Was: Rindu Semalam.
Published with new chapters.
Start story: 1/1/2017
End story: 10/3/17
Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HANI menarik muka masam tatkala dia melihat kereta mewah berwarna hitam berhenti beberapa langkah di hadapannya. Dia sudah bermandi peluh di bawah sinaran terik matahari baru nak sampai! Kakinya dihentak tanda protes sebelum masuk ke dalam perut kereta. Wajah selamba Zaim Firdaus menyakitkan hatinya.
"Kenapa abang lambat? Abang tahu tak yang Hani dah tunggu hampir 2 jam?!" Suara Hani keras. Sakit hatinya bila terpaksa menunggu lama gara-gara Zaim Firdaus yang datang lambat menjemputnya.
Panas hati betul!
"Tak tahu. Dah tahu abang datang lambat, kenapa tak balik aje?" Tanya Zaim Firdaus. Tiada langsung riak rasa bersalah terlakar di wajahnya walaupun sebenarnya dia sengaja datang lambat. Sengaja nak ajar sikit budak manja ubi keledek tak masak ni!
Hani tarik muncung panjang. Merajuk kononya.
"Hani nak balik dengan abang," kata Hani. Wajah Zaim Firdaus yang tak berperasaan dipandang geram.
"Abang dengar tak Hani cakap apa ni?" soal Hani sebal. Sakit hatinya melihat lelaki pujaannya sejak dulu hanya mengangguk kecil. Langsung tidak menunjukkan minat untuk mendengar kata-katanya. Jauh sekali kesian melihatnya yang sudah bermandi peluh.
"Sebelum abang balik kampung, Hani boleh aje ulang alik dari sekolah ke rumah sendiri? Kenapa bila abang dekat sini menggedik nak abang jemput pula? Rumah dengan sekolah tu jaraknya tu bukannya jauh sangat. Masa kita budak-budak dulu, kita jalan kaki aje pergi sekolah." Zaim Firdaus mengerling pada wajah Hani yang sedikit berubah bila perkataan gedik tu ditekan.
Hani menarik muka masam.
"Apa salahnya abang jemput Hani? Bukannya susah pun." Rungut Hani dengan berpeluk tubuh. Nak jemput dia pun berkira ke?
"Memanglah tak susah tapi kalau dah 24jam asyik nak berkepit, rimaslah. Abang pun ada kerja sendiri nak di buat. Janganlah jadi budak manja sangat." Bidas Zaim Firdaus geram.
Geram dengan cara Hani yang bercakap macamlah dia ni suami pada gadis itu pula.
"Biarlah Hani manja dengan abang aje bukannya dengan orang lain. Kalau abang tak suka, abang boleh berhenti tepi jalan ni, Hani boleh balik jalan kaki." Rajuk saja bunyi suara Hani.
Zaim Firdaus menggeleng kepala, malas betul nak melayannya. Karang kalau dia tinggal Hani betul-betul, mahunya bernanah telinga dia dileteri oleh mak Kiah.
Dia menghentikan keretanya sebaik saja mereka sampai ke rumah neneknya. Memang semua kaum kerabatnya bermalam di rumah nenek kecuali keluarga Mak Kiah kerana rumahnya sememangnya hanya selang dua buah rumah dari rumah Nek Som.
Tanpa menunggu lama, Hani terus saja keluar dengan muka yang masam mencuka. Sakit hati bila Zaim Firdaus langsung tidak ingin memujuknya sebaliknya lelaki itu terus saja keluar dari kereta meninggalkannya sendirian. Kakinya dilangkah laju menuju ke rumahnya. Sakit hati!