#30

312 18 2
                                    

Izzat tidak tahu kemana lagi dia mahu pergi. Dia kemudiannya menelefon seseorang.

"Hello Anis.." sapa Izzat.
"Eh Izzat.. kenapa ni?" Soal Anis di talian.

"Hm.. can we meet ? I need you.." sayu sahaja suara Izzat dihujung panggilan.

Anis dalam waktu yang sama tersenyum sinis menandakan rancangan nya hampir berjaya.

"Okay, kita jumpa tempat biasa eh." jawab Anis.


********

Di tempat yang dijanjikan kelihatan Izzat sedang temenung sambil mengacau air kopi didepannya itu.

"Hey, what's wrong?" Sapa Anis sebaik sahaja tiba disitu.

Izzat yang tadinya termenung kini perhatian nya beralih pada Anis. Wajah nya yang tadi sugul kini ceria sedikit setelah melihat wajah Anis.

Anis mengambil tempat disebelah Izzat dan tangannya mengusap bahu Izzat. Tanpa menghiraukan orang sekeliling, Izzat terus memeluk Anis sambil menangis.

"I.. i tak sangka.. Sara sanggup buat begini dekat i.." Ucap Izzat teresak esak.

"Hey.. kenapa ni? Ceritalah.. apa yang Sara dah buat?" Tanya Anis pura pura concern sambil tersenyum sinis.

"Dia.. dia dah bunuh anak kitorang.. dia.. sanggup bunuh anak yang tak berdosa tu.."

"Seriuslah Sara buat macam tu? Kejamnya dia.. kenapa dia sanggup bunuh baby tu?" Anis masih lagi dengan lakonan nya sambil mengusap kepala Izzat yang sedar bersandar di bahunya.

"I tatahu.. dia.. dia benci i.. tapi baby tu jadi mangsa.. i betul betul sayangkan dia Anis. Tapi dia dah bunuh anak i.. i takkan maafkan dia sampai bila bila.. "
Anis tersenyum kemenangan mendengar perkataan benci dari mulut Izzat itu. Akhirnya rancangan nya hampir berjaya.. sikit je lagi, Izzat bakal jadi miliknya.

Tanpa Izzat sedar, seseorang telah mengambil gambar mereka berdua. Dan orang itu ialah orang upahan Anis.

Sebaik sahaja Izzat menenangkan dirinya, dia meminta maaf kepada Anis kerana tindakan nya itu tadi memeluk gadis itu.

Anis menemani Izzat sepanjang malam itu kerana Izzat tidak mahu pulang ke rumahnya mahupun melawat isterinya itu.

*****
Di sisi lain, Sara sedang meratapi kematian anaknya.. di tambah pula dengan tuduhan Izzat kepadanya itu. Ibu mertua nya itu sudah berkali kali menasihatinya supaya tidak meratapi kematian anaknya itu bimbang akan memudaratkan kesihatannya.

"Sara, mama bawa bubur ni, Sara makan ye.." pujuk Datin Izzah. Namun Sara masih lagi termenung sambil menangisi nasib dirinya.

"Ma.. Izzat mana?" Soal Sara. Disaat dia berduka ini, dia menginginkan suaminya ada bersamanya. Namun, suaminya itu entah kemana.

"Mama taktahu.. mama dah call berkali kali tapi tak jawab." Jawab Datin Izzah.

Sara kembali monyok.
'Izzat.. awak kat mana?'
'Saya perlukan awak Izzat.. saya tak kuat..' rintih Sara dalam hati.

"Sara, makan ni nak.. Sara fikirlah sama kesihatan Sara ye nak.." Datin Izzah masih memujuk menantunya itu untuk makan.

Sara yang kasihankan ibu mertuanya itu, terus menggapai bubur yang dihulurkan oleh ibu mertuanya itu. Walaupun perit tekaknya untuk menelan bubur itu, tetapi dia tetap juga cuba untuk makan untuk menjaga hati ibu mertuanya itu.

Lega Datin Izzah melihat Sara makan makanan yang dibawa nya itu. Kemudian dia minta diri sebentar untuk ke luar dari wad itu.

"Macam mana dengan Sara?" Dato' Shukor menyapa isterinya sebaik sahaja figura isterinya keluar dari bilik menantunya itu.

"Macam tu lah bang.. puas saya pujuk makan.. dia masih lagi bersedih.." jawab Datin Izzah lalu mengambil tempat di sebelah Dato' Shukor.

Dato' Shukor menggelengkan kepalanya..
"Tak.. sekarang ni si Izzat mana? Dia tatahu ke isterinya sedang bersedih sekarang ni?" Soal Dato' Shukor tidak puashati dengan tindakan anak lelakinya itu.

"Itulah bang.. saya dah call berkali kali asyik masuk voicemail je.. saya tahu dia pun sedih bang.. tapi dia tak boleh buat macam ni dekat Sara. Sara tu perlukan perhatian dia." Jawab Datin Izzah pula.

"Takpalah Zah, nanti abang tanya sesiapa.. malam ni Izzah teman Sara ke? Abang nak balik ni.. Izzah nak abang bawa apa?"

"Haah, Izzah teman Sara dulu malam ni. Esok ibu dia baru datang.. dengan Izzat pula entah kat mana.. abang bawa baju dekat Izzah lepastu telekung Izzah ye.. thank you abang.."

Sebaik sahaja selesai berbual dengan Dato' Shukor, Datin Izzah kembali masuk ke dalam bilik menantunya. Kelihatan Sara sudahpun lena. Mujurlah menantunya itu sudah tidur. Risau juga dia jika menantunya itu asyik menangis.


********

Keesokkannya ibu Sara pun tiba. Melihat wajah ibunya, airmata Sara kembali berjurai.. Sara memeluk erat tubuh uminya..

"Umi.. anak Sara dah takde.. anak Sara dah mati umi.." adu Sara sambil menangis teresak-esak..

"Sabar sayang.. ini semua ujian.. Allah lebih sayangkan anak Sara dan Izzat.. Sara sabar ye sayang.." pujuk Puan Maisara.

Sara meleraikan pelukan itu tetapi mata nya masih basah dengan airmata.

"Dah.. jangan nangis.. Sara kena redha. Mungkin Allah nak hadirkan yang lebih baik untuk Sara.." ujar Puan Maisara sambil matanya mengusap airmata di mata anak bongsu nya itu.

"Oh ya.. Izzat mana? Ibu tak nampak pun dia.." soal Puan Maisara.

Mendengar sahaja nama Izzat, Sara menundukkan kepalanya.. wajahnya kembali sugul.

"Sara.. Izzat mana ? Ibu tanya ni.." soal Puan Maisara lagi.

Airmata Sara kembali berjurai..
"Sara.. Sara tatahu bu.. dia marahkan Sara.. dia kata Sara bunuh anak kita.."

"Astaghfirullahalazim.. kenapa sampai macam tu sekali?" Puan Maisara terkejut mendengar hal tersebut.

"Sara tatahu bu.. Sara sedar sedar je dia marahkan Sara. Dia tuduh Sara.. bunuh anak kita.. tapi Sara tak bunuh bu.. Sara tak tahu apa apa.. sedar sedar Sara dah dekat hospital.." jelas Sara.

"Sabar ye sayang.. ibu rasa mungkin Izzat terkejut.. dia masih bersedih tu.. Sara bagi dia masa ye.." pujuk Puan Maisara sambil memeluk erat anak bongsunya itu.

Walhal Izzat sekarang ini sedang enak tidur di rumah Anis..

*********
Hai. Minta maaf untuk keseribu kali.. baru sempat nak update.. baru ada kerajinan nak update minta maaf sangat.. dari sebelum degree sampai dah habis degree dah cerita ni ongoing hahaha minta maaf sangat sangat. 🥺😂. Sis akan cuba ye (akan cuba) update sikit sikit.. btw, thankyou yang mana masih stay dengan cerita ni. Thank you sesangat. Lap u olss

Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now