San tersenyum malu mendengar luahan Minie tadi. Dia suka aku.Dia menghampiri Minie yang berdiri tidak jauh dari situ. "Hmm apa yang pasangan baru selalu buat eh?" soalan apakah itu
"Date?" Jawab Minie "Tapi harini dengan esok tak boleh sebab saya ada tuisyen."
Sedih mendengarnya. "Ooo.. Hmm kalau macamtu nanti kita mesej la nak date bila"
"Okey.. Nak number phone?" San menghulurkan tangan meminta nombor telefon Minie.
Minie terkaku. Selama ni dia tak ada nombor aku? Habistu apa fungsi group kelas? Dasar! Aku sorang je ke yang simpan nombor dia dalam contact?
"Saya dah save nombor awak dah pun. San, kita kan ada group kelas" Minie mendecit. San hanya membulatkan mulutnya "Ooo haahlah.. Tapi saya tak save nombor semua orang.. Hehe"
Minie senyum janggal. Antisocial budaknya. "Okey. Saya nak makan ni. Jumpa dalam kelas" Minie melambaikan tangannya. Disebabkan tidak mahu Minie pergi, San meraih tangan Minie
Semua orang yang sedang lalu lalang terkejut termasuk dua kawan San dibelakang
Wajah Minie membahang dengan perbuatan San ditambah lagi dengan renungan yang San berikan padanya. "Sejak awak dah jadi milik saya ni.. Saya rasa macam tak nak berjauhan dengan awak. Saya tak boleh lepaskan awak" Ujar San perlahan namun jelas di telinga Minie
"San.." Minie mengerling sekeliling. Semua orang berikan tumpuan pada mereka segera dia menarik tangannya semula dari San
"Saya dah jadi milik awak pun.. Jadi janganlah risau" kata Minie sebelum berlalu pergi meninggalkan San
***
Minie ternampak lagi Seohyun berada di lokernya. Kalini lebih baik dia mengelak perempuan itu. Minie berpatah balik "Kwon Minie" Ah mampus aku.
Minie berdiri menghadap Seohyun semula yang sedang berjalan menghampirinya. "Ya?"
"Saya dengar.. Awak couple dengan Choi San."
Sebut tentang San buatkan Minie berdebar. "Mana awak tahu?"
Seohyun tertawa sinis dengan soalan Minie"Semua orang dah tahu" Seohyun menunjukkan gambar Minie dan San berpegangan tangan yang sudah pun tersebar di dalam majalah sekolah.
Minie yakin, Seohyun yang menangkap gambar itu kerana dia sendiri lihat gambar San di dalam loker milik seohyun
"Tahniah.." Ucap Seohyun sambil memberikan senyuman ikhlas. Minie ragu-ragu untuk membalasnya. Dia tak marah?
Seohyun berjalan pergi untuk pulang ke rumahMinie masih kaku disitu. "Kejap.. Satu sekolah tahu aku couple dengan San!?" dia menjerit terkejut. Mujurlah semua pelajar dah pulang. "hahahah" Ketawa seseorang menaikkan bulu romanya. Minie memandang sekeliling
Omg.. Jung Wooyoung dengan Mingi lagi. Jantungnya berdegup laju. Kepalanya mengulangi perkataan sama 'balik balik balik balik' sebelum dua lelaki itu menegurnya, baik dia pulang segera
***
"Kau dah couple dengan dia? Kau kata kau minat je?" terkejut Kakak Minie iaitu Mina setelah mendengar adiknya itu bercerita
"Dia confess.. Orang terima lah" jawab Minie selamba "Habistu macam mana dengan 'dia'?? Kau kata kau suka 'dia'? Macam mana?" Soal Mina dengan tak sangkanya. Dia pula yang melebih tentang perasaan adiknya itu
YOU ARE READING
-Reveal Ur Crush-ᶜᴴᴼᴵ ˢᴬᴺ
FanfictionSuka dan Minat ialah perkara berbeza jadi kau perlu tahu. "Jadi selama ni kau tak sukakan aku? Jadi kenapa kau selalu sebut nama aku?"-Choi San Cinta itu dekat tapi kau selalu silap namun kesilapan itu yang terbaik buat kau.