Was: Rindu Semalam.
Published with new chapters.
Start story: 1/1/2017
End story: 10/3/17
Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cuaca mendung hari ni menandakan bila-bila saja hari akan hujan. Ada hikmahnya hujan turun dibulan puasa ni. Di kesempatan yang Allah berikan ni, Alyra tidak henti-henti berdoa dalam hatinya agar diberikan kekuatan untuk meneruskan langkahnya disini.
Peristiwa malam tadi sudah dilupakan. Biarlah, dia tak mahu bermusuhan ataupun berdendam dengan sesiapa. Dendam itu penyakit hati yang cuma akan merosakkan diri sendiri.
Lebih baik memaafkan dari terus membenci, ketenangan pun Allah beri buat hambanya yang baik hati. Lagi pula, seharian ni dia masih belum melihat kelibat Hani di mana-mana begitu juga dengan Zaim Firdaus.
Mungkin juga sesi pujuk memujuk sedang berlaku antara mereka. Itu yang dua-dua tak nampak bulu hidung.
"Jauh termenung?" Tegur satu suara garau dari belakangnya. Alyra yang sedang mengambil angin di anjung rumah melemparkan senyuman pada ayahnya.
"Tak ada termenung pun. Saja Lyra ambil angin dekat luar ni. Masa hujan-hujan macam ni baru best ambil angin. Sejuk aje." Alyra membalas dengan senyuman manis. Dia mengambil tempat di kerusi rotan bersebelahan dengan ayahnya.
Suasana sepi melabuhkan tirai antara mereka buat seketika. Kedua-dua beranak itu sempat menikmati angin yang bertiup menampar perlahan wajah mereka. Dingin dan mendamaikan.
"Lyra tak payahlah ambil hati dengan Hani pasal hal semalam. Bukannya Lyra tak kenal perangai dia macam mana. Pekakkan telinga jelah." Ujar Haji Azhar tiba-tiba.
Dia sempat menyaksikan persengketaan anaknya tu semalam cuma dia tidak mahu masuk campur apatah lagi bila Zaim Firdaus sudah mengawal keadaan tapi tak sangka pula yang Hani bertindak berani dengan menyentuh isu lama antara Zaim Firdaus dan anaknya, Alyra.
Memang patutlah Zaim Firdaus marah semalam pun. Hari ni langsung tak nampak kelibat anak saudaranya yang satu tu. Merajuklah tu.
Alyra tarik senyum tawar.
"Lyra faham. Lyra tak simpan dalam hati pun. Tak apalah, semuanya pun dah berlalu. Ayah nak ke mana hujan-hujan ni?" tanya Alyra bila melihat Haji Azhar sudah memakai kasut. Gaya macam nak keluar saja.
"Ayah nak ke rumah mak cik Senah. Ibu kamu tu kalau dah bertandang ke rumah kawan dia, sampai lupa ayah dekat rumah ni. Tambah pula dengan Mama Ziah yang satu geng dengan dia, memang lupalah nak balik. Tadi ibu call ayah suruh jemput dia. Dah petang macam ni baru nak ingat ayah, itu pun sebab hujan,"
Alyra tergelak kecil mendengar bebelan kecil Haji Azhar. Patutlah dari pagi tadi lagi dia tak nampak batang hidung ibu dan mak saudara kesayangannya tu. Bila ditanya pada Nadira, adik sepupunya tu hanya jawab dia tak tahu.
"Ayah tahu yang Lyra bukan seorang yang pendendam. Dari kecil lagi Lyra selalu dengar cakap ayah supaya maafkan orang walau sebesar mana pun salah orang tu tapi memaafkan saja tiada makna kalau hati kita tak ikhlas Lyra... Lyra faham maksud ayah kan? Ayah tak minta banyak cuma ayah nak Lyra selesaikan perkara dulu dengan cara yang betul. Gunakan peluang yang ada ni sebaik-baiknya. Ayah pergi dululah. Assalamualaikum."