tu berubah disebabkan cara layanan orang tu?"
Minie hanya diam. Dia memang akui semua ni salah dia.
"Nevermind..kau boleh pergi" setelah diberi kebenaran, Minie berpaling ke belakang menuju ke kelas.
San di situ kembali membelek cincin tadi "MinSan. Gabungan Sumin dengan San hehe" ucap San melihat nama Min pada cincin yang asalnya milik Minie.
Suaranya kuat, sengaja ingin bagi Minie dengar supaya gadis itu cemburu. Semakin laju langkah Minie meninggalkan kawasan itu. San gelak kecil melihat aksi Minie itu.
***
Buku nota di dalam loker dicapai oleh Minie lalu dia menghempas loker itu "Argh!" terkejut Minie apabila Seohyun tetibe muncul disebalik pintu lokernya "Hai, terkejut ke? Haha" ketawa Seohyun kedengaran palsu sekali
"Kau nak apa?" aneh la kalau Seohyun tak nak apa-apa daripada Minie kalau dah muncul macamni.
"Apa dah jadi Minie? Tiba-tiba San dengan orang baru. Kau okey?" Seohyun kononnya bersimpati akan nasib Minie.
Kalau boleh, nak saja Minie tanya soalan yang sama pada Seohyun memandangkan gadis itu memang suka pada San tapi tu la, dia masih hormat Seohyun
"Aku dengan San memang dah lama putus. Aku tak kisah pun. Terima kasih sebab caring, pergi dulu"
Seohyun menghalang jalan Minie. Dia belum selesai cakap lagi "Boleh tolong aku tak?" permintaan Seohyun sangat tiba-tiba
Dia keluarkan kunci dari poket lalu dia serah kepada Minie "Alang-alang aku jumpa kau kat sini, boleh kau tolong kuncikan Library waktu balik sekolah nanti?"
Permintaan salah seorang ahli pengawas perpustakaan ini berlaku dengan mengejut. Kenapa pula Minie yang perlu menolongnya?
"Aaa...jangan fikir negatif. Aku bukan taknak minta tolong kawan aku cuma aku nak gerak satu hala sebab aku kena balik rumah, ada kecemasan" jelas Seohyun lalu dia tersenyum malu.
"Oh.. Okay" tidak mahu melengahkan Seohyun, Minie hanya terima amanah yang diberikan.
***
Oleh kerana peperiksaan akhir tahun sudah selesai, ramai cikgu yang tidak masuk kelas jadi dengan kesempatan itu, pelajar membuat huru-hara dalam kelas.
Hongjoong mengetuk meja Ryujin untuk mendapatkan perhatian 3 kawan itu
"Hi korang. Aku nak ajak korang pergi tengok wayang esok. Daddy aku nak belanja"Ryujin tayang riak wajah seakan tak percaya "K... Kita bertiga?"
"HSHSHS BUKAN. Mestilah yang lain pun ikut. Aku dah ajak semua" kata Hongjoong sedikit panik. Takkanlah dia nak keluar berempat dengan perempuan je? Nahas dia kena pukul dengan daddy dia.
"okey" jawab Ryujin sambil buat isyarat tangan
"Aku tak ikut" Dita bersuara mendatar tanpa memandang mereka.Hongjoong kaku seketika sebelum menjawab dengan ragu-ragu "Kau kena ikut kalau tak nanti pasangan tak cukup"
Minie serta-merta terkejut "Apa maksud kau pasangan?"
Dia bermain jari sambil bibir dikemam memikirkan ayat "Hm.. Sebenarnya aku tempah kerusi couple jadi nanti korang kena pilih pasangan masing-masing. San dah tentu dengan Sumin, Aku pula—"
"dengan aku" potong Ryujin spontan tanpa segan silu. Hampir tersedak Minie dan Dita manakala Hongjoong jadi malu "Okay.." jawabnya tersenyum-senyum
".. Lepastu Minie dengan Yeosang, Dita pula dengan Wooyoung. Macamtu" sambung Hongjoong
Dita mengetap bibir setelah Hongjoong memberitahu dia akan duduk di sebelah Wooyoung "Aku taknak" laju dia bantah
"Tak apa Dita. Kau duduk dengan aku" kata Minie. Jadi Wooyoung boleh duduk dengan Yeosang.
Bila difikirkan balik, "Mingi tak ikut ke?" tanya Dita mendapat gelengan Hongjoong "Dia ada hal lain esok"
Dalam sibuk Hongjoong dan mereka berdua berbual, Minie ambil peluang melirik ke arah San. Kerusi sebelah dia kosong kerana Sumin tak hadir harini. Kalau tak, mesti kelas jadi makin riuh dengan mulut gadis itu.
***
Ssperti yang diamanahkan, Minie pergi ke perpustakaan untuk mengunci pintu. Namun dia lihat, pintu perpustakaan telahpun berkunci.
Bum! Bum! Bum!
"Tolong!"Mata Minie terbeliak mendengar hentakan pintu dari dalam bersama jeritan seorang perempuan. "Ke—kejap!" menggigil tangannya membuka kunci pintu itu.
Tatkala pintu itu dibuka, alangkah terkejutnya dia melihat Sumin yang berada di dalam dengan keadaan serabai.
"Si..siapa kunci kau?" soalan Minie dibalas dengan riaksi pelik Sumin "Apa kau merepek? Kau yang kunci aku!" teriak Sumin dengan geram
"Sumin!" Di saat itu juga, San datang entah dari mana memeluk Sumin dengan erat.
"Bagitau aku siapa kurung kau kat dalam ni?" gesa San sambil meleraikan pelukan.Sumin tunding jari ke arah Minie yang tak tahu apa-apa
"Kau kunci dia?" sekarang giliran Minie pula disoal***
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanficSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.