B A B 1 3

9.4K 471 4
                                    

Alyra sedang membacuh air milo sewaktu Hilman masuk ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alyra sedang membacuh air milo sewaktu Hilman masuk ke dapur. Lelaki itu sudah tersengih-sengih memandang Alyra. Dia buat-buat batuk beberapa kali.

"Kalau nak minta Lyra buatkan air, beritahu ajelah. Tak payah batuk-batuk macam orang nak hilang tekak, karang tercabut susah pula nak lekat balik." Seloroh Alyra.

Hilman tersengih lebar.

"Mana tahu Lyra tak sudi nak buatkan air untuk Man. Man cuba nasib aje."

Alyra menggeleng. Tangannya menghulurkan air milo yang sudah dia buat pada Hilman lalu mengambil pula mug lain untuk membuat air pada dirinya.

"Haih orang sebelah ni, makin lama makin cantik aje. Ada makan apa-apa ke?" Tanya Hilman sekadar mengusik.

"Makan hati." Balas Alyra selamba namun mampu membuatkan Hilman terdiam seketika. Senyuman hambar dilemparkan sebelum menarik kerusi di meja dapur.

"Thanks. Sedap betul air yang Lyra buat ni. Kalau boleh buatlah lagi."

"Tak payah nak puji sangatlah setakat air milo aje." Balas Alyra. Dia duduk di hadapan Hilman dengan mug di tangan.

"Kalau air milo pun dah sedap, kalau air lain tak tahulah."

Alyra tergelak mendengar pujian Hilman. Kembang kempis jugalah hidung dia. Mulut manis betul mamat ni!

Deheman dari muka pintu dapur menyentakkan mereka berdua. Hilman melemparkan senyuman manis pada abangnya manakala Alyra buat-buat tak wujud saja dengan kehadiran Zaim Firdaus.

"Eh, minum bang? Sedap betul air yang Lyra buat ni. Boleh buat isteri ni." Seloroh Hilman lalu tertawa kecil. Sayangnya, hanya dia yang ketawa. Alyra pula hanya tersenyum.

Zaim Firdaus? Tak payah cakaplah. Mulut dah kena cium dengan itik, itu yang susah sangat nak gerakkan.

"Nak minumlah ni." Dingin saja Zaim Firdaus membalas. Dia bergerak ke meja dapur.

"Okeylah Lyra, Man nak sediakan barang untuk barbeque nanti. Terima kasih buatkan air yang sedap macam ni rasa macam nak jatuh cinta pun ada."

"Propalah Man." Balas Alyra lalu tertawa. Jatuh cinta konon! Kalau hari-hari aku bagi kau minum air milo memang kau jatuh cinta dengan penyakit diabetes!

"Kalau awak nak buat air, nescafe 3 in 1 tu ada lagi dalam laci meja, senang je nak buat tu.
Alyra bersuara sewaktu dia membasuh mugnya di singki. Kesian pula melihat Zaim Firdaus yang terkial-kial nak buat air.

Buat air pun tak reti ke?

"Kalau senang, kenapa Hilman tu tak boleh nak buat sendiri?" Suara Zaim Firdaus dingin. Tajam matanya memandang Alyra yang hanya beriak selamba.

"Dia nak minum air milo. Saya buat ajelah."

"Kalau saya minta, Lyra buatkan ke?" Masih dingin pertanyaan lelaki itu. Alyra sudah memandang Zaim Firdaus semacam. Tangannya lincah saja membuat air milo pada lelaki disebelahnya.

Be Yours Again| Diterbitkan Where stories live. Discover now