#15

2K 113 7
                                    

"Sa..Sara ?"

Sara dan Izham sama sama terdiam manakala Izzat dan Datin Izzah pula terpinga pinga di situ.

"Along dah kenal Sara ke ?" Soal Datin Izzah.

Sara diam menunduk menanti jawapan yang keluar di mulut Izham.

"Er, dia junior along dulu.." jawab Izham separuh jujur. Memang benar Sara itu junior nya namun Sara juga pernah mendapat tempat yang istimewa di hatinya.

Takkan lah dia nak bagitahu keluarganya yang Sara itu bekas kekasihnya. Tambahan pula Sara kini sudah menjadi isteri adiknya. Sakit juga lah hatinya mendapat tahu bekas kekasihnya itu sekarang adalah adik iparnya.

"Laaa , along ni senior Sara . Kenapa abang tak pernah tahu pun ?" Izzat menyoal Sara disebelahnya. Sara masih lagi seperti tadi. Diam tidak bersuara.

"Er hm abang pun tak pernah cerita yang abang pun ada abang. So , Sara pun tak tahu yang senior Sara ni along abang." Jawab Sara.

"Haaa dah dah , kejap lagi kita sembang. Sekarang ni mama nak pergi siapkan makanan . Sara , jom tolong mama sayang. And kamu berdua pergi siapkan meja dekat luar . Kejap lagi orang dah nak sampai.." ujar Datin Izzah sebelum menarik Sara kedapur bersamanya.

****

Malam itu rumah agam milik Dato Shukor dan Datin Izzah begitu meriah dengan kehadiran sanak saudara dah kenalan terdekat.

Ketika itu Sara duduk sendirian di meja makan di mana majlis itu berlangsung. Kelibat Izzat sudah hilang entah kemana . Katanya tadi mahu ke tandas lalu meninggalkannya sendirian disitu.

"Ehem, boleh abang duduk sini?"
Sara berpaling ke arah empunya suara. Kelihatan Izham yang segak sedang berdiri dibelakangnya.

"Hm duduklah.." ujar Sara.

Izham mengambil tempat di sebelah Sara.

Kekok. Itu yang mereka rasakan saat ini.

"Hm Sara dah lama ke kenal Izzat?" Soal Izham memecahkan kesunyian.

"Hm lama lah juga, dalam 5 tahun centu.." jawab Sara. Matanya lansung tidak menatap wajah Izham itu.

"Oh kira tak lama lepas hubungan kita lah Sara kenal dia..." ada nada menyindir dalam kata kata Izham itu.

"Hm siapa yang tinggal siapa dulu ?" Soal Sara pula.

"Abang tak pernah tinggalkan Sara , Sara yang cuba menjauh dari abang. " kata Izham pula.

"Abang kata Sara yang menjauh dari abang ? Bukan abang ke yang dulu tukar nombor ? Takda angin takda rebut tup tup hilang macam tu ja.. abang ingat Sara ni apa ?" Bunyinya macam terluka sahaja.

'Huh adik dengan abang sama ja . Dua dua suka tinggalkan orang macam tu ja..' gumam Sara dalam hati.

"Wait., abang tak faham . Apa maksud Sara ni ? Abang tukar nombor ? Bila masa ?" Soal Izham seakan keliru dengan situasi sekarang.

Baru sahaja Sara ingin menjawab soalan Izham itu, Izzat datang menghampiri mereka.

"Uish , bualkan apa ni ? Asal nampak cam tegang je .."

Sara tidak menjawab soalan Izzat itu , dia bangun lalu beredar pergi dari situ. Malas melihat wajah dua beradik yang sesuka hati lukakan hatinya.


'Apalah nasib aku dipertemukan dengan dua beradik ni..'



*

Hai semua . So izham tu watak baru , ex Sara. Oke bai

Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now