Was: Rindu Semalam.
Published with new chapters.
Start story: 1/1/2017
End story: 10/3/17
Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bunyi ketukan di pintu bilik membuatkan Alyra tersentak. Pantas dia mengelap pelupuk matanya, dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia menangis. Tudungnya dicapai sebelum dia membuka pintu.
"Kak Lyra, papa dan abang Hilman dah sampai. Abang Azhari pun ada." Beritahu Nadira sebelum berlalu.
Mendengar saja berita itu terus Alyra tersenyum lebar. Laju saja kakinya melangkah ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu istimewa.
"Papa!" Alyra segera mendapatkan bapa saudaranya yang merupakan adik ibunya. Tubuh lelaki tua itu dipeluk sebelum dia bersalaman.
"Ya Allah, cantiknya anak papa ni? Papa hampir tak kenal tadi. Lyra ke ni?" Haji Hasan mengusik anak buah kesayangannya tu.
Kempas kempis lubang hidung Alyra bila dipuji sebegitu. Rasanya sejak dia sampai semalam memang tak lengkang dek pujian!
"Halah, tak ada makna cantiknya. Makin bulat adalah." sakat Azhari yang merupakan abang sulung Alyra. Suka hatinya melihat wajah cemberut adik bongsunya
Alyra menjegilkan matanya.
"Siapa lagi yang cantik menawan tertawan kedebam deboom kalau bukan Lyra? Papa sihat?" tanya Alyra sopan sebelum mendapatkan abangnya pula. Haji Hasan hanya mengangguk dengan senyuman.
"Adik derhaka. Baru sekarang ingat nak balik," Azhari mencubit geram pipi adiknya mengudang jeritan kecil gadis itu.
"Ei, sakit tahu tak? Abang ingat pipi Lyra ni tak ada insurans ke?"
"Kalau ada bayarlah." seloroh Azhari mengundang tawa yang lain. Alyra menjeling tajam mendengar loyar buruk abangnya tu.
Malas mahu mendengar celoteh abangnya, dia bersalaman pula dengan kakak iparnya. Matanya tak lepas memandang budak perempuan dalam lingkungan 4 tahun yang berada dalam pangkuan kakak iparnya.
"Ei comelnya Fifi ni. Geram!" Alyra terus mengambil anak saudaranya dari pangkuan Afifah. Pipi Afifi terus dicium bertalu-talu hingga anak saudaranya tu menangis minta dilepaskan
.
"Ayook, Kak Lyra buat Fifi menangis. Habislah lepas ni Fifi nak cari Mak Su baru." Sakat Nadira yang tiba-tiba saja muncul. Dia turut duduk di sebelah Afifah. Nak main dengan Fifi jugalah tu.
"Sorrylah bukan sengaja. Lyra geram sangat dengan Fifi ni. Comel macam mak saudara dia," sempat pula Alyra masuk dalam bakul, golek-golek sendiri.
"Kalau anak Lyra nanti mesti lagi comel, lagi-lagi kalau ayah dia kacak macam Man." Hilman menyampuk dengan sengihan. Dia mengambil tempat di sebelah Haji Hassan. Zaim Firdaus yang berada di hadapannya sudah memandang semacam pada adiknya tu.
"Kalau comel macam Lyra, ya. Kalau ayah dia kacak macam Man tu tak kot. Ayah dia mestilah lagi kacak, mata warna biru." seloroh Alyra mengundang tawa mereka yang lain. Berangan pula nak dapat suami mat salleh!