Hajah Alina dan Haji Azhar berpandangan sesama sendiri melihat anak perempuan mereka yang sedang duduk termenung di tangga rumah. Dari siang tadi lagi mereka perasan yang Alyra banyak termenung. Masa berbuka pun Alyra tak banyak cakap.
"Kenapa dengan anak kesayangan abang tu?" Hajah Alina senggol lengan suaminya. Mulut dijuihkan pada Alyra yang sesekali menghela nafas berat.
"Tak tahulah tapi dengar siang tadi macam bergaduh dengan Zaim?" Bisik Haji Azhar. Tidak mahulah ada yang mendengar dan terutamanya, mereka tak nak Alyra atau pun Zaim Firdaus dengar.
"Hm, mereka berdua ni bilanya nak berbaik kalau asyik bergaduh je?" Keluh Hajah Alina. Bukannya dia tak tahu yang Alyra dan Zaim Firdaus selalu bergaduh walaupun bukan di hadapan mereka. Terkadang tu adalah juga dia terdengar pergaduhan antara Alyra dan Zaim Firdaus.
"Ke kita patut beritahu Zaim hal yang sebenar?" Cadang Hajah Alina namun Haji Azhar laju menggeleng.
"Kalau awak beritahu Zaim hal yang sebenar, ianya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan mereka. Awak dah lupa ke yang kita janji untuk rahsiakan hal ni dari semua orang? Awak nak Alyra tu lari jauh lagi?" Soal Haji Azhar berselit peringatan.
Isterinya ni buat-buat lupa pula perangai anak bongsu sendiri. Kalau Alyra tu dah tertekan sangat, tak mustahil yang anaknya tu akan pergi lebih jauh dari sekarang. Silap hari bulan, tak berhubung terus.
Hajah Alina melepaskan keluhan berat.
"Habis tu macam mana ni? Saya tak sukalah tengok hubungan Zaim dan Alyra yang keruh ni. Hish, ni semua salah Zaim. Kalau dia tak buat hal dulu, tak adanya semua ni nak jadi macam ni. Kesian anak kita." Getus Hajah Alina kesal.
Memanglah dia sudah maafkan Zaim Firdaus atas apa yang berlaku tujuh tahun yang dulu tapi dia tak dapat nafikan yang dia juga masih rasa kesal dengan apa yang anak saudaranya tu lakukan pada anaknya.
"Zaim dah insaf. Semua orang pernah buat kesilapan, kan? Kita doakan sajalah yang baik-baik."
"Abang rasa Alyra akan terima Zaim semula ke?" Tanya Hajah Alina. Kadang dia tertanya juga sama ada Alyra dan Zaim Firdaus akan bersatu atau sebaliknya.
Hubungan mereka berdua tu sungguh payah dah asyik bermain tarik tali saja.
"InsyaAllah. Hanya Allah sahaja yang tahu akan hal itu. Pergilah tanya Alyra tu nak makan apa? Nak minum apa? Ke dia ada nak makan apa-apa? Pasar malam buka lagi masa ni." Ujar Haji Azhar.
Kesian pula dia lihat anak kesayangannya tu termenung macam tu. Kasih ayah memang tak tunjuk tapi dia sanggup buat apa saja untuk anaknya tu.
"Anak ibu?" Tegur Hajah Alina seraya mendekati Alyra. Bahu anak gadisnya tu ditepuk perlahan buat Alyra tersentak.
"Ibu... ada apa?" Alyra pandang Hajah Alina yang sudah duduk dengannya di tangga rumah.
"Kenapa ibu tengok Lyra termenung jauh je ni? Ada masalah ke?"
Alyra menggeleng. Tak akanlah nak beritahu pada ibunya yang dia sedang fikirkan tentang masalah dia dengan Zaim Firdaus? Dia tak nak buat ibu bapanya susah hati kerana dia pula.
"Tak ada apalah, ibu. Rindu Zara dan Ariana dekat UK tu." Balas Alyra. Itu juga jadi antara sebab kenapa dia termenung.
"Ariana dan Zara kenapa tak ikut balik Malaysia"
"Ariana kan kerja, Zara pula sekolah lagipun Ariana mana ada keluarga lagi dekat sini jadi dia beraya dekat sana saja dengan Zara." Terang Alyra. Kesian juga pada Ariana dan Zara yang kena beraya tanpa dia di UK sana tapi apa boleh buat? Ariana tak nak balik ke Malaysia.
![](https://img.wattpad.com/cover/91188598-288-k728890.jpg)
YOU ARE READING
Be Yours Again| Diterbitkan
Любовные романыWas: Rindu Semalam. Published with new chapters. Start story: 1/1/2017 End story: 10/3/17 Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...