Sejak kejadian tempoh hari , Sara dan Izzat kembali berhubung. Si Izzat bagaikan sudah terlupa tentang kekasihnya , Anis.
Sara sebenarnya teragak agak juga untuk berkawan kembali dengan Izzat kerna dia tahu dia masih sayangkan Izzat and dia takut hatinya makin kecewa.
Tapi entahlah.. dia sunyi and dia nak Izzat. Hm.
****
Sara , kau balik kerja pukul berapa ? Jom tengok wayang malam ni .. 😘
WhatsApp dari Izzat itu dipandangnya sepi.
Sara rasa bersalah pula dengan kekasih Izzat kerana akhir akhir ini mereka semakin rapat. Dia juga perempuan , dia tahu macam mana sakitnya hati kalau boifren kita bermesra dengan perempuan lain. Dan perempuan itu adalah ex sendiri. Aduh.-Hm aku balik pukul 6. Hm sorry Izzat aku rasa aku letih ah aku nak rest. Malas nak keluar malam nanti sebab esok aku kena outstation ke KK.
Sara tahu ini satu satu nya cara yang terbaik. Dia harus menjauhkan diri dari Izzat. Namun hatinya seakan tidak mahu berbuat demikian . Argh , boleh gila macam ni.
Oh ye ke. Okey. Take care . ❤️
"Tolonglah Izzat jangan bagi harapan dah kat aku.." rintih Sara sebaik sahaja membaca pesanan ringkas dari Izzat itu.
****
Keesokannya , Sara sedang bersiap untuk ke airport. Dalam perjalanan ke airport , tiba tiba tayar keretanya pecah.
"Oh damn , time macam ni lah nak pecah aiyo.."
Sara sudah gusar memandangkan tiket flight nya pukul 4 dan sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3.20 petang.
Sara cuba mendial nombor kawan kawannya. Namun hampa , tiada yang menjawab panggilannya.
Tinggal sorang lagi harapannya , Izzat. Sara kemudian mendial nombor Izzat.
Tutt tutt
"Hello sara .." jawab si pemanggil."Er Izzat , kau kat mana eh ? Hm tayar kereta aku pancit and aku nak kena pergi airport flight aku pukul 4ptg. " sara mengigit bibir. Yelah selama ni dia cuba mengelak dari Izzat , tup tup harini telefon minta tolong.
"Oh yeke . Kau kat mana sekarang ?" Soal Izzat sepertinya khuatir dengan keadaan Sara.
"Aku dekat jalan Perdana."
"Oh okey dekat sangat dengan pejabat aku. Kejap aku pergi dekat kau." Ucap Izzat sebelum menamatkan panggilan .
Sara setia menunggu Izzat dibahu jalan . Sedang dia menunggu Izzat , sebuah kereta bmw berhenti didepannya. Kelihatan Azim keluar dari tempat pemandu.
"Eh Sara kan ?" Azim menghampiri Sara.
"Er haa.." Sara cuba mengingati muka Si Azim.
"Eh Azim. Sorry tak kenal , yelah dengan seragam pilot ni nampak lain.." kata Sara. Azim hanya tersenyum.
"Haha ni kenapa ? Kereta awak ada problem ke?"
"Ha'aa tayar pecah. Saya kena pergi ke airport sebab flight saya pukul 4petang nanti. Aih kereta ni pulak buat hal.." ujar Sara.
Azim menjenguk ke arah tayar yang dikatakan oleh Sara itu.
Azim melihat jam ditangannya.
"Eh sekarang dah 3.35 , saya pun nak ke airport jugak. Jomlah saya hantarkan . Kereta awak ni jangan risau , nanti saya call member saya .." pelawa Azim."Eh takpelah , saya dah call kawan saya , dia dah otw." Sara menolak pelawaan Azim itu.
Kemudian , Izzat pula tiba.
"Sara , kau okey tak ?" Izzat tidak perasan kehadiran Azim , dia khuatir kan Sara.
"Eh aku okey je . Kereta yang masalah." Kata Sara.
Izzat baru terperasankan kehadiran Azim disitu.
"Azim kan ?" Soal Izzat.
"Haa ye .. izzat ?" Soal Azim pula.
Izzat hanya menjawab soalan Azim itu dengan senyuman."Eh buat apa kat sini ?" Soal Izzat. Sebenarnya dia cemburu lah sikit.
"Oh tadi ternampak Sara kat tepi jalan ni . Tu yang berhenti tanya nak make sure dia okey ke tak. Pastu dia kata tayar kereta pecah. Ajak pergi airport sesama , tapi dia kata kawan dia dah datang. So, korang saling kenal lah ?" Kata Azim.
"Err, haa ye. Kawan satu universiti dulu." Bohong Sara. Izzat seakan tidak berpuas hati Sara memperkenalkan dirinya sebagai seorang kawan sahaja.
'Tapi tulah hakikat dia Izzat.'
"Okey dah, mana barang kau? Kata dah lewat kan terlepas flight. Kereta kau ni nanti aku call orang tolong bawa ke bengkel." Ujar Izzat.
Sara kemudian membuka bonet belakang untuk mengambil bagasi dan fail kerjanya.
Baru sahaja Izzat ingin menyimpan bagasi Sara kedalam keretanya , Azim bersuara.
"Eh bro , dah alang alang aku pun nak ke airport. Biar aku jela yang hantar Sara. Lagipun kitorang satu haluan je pun." Cadang Aizam.
Sara pandang Izzat , Izzat pandang Sara.
Serbasalah Sara dibuatnya.
"Kau nak pergi dengan dia ke ?" Soal Izzat kepada Sara.
'Aduhh dia tanya soalan yang buat aku berbelah bagi lah pulak.'
"Er betul juga kata Azim tu.. tapi dah kau dah datang..." jawab Sara serbasalah.
"Hm takpelah kau pergi lah dengan dia . Aku settle kan kereta kau ni." Jawab Izzat seakan menjauh hati.
Azim sudah tersenyum kerana Sara akan pergi bersamanya. Dia mengambil bagasi Sara ditangan Izzat.
"Er , sorry susahkan kau. Nanti roger kat aku pasal kereta ni." Kata Sara sebelum memboloskan diri masuk kedalam kereta Azim.
"Bro , gerak dulu eh . Assalamualaikum." Ucap Azim .
Izzat hanya memandang sayu kereta Azim berlalu dari situ.
"Shit , asal lah mamat ni muncul. Haih aku dah lah lama tak contact nga Sara. Dia pun macam nak jauh nga aku. Ingatkan baru nak spend time nga Sara . Hm hancusss." Kata Izzat.
YOU ARE READING
Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)
RandomSeumur hidup Izzat , ini kali pertama hatinya diketuk oleh dua gadis. Siapa sangka dia akan jatuh cinta pada kedua dua gadis tersebut. Seorang di utara , seorang lagi di timur. Argh , sungguh dia sayangkan kedua duanya. Namun dia harus memilih . Dan...