Sara tak nak hidup dalam keadaan yang macam ni. Ibarat macam gantung tak bertali. Untuk apa dia rujuk kembali kepada Izzat sedangkan Izzat masih melayannya dengan dingin.
***
Petang itu, Sara sedang duduk termenung di halaman rumah. Kelihatan kereta keluarga mertua nya masuk ke perkarangan rumahnya.
Pelik Sara dengan kedatangan family mertua nya itu tanpa makluman awal.Sara yang tadi nya sedang duduk di gazebo kini bangun melangkah menghampiri kereta mertuanya.
Kelihatan ibu mertuanya keluar dari belah penumpang hadapan dengan melemparkan senyuman yang manis kepadanya."Assalamualaikum." Sapa Datin Izzah lalu terus memeluk menantu kesayangannya itu.
"Waalaikummussalam mama.. mama dari mana? Kenapa datang tak bagitahu?" Kata sara sebaik sahaja pelukan itu dileraikan. Tangan bapa mertuanya juga turut disambut untuk disalam.
"Mama dengan papa kamu ni baru balik dari jumpa kawan area ni. Alang alang tu mama datang la singgah jenguk Sara. Sara pun dah lama tak balik rumah mama kan?" Kata Datin Izzah sambil yang berdiri disebelah Dato Shukor.
"Ala mama, Sara minta maaf sangat. Sara tak sempat lagi nak melawat mama. Ya lah, lepas kejadian..." sara tidak dapat meneruskan kata katanya. Air mata sudah berada di tubir mata.
"Dah dah, lupakan benda lepas. Mama dgn papa takde papa pun. Mama dan papa sentiasa doakan yang baik baik untuk Sara dan Izzat." Kata Datin Izzah lalu memeluk menantu kesayangannya itu.
"Jom papa , mama kita masuk dalam." Pelawa Sara.
Baru sahaja mereka bertiga mahu menuju masuk kedalam rumah, kelihatan kereta Izzah pula masuk ke perkarangan rumah.
Izzat yang baru saya memarkirkan kereta nya di bawah garaj itu baru perasan akan kereta ibu dan ayahnya.
"Aduh, mama dengan papa buat apa pula datang sini.. aku dengan minah tu bukan ok pun. Dah kena berlakon pula haih.. letih lah !" Gumam Izzat sendiri.
Dengan berat hati Izzat pun melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum." Sapa Izzat.
"Waalaikummussalam.." kedengaran suara mama dan papanya menjawab salam tersebut.
Izzat masuk lalu menyalam tangan kedua ibu bapanya. Walaupun hubungannya dengan Dato Shukor masih belum baik, tetapi dia masih menghormati ayahnya itu.
"Kenapa mama dan papa datang?" Soal Izzat sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa.
"Ai, takkan nak melawat anak menantu pun tak boleh?" Jawab Dato Shukor dengan sinis.
Datin Izzah faham situasi tegang antara anak dan suaminya itu lalu menjawab soalan Izzat itu sepertimana yang dia bagitahu tadi kepada Sara.
Suasana kembali sunyi, dan kebetulan Sara masuk ke ruang tamu membawa dulang minuman.
"Eh lama dah ka abang sampai?" Soal Sara kepada Izzat.
"Hm." Hanya itu yang dijawab oleh Izzat.
Dato Shukor baru ingin membuka mulut ingin menegur perlakuan anak nya itu, pantas ditahan oleh Datin Izzah. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.
****
Malam sudah menjengah, ibu dan bapa nya juga sudah meminta diri untuk pulang.
Sebaik sahaja kereta ibu dan ayahnya hilang dari pandangan, Izzat terus menarik tangan Sara yang sedang mengemas meja makan itu sampai terjatuh pinggan tersebut."Woi, kau tak payah nak berlakon sangat eh depan mama dan papa." Marah Izzat.
"Auch.. sakit bang.. lepas la tangan saya." Aduh sara yang kesakitan tangannya digenggam erat oleh Izzat.
"Sakit kau tak sesakit aku rasa tau. Kau kena ingat ! Kau takkan hidup bahagia dengan aku Sara. Aku benci dengan muka kau. Kalau bukan sebab mama dan papa, aku takkan rujuk dengan kau lah." Kata Izzat
"Tolonglah. Apa salah saya sampai awak benci sangat dekat saya? Saya pun merana tau Izzat." Kata Sara. Air mata sudah lebat membasahi pipi.
Izzat kematian kata melihat airmata yang mengalir itu. Tiba tiba hatinya terdetik perasaan kesian akan isterinya itu. Namun cepat, cepat dia hapus kan perasaan itu.
"Argh." Jerit Izzat lalu melepaskan tangan Sara dengan kasar hingga terduduk sara di atas pinggan yang pecah itu tadi.
Tangan sara terluka. Darah mengalir keluar. Namun airmatanya lagi laju mengalir membasahi pipinya. Luka itu tidak terasa ditangan. Namun terasa di hati.
****
YOU ARE READING
Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)
RandomSeumur hidup Izzat , ini kali pertama hatinya diketuk oleh dua gadis. Siapa sangka dia akan jatuh cinta pada kedua dua gadis tersebut. Seorang di utara , seorang lagi di timur. Argh , sungguh dia sayangkan kedua duanya. Namun dia harus memilih . Dan...