7¦ Dating

53 14 0
                                    

Minie berfikir panjang sebelum mesej San untuk tamatkan hubungan mereka yang tak sampai seminggu tu tapi berat hatinya ingin mengatakannya. Bukan dia tak suka San, boleh je perasaan cinta itu ada padanya cuma masalah kalini dia takut Choi San pula yang akan mengikutinya mendapatkan markah tercorot di dalam kelas

Dia hantukkan kepala di meja belajarnya. Tiba-tiba panggilan telefon dari San masuk.
"Minie.. Jom date"
Dia boleh lagi date dalam keadaan pelajar sibuk nak exam?

"Tak lama lagi nak periksa. Kita patut belajar waktu macamni. Bukannya bercinta"

"Huh.. Saya dah muak dengan belajar. Setiap waktu saya belajar dah khatam buku teks 3 kali. Jomlah Minie~" senang betul San mencairkan Minie dengan rayuan suaranya

"Untunglah pandai"
"Hehe.. Awak pun pandai juga" puji San malu-malu
"Pandai? Terang-terang saya asyik kena marah dengan cikgu. Saya tak pandai San.." Minie mengeluh

"Awak pandai ambik hati saya"

Minie tersenyum malu. Nak saja dia hempuk telefonnya di meja banyak kali. Geram dengan ayat San. "Okeylah.. Bye" ucap Minie
"Kejap! Jomlah keluar dengan saya. Ni je masa yang lapang yang saya ada. Nanti saya kena hadap buku balik" San kembali merayu

Minie menjeling buku-buku di atas meja kerjanya. Dia terpaksa tangguh lagi demi San "Erm.. Saya on the way"
Minie terkejut "Awak on the way?!" dia terus bangun dari kerusinya

"Ya....lagi 2 minit sampai. Bukan jauh pun rumah ki--" Minie menutup panggilan. Dia berlari mencari baju yang sesuai dipakai untuk dating dengan San

"Annyeonghaseyo!!" Jeritan San di luar rumah buat Minie gugup. "Alamak!" pantas dia pilih baju apa saja dan terus masuk ke dalam bilik air

...

Puan Kwon membuka pintu rumah. "Annyeonghaseyo Ahjuma.. Saya Choi San kawan Minie."Ucap San dengan mata yang bersinar lalu dia bersalaman dengan Puan Kwon

"Wah.. Ahjuma kenal kamu la. Kamu kan antara top 3 pelajar terbijak di sekolah Minie kan? Ahjuma selalu nampak kamu naik pentas" Kagum Puan Kwon

San tersenyum malu "Jemputlah masuk" Puan Kwon meluaskan pintu rumahnya mempelawa kemasukan San. "Gumawo" San masuk ke dalam dan mengambil tempat di sofa ruan tamu

"Ahjuma panggilkan Minie kejap ye?"
"Oh okey" sambil menunggu kehadiran Minie, San memerhati sekeliling rumah itu. Rumah mereka tidak sebesar rumahnya yang bagai istana.

Rumah mereka kecil sahaja dan lebih mudah dan cepat untuk sampai ke suatu tempat dibandingkan dengan rumahnya yang banyak pintu. Dia lebih suka rumah begini.

"Siapa kau?"
"Ah!!"
Kemunculan Mashiho disebelah San secara tiba-tiba mengundang rasa terkejut pada San "A.. Aku Sa... San" jawab San takut-takut

"Heh.. San? Kawan Wooyoung?" soal Mashiho yang tadinya santai terus berubah terkejut juga.

San mengerutkan dahi. Kenapa Wooyoung pula yang dia kenal?
"Wooyoung kawan San" Dia perbetulkan ayat Mashiho

"Sama je. Kenapa kau datang huh?"

...

"Minie, kawan kamu datang" Puan Kwon terus membuka pintu bilik anaknya itu. Kelihatan dia sedang tergopoh-gapah menyiapkan diri

"Kejap Omma.. 2 minit" katanya sambil menyolek muka dengan nipis. Puan Kwon telahpun menyilangkan tangan di dada sambil tersenyum sinis melihat anaknya itu sibuk berdandan dengan mengenakan pakaian yang cantik

Minie terasa janggal dengan tingkah ommanya itu. Dia terus menoleh memandang Puan Kwon "Apa hubungan kamu dengan Choi San?" soalan Omma berdesing di telinga Minie.

"k...kitorang ka.. Kawan je.." Minie gagap tetiba.
"Jangan nak tipu omma lah. Omma tak pernah nampak anak mama beria bersiap macamni waktu nak jumpa kawan" Puan Kwon tersenyum sinis menangkap anaknya sendiri

"Mana ada la. Selalu saya macamni" Minie masih nak menang "Kamu tak macamni dengan Yeosang dulu.."
Minie tersentak tatkala ommanya berbicara tentang Yeosang, kawan baiknya 2 tahun lepas. Menghilang setelah 1 tahun mereka bercinta

"Perlu ke omma sebut nama dia? Saya tak suka kan.." Minie bermasam muka "Minie Sayang.. Omma kenal San. Dia tu budak baik jadi omma tak kisah apapun hubungan kamu dengan dia okey?" Pipi Minie dicium lembut

"Jangan lewat pulang" pesan Puan Kwon "nae.." mereka berdua menuju ke ruang tamu. Kelihatan San dan Mashiho sedang bergelut mendapatkan remote Tv

"Bagi balik lah! Kekuatan tak dibenarkan!" Bising Mashiho "Yah Mashiho! Dasar anak biadap" tekak Puan Kwon bergema di seluruh rumah. Pantas San berdiri tegak tanda hormat

Minie menepuk dahi lalu memberi syarat  muka pada San 'behave' San memuncungkan bibirnya dengan muka masam

"laki ni mula dulu" Mashiho tunding jari pada San "Yah.. Dia tu tetamu kamu." tegas Puan Kwon "Tak apalah Ahjuma..dia kecil lagi" San memegang bahu Puan Kwon agar bersabar "Aku dah besar lah!"

"Aduh budak ni!" Kepala Mashiho diketuk Puan Kwon "Omma.. Minie pergi dulu ye?" Minie meminta izin sambil menyalam tangan Puan Kwon

"Ye lah hati-hati.. Jangan balik lambat ye~" pesan Kwon Minie lembut lalu dia menjeling Mashiho dengan pandangan maut semula.

Minie menarik tangan San laju keluar dari rumah

"Awak ni kenapa? Kita baru couple awak dah buat hal dengan adik saya" Minie memarahi San atas perangai kebudakannya tadi

"Bukannya gaduh besar pun."jawab San tanpa memandang Minie.
Lama Minie merenung San yang dari tadi menunduk bersalah. Aikk dia ni.. Merajuk ke?

Sengaja Minie meraih tangan San untuk membangkitkan semula semangat lelaki itu. San sudahpun  tersenyum malu "Awak datang sini naik apa?" Minie mencari-cari kenderaan yang dinaiki San

"Saya jalan kaki."

Minie terkejut "Awak jalan kaki? San.. Jauh tau rumah awak dengan rumah saya. Kaki awak okay? Awak penat tak?" Minie menjadi risau tetiba. Dia memeriksa kaki San sama ada kuat atau tidak

"Sakit~nak dukung" Tanpa kebenaran Minie dia terus memeluk leher Minie dari belakang meminta didukung oleh Minie dari belakang

"Ey.. Jangan nak mengada lah!" Minie menolak San jauh darinya.
"Kita nak pergi mana sekarang ni?" Tanya Minie serius

"Jom beli cincin couple" ajak San buatkan Minie melopong.

Choi San

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Choi San

Kwon Minie (Y/n)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kwon Minie (Y/n)

-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺWhere stories live. Discover now