16| Missing You

75 13 5
                                    

Kring

Telefon Minnie berbunyi menandakan mesej masuk

San
Saya tahu awak boleh buat

Matanya membulat tatkala menerima mesej daripada San setelah sebulan lelaki itu menyepi.

Minie
Mana awak pergi?

Semua dekat sini rindukan awak.

Lagi - lagi saya...

Minie berlari pada meja belajarnya dan mengeluarkan cincin dari laci meja. Sudah sebulan dia simpan cincin itu di situ

Tengok *photo*

Saya masih simpan cincin awak. Maksudnya kita masih bersama kan?

Tiada jawapan malah tidak dibaca langsung. Minie terduduk rebahkan diri di atas katil. Nampaknya San akan balas lagi sebulan la kot. Dia menghela nafas berat.

Cincin di tangannya dibelek. Sejak San pindah, dia pilih untuk tak pakai cincin itu di sekolah. Dia juga mengaku bahawa dia dan San sudah tak ada apa-apa hubungan.

Realitinya, dia sendiri keliru sama ada hubungan dia dengan San masih terjalin atau tidak jika lelaki itu terus mengabaikannya mesejnya.

Salah dia juga patahkan hati San

***

Pantas Minnie berlari memasuki perkarangan sekolah. Harini berjalan seperti biasa. Musim persekolahan yang membosankan tapi better daripada pdpr heheh

Sedang dia menyusuri di koridor kelasnya, dia dapati Hongjoong, Wooyoung, Mingi, Yeosang dan Ryujin sedang berlari anak menuju ke arahnya sambil membawa belon dan kotak bersaiz sederhana

"Congrats Minie atas pencapaian kau!" ucap Hongjoong girang. Kotak yang dipegangnya sudah bertukar tangan dengan Minie

Belon bertali itu pula Yeosang ikat pada beg Minie
"Haish.. Korang ni susah-susah je" perlahan suara Minie dek kerana menahan malu apabila di jadikan pusat perhatian ramai pelajar

"Susah apanya? Kau deserve dapat ni. Usaha kau memang luar biasa!"puji Ryujin melangit
"Betul tu dan aku harap, Cikgu Wendy tak perlekehkan kau kagi lepasni" Hongjoong berharap

Minie tersenyum pahit. Sebut pasal Cikgu tu, terus berlalu sepintas lalu kata-kata kejam dari mulut cikgu tu. Kuat dia menggeleng kepalanya agar sedar dari lamunan

"Tahniah Minie. Lepasni aku belajar dengan kau jelah. Boleh?" permintaan Wooyoung buatkan senyuman Minie memudar. Dia teringat waktu-waktu dia belajar dengan San. Rindunya.

Dia pantas tersenyum kembali

"Boleh je tapi yang lain kena ikut juga" satu persatu wajah mereka Minie teliti. Dia tahu mereka-mereka ni malas belajar

"Tch—tak ada hal lah! Kan Hongjoong?" Ryujin menanyakan pendapat ketua kelasnya itu
Hongjoong sudahpun sorok mukanya tanda menolak.

"Baik kau ikut kalau tak aku undi Minie jadi ketua kelas baru. Lagi layak"
"Ish kau fikir aku nak sangat jadi ketua kelas? Korang yang undi aku awal tahun haritu!" rengek Hongjoong

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now