Sebaik saja mereka sampai di kereta mewah Dilan yang terparkir di seberang jalan rumah Alyra, terus saja gadis itu menghamburkan amarahnya.
"You dah gila ke Dilan? You sengaja nak susahkan hidup I ke apa?!" Marah Alyra. Mencerlung matanya memandang Dilan.
Kalau tak memikirkan yang Dilan ni kawannya dah lama dia buat kerat-kerat Dilan buat rendang. Menyusahkan hati dan hidup orang betul!
Dilan lepaskan tawa kecil. Dia sudah agak yang Alyra akan marah dia bila gadis itu menawarkan diri untuk menghantarnya ke kereta.
"Kan I dah kata yang I nak buat suprise? Lagipun I memang sengaja melawat you dekat sini sebab I nak tengok rupa mamat tu. I pun nak juga kenal dengan lelaki yang pernah hancurkan hati you tu." Ujar Dilan bersahaja.
Sememangnya dia tahu kisah hidup Alyra. 6 tahun berteman dengan gadis itu membuatkan hati lelakinya terpaut tapi dia tahu di hati gadis itu sudah tercipta satu tembok besar yang menghalang dirinya untuk masuk.
Alyra mengeluh. Nak marah pun benda dah jadi. Buat habis tenaga saja nak membebel pada Dilan.
Dilan mengangguk. Matanya dihalakan ke rumah Alyra atau lebih tepat ke arah Zaim Firdaus yang sedang berdiri di muka pintu memerhatikan mereka. Dia menarik senyum sinis bila melihat wajah bengang Zaim Firdaus.
"You masih mengharapkan dia?" Sebelah kening Dilan terangkat memandang Alyra bila gadis itu masih mendiamkan diri.
"I dah tak nak ada apa-apa dengan dia. I balik sini sebab I nak jumpa dengan keluarga I je. Dah pergi balik dan jangan datang lagi ke sini. I tak nak Zaim cari tahu pasal I dan you." Halau Alyra buat Dilan mencebik. Kesian dia, kena halau.
"Kalau betul you dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia, selesaikan masalah you dengan betul Alyra. You tak perlu tutup pintu hati you hanya kerana seorang lelaki yang tak hargai you. You tahu yang I sayangkan you lebih dari seorang kawan, Alyra." Luah Dilan membuatkan Alyra melepaskan keluhan kecil.
"I pun sayangkan you lebih dari seorang kawan. You dah macam abang pada I. You selalu ada dengan I tapi I tak boleh terima you lebih dari seorang abang. I takut nak mulakan hidup baru dengan cinta baru. I tak nak apa yang pernah terjadi dulu, akan berlaku lagi lagipun I selesa hidup sendiri."
Dilan menarik nafas berat. Alasan yang sama setiap kali dia meluahkan perasaan pada gadis itu. Kenapa terlalu susah untuk Alyra memberi peluang padanya?
"Tapi tak semua lelaki berperangai sama, kan? I bukan dia dan dia bukan I. I can treat you better than he can, Alyra. Beri I peluang."
Alyra jeda seketika lalu menggeleng.
"I minta maaf sangat-sangat Dilan. I masih tak boleh buka hati I untuk sesiapa. Cakaplah apa pun tapi I tak nak pergunakan you hanya untuk kepentingan I sedangkan hati I tak ada pada you. You berhak bahagia dengan orang yang boleh balas cinta you. I harap sangat you faham dan I tak nak kita bermasam muka hanya kerana ni. I sayang you sebagai sahabat I. I tak nak hilang you hanya disebabkan hal ni."
Dilan hela nafas berat. Untuk ke sekian kalinya cintanya ditolak tapi tak apalah, dia yakin yang satu saat nanti yang Alyra akan beri peluang untuk dia bahagiakan gadis itu.
"Sekali lagi I minta maaf sebab I tak boleh terima cinta you. Baliklah, Dilan. I tak berniat nak halau you tapi I tak nak Zaim cari tahu pasal hubungan kita dan I tak nak Zaim tahu apa yang berlaku dekat UK," gusar Alyra bersuara.
Sebenarnya dia risau. Dia risau jika kedatangan Dilan bakal membuka tirai rahsia hidupnya di UK. Dia tak mahu sesiapa tahu kisah yang dia coretkan di sana terutamanya Zaim Firdaus.
![](https://img.wattpad.com/cover/91188598-288-k728890.jpg)
YOU ARE READING
Be Yours Again| Diterbitkan
RomanceWas: Rindu Semalam. Published with new chapters. Start story: 1/1/2017 End story: 10/3/17 Alyra tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan lelaki yang paling dia benci. Baginya lelaki itu cuma akan memusnahkan hidupnya sekali lagi namun dia pandai...