B A B 1 4

16.2K 732 18
                                    

Alyra tidak menyangka bahawa dia bakal menerima tetamu yang tidak di undang pada hari raya ke dua ini. Hatinya mulai gelisah. Wajah lelaki berkulit putih itu dikerling tak puas hati.

Pagi-pagi lagi dah bikin hati, jantung, hempedu tak senang duduk!

"Dilan ni kawan Lyra dekat UK. Dia yang banyak tolong Lyra dulu." Terang Alyra sewaktu ayahnya bertanya akan hubungannya dengan Dilan.

"By the way, you buat apa dekat malaysia? Bukan you ada kerja ke?" Tanya Alyra pelik. Sedaya upaya cuba menenangkan dirinya apatah lagi sedari tadi Zaim Firdaus tidak lepas memandangnya tajam.

Sudahlah beberapa hari lepas mereka bergaduh disebabkan perbualan mesranya dengan Dilan di telefon dan hari ni, tuan empunya badan pula yang tercegat di hadapan rumah keluarga besarnya dengan berbaju melayu. Ugh! Dilan ni sengaja nak buat dia terperangkap dalam masalah ke macam mana?!

"I saja nak buat suprise dekat you. Tempoh hari I ada beritahu yang I nak buat suprise dekat you, kan? Inilah suprisenya. Happy tak I ada dekat sini?" Tanya Dilan. Senyuman menawan dihadiahkan buat Alyra.

Zaim Firdaus yang berada berhadapan dengan Dilan sudah menggenggam kuat penumbuknya. Bila-bila masa saja penumbuknya ni boleh singgah di muka jambu mamat yang terang-terangan cuba menawan hati Alyra.

"I... I happy tapi kenapa you tak beritahu I dulu? Ariana dan Zara ada dekat mana?" Tanya Alyra. Sudah terbayang wajah kawan baiknya tu.

Sewaktu Dilan menghubunginya tempoh hari, memang lelaki itu ada memberitahu yang dia bakal terima kejutan tapi dia tak sangka yang lelaki itu datang ke sini sebagai kejutan. Ini memang jenis kejutan yang boleh bagi dia kena heart attack!

"You janganlah risau pasal Ariana and Zara. Mereka masih ada dekat UK. I balik sorang aje."

"Abang Dilan dengan Kak Lyra ada apa-apa hubungan istimewa ke?" Terpacul soalan tu dari mulut Nadira.

Dari tadi lagi dia memerhatikan dua pasangan di hadapannya. Dia bukanlah seorang yang boleh tahan rasa ingin tahu apatah lagi bila melihat wajah bengang Zaim.

"Kami cuma kawan tapi abang tak kesah kalau nak ada hubungan lebih dari kawan dengan Kak Lyra." Balas Dilan bersahaja. Sempat dia menghantar pandangan mencabar pada Zaim Firdaus.

Dia tahu yang lelaki itu cemburu. Dia tahu siapa Zaim Firdaus dalam hidup Alyra dan kerana itu dia sengaja menyakitkan hati lelaki itu. Dia mahu menguji sejauh mana perasaan Zaim pada gadis pujaannya tu.

"Ibu tak tahu pula yang Lyra ada teman istimewa. Kenapa tak pernah beritahu?" Tanya Hajah Alina.

Alyra hanya melemparkan senyuman kecil. Dari riak wajah ibunya, dia tahu yang ibunya tidak berkenan dengan Dilan dan dia tahu sebabnya.

"Kami cuma berkawan. Tak ada apa yang istimewa pun." Balas Alyra. Entah kenapa dia rasa sesak bila Zaim Firdaus asyik memberi pandangan penuh amaran padanya.

Berkali-kali dia cuba menenangkan dirinya dan memujuk hati yang hubungannya dengan Zaim Firdaus sudah lama berakhir tapi kenapa dia rasa macam dia baru saja melakukan kesalahan?

"Oh, ayah tak pernah tengok Dilan ni. Kenapa tak pernah datang masa ayah pergi melawat Alyra dekat UK?" Tanya Haji Azhar ingin tahu.

Azhari turut memandang Alyra dan Dilan yang duduk di hadapan keluarga besar mereka bagaikan pesalah. Itulah, siapa suruh tak kenalkan awal-awal? Kalau tak, mesti keadaan tak jadi janggal dan menegangkan sampai macam ni sekali.

"Oh, Lyra tak pernah beritahu pula yang keluarga dia datang melawat atau mungkin dia masih belum bersedia nak perkenalkan saya pada keluarga dia." Dilan lepaskan tawa yang jelas dibuat-buat. Yang lain turut ketawa seadanya.

Be Yours Again| Diterbitkan Where stories live. Discover now