Was: Rindu Semalam.
Published with new chapters.
Start story: 1/1/2017
End story: 10/3/17
Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Alyra melepaskan keluhan kecil sebaik saja dia masuk ke dalam perut teksi. Penat berada dalam penerbangan masih lagi terasa walaupun hatinya memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana selamat tiba di Malaysia dengan selamat.
Selesai memberikan alamat kepada pemandu teksi, Alyra sandar tubuhnya ke kerusi kereta di bahagian belakang.
Mata yang baru dipejamkan dibuka semula bila telefon bimbit dalam poket seluar berbunyi menandakan panggilan masuk. Terus saja melebar senyumannya bila melihat nama pemanggil.
"Assalamuailaikum ibu. Lyra dah on the way ke rumah ibu ni, kejap lagi Lyra sampai." Alyra bersuara girang.
Kedengaran suara di hujung talian mendesah lega.
"Lyra tak payah balik rumah ibu, terus saja ke rumah nenek. Semua dah berkumpul dekat sana." Pinta Hajah Alina dari hujung talian dan ternyata kata-kata ibunya tu mampu membuatkan senyuman Alyra mati serta merta. Nafasnya rasa tersekat di kerongkong tiba-tiba.
Alyra berdehem kecil.
"Semua sudah berkumpul dekat rumah nenek? Okeylah kalau macam tu, Lyra terus pergi sana ajelah. Semua yang ibu maksudkan tu semua cucu-cucu nenek ke?" Tanya Alyra cuba mengelak dari bertanya secara terperinci.
Takut pula Hajah Alina fikir lain kalau dia bertanya secara terperinci.
"Eh, iyalah. Memang setiap tahun semua beraya dekat kampung nenek. Lyra je yang baru ingat nak balik beraya dekat kampung."
Alyra tersengih mendengar sindiran ibunya. Memang layak pun dia disindir memandangkan sudah hampir 7 tahun dia tidak pulang beraya di Malaysia.
"Alaa ibu ni, kan Lyra dah balik ni? Okeylah ibu, nanti Lyra telefon ibu kalau Lyra dah nak sampai. Assalamualaikum." Ujar Alyra. Dia mematikan panggilan sebaik saja Hajah Alina membalas salam dan Alyra segera memaklumkan pada pemandu teksi supaya menukar arah mereka.
Harapnya sempatlah dia sampai ke kampung neneknya sebelum berbuka puasa. Teringin nak makan masakan kampung tu lagi-lagi air tangan ibu dan neneknya. Ish! Tak sabar!
Teruja pula Alyra jadinya namun rasa terujanya tu hanya seketika bila dia teringat seseorang yang akan dia temukan di sana dan saat itu jugalah, jantung mula berdetak tak senada. Rasa gementar mencucuk diri seketika.
Alyra melepaskan keluhan. Tak ada gunanya dia terus melarikan diri. Untuk apa dia terus menjauhkan diri dari keluarganya hanya kerana satu peristiwa yang pernah berlaku 7 tahun lalu? Sudahlah, semuanya sudah berakhir
.
"Malaysia, akhirnya aku pulang. Bisiknya perlahan.
Alyra pulang ke Malaysia dengan satu harapan agar dia boleh mulakan hidup yang baru.
Sudah tiba masanya untuk dia menguji tembok dalam dirinya. Adakah 7 tahun di perantauan sudah membina tembok yang terlalu kukuh dalam dirinya atau hanya akan meruntuhkan segalanya bila dia tiba di kampung nanti?
Entahlah. Dia sendiri tiada jawapan. Dalam hati, dia tak berhenti-henti mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan untuknya kerana dia tahu hanya Allah SWT saja yang mampu membantu dirinya.
Zaim Firdaus sudah tak senang duduk sejak mamanya memaklumkan berita yang selama ini dia nantikan. Berita yang selama ini dia tunggu. Setengah hatinya teruja dengan berita tersebut namun setengah hati lagi dia takut untuk menghadapi apa yang akan terjadi.
"Alyra Safia..." Nama itu disebut perlahan namun getaran dapat dirasakan. Dia meraup wajahnya beberapa kali cuba menenangkan gelora hatinya.
Benarkah gadis itu akan pulang? Sudahkah dia bersedia untuk berdepan dengan gadis itu sedangkan kepergian gadis itu ke luar negara adalah kerana dirinya.
"Abang Im!"
Zaim Firdaus sedikit terkejut dengan jeritan di muka pintu biliknya. Dia memandang adik perempuannya dengan kerutan di dahi.
"Apa Nad?"
"Banyak kali Nad panggil abang tapi abang buat tak tahu aje. Abang mengelamun ke apa?" Soal Nadira sedikit tak puas hati.
Mana taknya bila dari tadi lagi dia memanggil abang sulungnya tu tapi langsung tak ada jawapan.
Zaim Firdaus menggeleng. Malas mahu menjawab pertanyaan adiknya tu. Dia mengangkat kening pada adiknya bila Nadira sudah duduk di kerusi biliknya.
"Mak Kiah suruh abang jemput Kak Hani dekat sekolah. Mak Kiah tak berapa sihat."
Zaim Firdaus menarik muka. Tak suka betul bila mendapat arahan dari ibu saudaranya yang seorang tu. Memanglah arahannya tak berat tapi kalau dah 24 jam asyik mengarah aje kerjanya memang buat panas hati jugalah!
"Hani tu kan dah besar, biar ajelah dia naik teksi. Lagipun dalam kampung ni bukannya ada harimau sampai abang nak kena pergi jemput dia hari-hari." Rungut Zaim Firdaus.
Terkadang geram juga dengan perangai Mak Kiah yang terlalu manjakan anak padahal Hani tu bukannya tak boleh jalan kaki balik ke rumah. Jarak rumah neneknya dengan sekolah rendah tu tak sampai 3 kilometer pun. Mengada!
"Abang macam tak kenal perangai Mak Kiah tu. Dia mana boleh biar anak dia letih sikit tapi Nad peliklah, selama ni nenek kata boleh aje Kak Hani tu balik naik teksi tapi sejak abang balik 2 minggu lepas, jangankan teksi kalau ada kereta kuda untuk dia pun dia tak nak naik sebab nak abang jemput dia. Dia masih sukakan abanglah tu."
Nadira tergelak bila melihat wajah kelat Abang Longnya. Memang dia tahu yang sepupu sebelah emaknya tu memang suka gila dengan Zaim Firdaus sampai dia yang merupakan adik Zaim Firdaus sendiri pun nak cemburu.
"Abang dah tahu yang Kak Lyra akan balik? Rasanya dia on the way datang sini." Kata Nadira. Sempat dia menangkap riak wajah abangnya yang sedikit berubah.
"Dah. Mana Nad tahu Kak Lyra on the way datang sini?"
"Mak Long call nenek tadi. Itu yang nenek happy sangat sampai pergi cari beras pulut nak buat pulut manis untuk Kak Lyra. Cucu kesayangan katakan." Nadira tergelak kecil.
Untung jadi cucu kesayangan ni. Sibuklah si nenek memasak pelbagai hidangan untuk kesayangan yang sudah lama tak balik.
"Nad rindulah dekat Kak Lyra tu. Tak sabar nak jumpa dia. Eh, Abang Im jangan lupa pergi ambil Kak Hani nanti Mak Kiah bising pula. Kalau bising sekejap tak apa, ni mahunya diungkit sampai abang beranak pinak! Nad nak ke dapur dulu nak tolong nenek buat pulut. Nenek pun mesti rindu sangat dekat Kak Lyra tu sampai dari tengah hari tadi lagi tak berhenti masak makanan kegemaran Kak Lyra." Nadira terus berlalu meninggalkan Zaim Firdaus yang sudah termenung jauh.
Malaslah nak layan perasaan abangnya tu. Lebih baik dia tolong nenek dia masak makanan untuk sepupu kesayangan dia tu.
Zaim Firdaus melepaskan keluhan kecil sebelum bingkai gambar seorang gadis yang sedang tersenyum di mejanya diambil. Wajah gadis itu diusap perlahan.
"Abang pun rindu dia Nad. Rindu sangat-sangat sampai abang takut kalau rindu abang ni langsung tak bersambut tapi abang tahu ini yang abang perlu dapat sebab abang dah hancurkan hidup dia dulu." Kata-kata itu di tutur perlahan.
Kekesalan yang tak mampu dia padam hingga saat ini terlalu menyakitkan dan setiap kali dia merindukan wajah gadis itu, hanya memori indah yang telah berlalu menjadi pengubatnya.