Muka Alyra masam mencuka. Pintu kereta di bahagian penumpang hadapan dihempas kuat tanda protes. Matanya tajam memandang lelaki yang terus menerus cari pasal dengan dia sejak dia balik ke kampung ni.
Dipandang tajam Zaim Firdaus sedang berbual dengan ayahnya, Haji Azhar. Alyra tak tahu apa yang sedang dibualkan tapi kerana arahan ayahnya dia berada di dalam kereta Zaim Firdaus sekarang ni!
Ugh! Tak sangka pula yang Zaim Firdaus mengguna cara licik ni untuk dapatkan apa yang lelaki itu mahu! Boleh pula Zaim Firdaus minta bantuan dari ayahnya! Argh! Alyra rasa nak cubit-cubit saja ginjal lelaki itu!
"Tak guna! Suka hati akulah nak naik teksi ke, nak naik bas ke, nak naik kerbau sekalipun apa masalah dia?!" Alyra membentak sendirian di dalam kereta. Dia memalingkan wajah ke luar tingkap bila Zaim Firdaus masuk ke dalam perut kereta.
Menyampah!
Zaim Firdaus pula hanya beriak selamba walaupun dia tahu yang kemarahan Alyra bila-bila saja boleh meletus. Kalau tak kerana ayah Alyra yang mengarahkan gadis itu mengikutinya, mati hidup balik pun belum tentu Alyra akan akur. Wajah masam mencuka Alyra dipandang sekilas sebelum keretanya keluar dari perkarangan rumah Nek Som.
"Petang nanti kita pergi bazar nak?" Tanya Zaim Firdaus selepas beberapa minit sepi mencengkam.
Alyra diam. Dia masih sakit hati dengan Zaim Firdaus! Dah sakitkan hati dia, ada hati nak bercakap dengan dia! Cakaplah dengan stereng kereta tu!
Kalau ikutkan rasa marah, mahu saja dia terjun keluar dari kereta ni tapi dia masih sayangkan nyawanya. Kalau jatuh, tak ke sia-sia sambut raya dekat hospital kerana hantu galah ni?
"Lyra marahkan saya ke?" tanya Zaim Firdauys lagi seolah-olah dia tidak bersalah. Memang dia rasa dia tak bersalah pun sebab niat dia cuma nak hantar Alyra ke klinik.
Senang betul jawapan Zaim Firdaus padahal Alyra di sebelah sudah panas punggung menahan amarah.
Soalan bodoh! Alyra menjeling tajam pada Zaim Firdaus yang asyik mengerling ke arahnya. Dia cucuk juga biji mata mamat ni karang!
"Lyra..." Sebelah tangan Alyra dicapai tapi gadis itu terlebih dahulu menepis kesal.
"Jangan nak pegang-pegang orang boleh tak?!" Alyra bengang dengan tindakan selamba Zaim Firdaus. Ada juga jadi aksi kakiku ke mulutmu ni!
"Ada suara rupanya, ingatkan tengah bercakap dengan patung cendana tadi." Niat di hati ingin mengusik tapi panas pula telinga Alyra mendengar kata-kata Zaim Firdaus.
"Suka hati sayalah nak jadi patung cendana ke, rusa berbelang ke, beruang bertanduk, itik bersisik ke apa masalah awak? Satu lagi, saya dah kata yang saya nak pergi sendiri yang awak gatal sangat nak saya naik kereta awak ni, kenapa? Suka sangat ke duduk berdua dengan saya?!" marah Alyra. Gunung api dah meletus!
Sakit hati pula bila Zaim Firdaus sudah tergelak kecil. Entah apa yang kelakar dia pun tak tahulah!
"Mestilah saya suka duduk berdua macam ni dengan Lyra." Zaim Firdaus beri senyuman manis. Sedikit pun dia tidak terkesan dengan amarah Alyra. Nak pujuk dan ambil semula hati gadis ini memang perlu kesabaran yang tinggi dan dia tak boleh cepat melatah.
YOU ARE READING
Be Yours Again| Diterbitkan
RomanceWas: Rindu Semalam. Published with new chapters. Start story: 1/1/2017 End story: 10/3/17 Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...