BAB 11 NEW

658 31 0
                                    

Sesekali Hilman memandang ke arah Zaim Firdaus yang tampak termenung panjang di tangga. Dia yang sedang bermain bunga api dengan Nadira dan Alyra itu segera menyerahkan bunga api yang lain pada adiknya tu.

"Jauh abang Im termenung. Ada apa-apa masalah ke?" Tegur Hilman menyentakkan Zaim Firdaus. Terdengar keluhan berat lelaki itu.

"Masalah abang Im itu sajalah." Zaim Firdaus juihkan bibirnya pada Alyra yang sedang bermain bunga api. Sesekali terdengar tawa gadis itu dan tawa adiknya.

Ya, itu sajalah masalah utama dalam hidupnya. Macam mana lagi dia harus lakukan untuk buat Alyra menerimanya kembali? Bagaimana caranya untuk buat Alyra terima dia dalam hidup gadis itu lagi?

"Abang Im... Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau abang Im nak mengalah, sila mengalah cepat sikit... Bolehlah Man masuk line." Kata Hilman berseloroh, sengaja ingin mengenakan abangnya tu.

"Line apa? Line kau nak masuk kubur? Cubalah, aku boleh tolong cepatkan line kau tu." Balas Zaim Firdaus menyampah.

Hilman sudah tersegih-sengih melihat Zaim Firdaus yang sudah tarik muka masam mencuka tu.

"Aku gurau sajalah bang... Alyra tu perlukan masa untuk terima kau semula. Yalah, apa yang jadi dulu bukan mudah untuk dia terima tapi aku yakin yang Alyra tu masih cintakan kau... mungkin." Ujar Hilman perlahan buat Zaim Firdaus mengeluh kecewa. Geram pun ada.

"Ni aku malas nak dengar ayat kau, kenapa nak kena ada 'mungkin' dekat hujung ayat tu? Aku yakinlah dia masih cintakan aku... kot."

"Kau pun 'kot' ada hati nak marah aku." Hilman mencebik bibir. Bila dua-dua tak pasti dengan jawapan mereka macam inilah jadinya.

"Aku tak tahu macam mana lagi aku nak minta maaf dengan dia. Sepanjang dia balik ni, kami asyik bergaduh je. Langsung tak nampak sinar harapan yang dia akan terima aku semula walaupun dia cakap dia dah maafkan aku."

Hilman pandang wajah muram abang sulungnya tu. Dari tadi lagi mata Zaim Firdaus melekat pada Alyra.

"Bang, dia cuma maafkan kau bukan dia cakap dia nak terima kau dalam hidup dia semula."

"Aku tahulah tapi tak akanlah aku nak mengalah macam tu aje? Dah 7 tahun aku tunggu dia balik untuk dapatkan dia semula. Aku cuba nak ambil hati dia semula tapi entahlah, kiteorang asyik gaduh je." Keluh Zaim Firdaus lagi.

Dia pun sudah buntu bagaimana lagi harus dia lakukan untuk mengambil hati Alyra. Alyra pun selalu saja menolak jauh-jauh niat baik yang dia ingin hulurkan.

"Salah kaulah bang, kau sikit-sikit nak cemburu, sikit-sikit nak melatah, cuba bawa bersabar sikit." Komen Hilman. Kadang rasa cemburu abang dia ni memang menguji kesabaran. Dia yang melihat pun naik rimas apatah lagi Alyra yang menghadapnya.

"Macam mana aku tak cemburu kalau aku tahu yang bila-bila masa je dia boleh dapat pengganti aku. Aku tak nak hilang dia buat kali ke dua."

Masing-masing jeda. Membiarkan sepi melabuhkan tirai antara mereka. Hilman tidak tahu apa yang harus dia katakan memandangkan apa yang berlaku semuanya melibatkan hati dan perasaan dua belah pihak yang dia sayang.

Karang kalau kata A, takut Zaim Firdaus terasa. Kalau kata B, takut Alyra pula yang tak nak terima. Jadi pilihan yang terbaik adalah diam.

"Kalau Alyra masih tak nak terima kau dalam hidup dia pun kau masih nak paksa dia ke? Kalau susah sangat kau kahwin sajalah dengan Hani tu. Aku tengok dia bukan main lagi menggedik dengan kau, bang. Terima sajalah."

Hilman lepaskan tawa bila Zaim Firdaus membaling selipar padanya. Geram punya pasal. Nasib baiklah Hilman sempat elak, kalau tak mahunya pagi raya nanti muka ada kesan tapak selipar.

Be Yours Again| Diterbitkan Where stories live. Discover now