Selepas kejadian tempoh hari, hubungan Sara dan Izzat mulai baik, walaupun tak semesra suami isteri yang lain.
*******Sara bersiap siap untuk pergi kerja. Sedang dia memakai tudung, Izzat yang keluar dari bilik air memandang nya.
"Awak memang nak pergi kerja ke ? Tak boleh ke awak cuti je ?" Soal Izzat
"Ye. Saya nak pergi kerja. Kan saya kata, saya nak kerja juga." Jawab Sara sambil bersiap.
"Hm tapi awak dah sihat ke ? Kalau morning sickness awak datang macam mana ? Nanti kang awak pengsan kat tempat kerja kang.." Soal Izzat yang kerisauan.
Sara yang tadinya dihadapan cermin kini berpaling ke arah suaminya yang sedang duduk dibirai katil itu.
"Muntah saya dah kurang la. Saya makan ubat doktor bagi tu. Awak jangan risau lah. Takde apa nya. Saya ok je." Sara cuba menyakinkan Izzat untuk memberi keizinan kepadanya untuk pergi kerja.
'Ala kalau dia tak bagi pun aku nak pergi juga. Bukan aku sarat pun.' Desis hati Sara.
Izzat yang tadinya duduk di birai katil kini datang menghampiri Sara di meja solek. Bahu Sara dipegang kedua belah.
"Ok, ok. Hm saya risau je. Bukan saya nak kongkong awak. Tapi kerja tu jangan lasak sangat. Baby kat dalam perut tu, ingat."
"Ye.. saya tahu. Awak takyah risau lah. Hm saya pergi dulu, sarapan awak saya dah buat kat bawah nanti makan." Ujar Sara lalu mengambil beg tangannya untuk pergi.
"Eh, kejap, lupa lah tu.."
Sara yang baru sahaja membuka pintu bilik berhenti dari melangkah dan memandang Izzat."Apa ?" Soal Sara
Izzat menghulurkan tangannya. "Salam."
"Allahu lupa.. haih sorry sorry." Sara menepuk dahinya. Asyik saja lupa. Kemudian dia meyambut tangan Izzat dan menyalam tangan suaminya itu.
"Saya pergi dulu, Assalamualaikum." Sara pun beredar dari situ.
******
"Hai, termenung jauh nampak akak kita sorang ni.."
Sara yang tadinya termenung kini kembali ke kenyataan.
"Eh Mira, buat terkejut aku je. Kenapa ?" Soal Sara kepada rakan baik merangkap officematenya, Mira.
"Takdelah, aku dari jauhhhhhhhh tadi lagi tengok kau termenung. Rasa rasanya dah sampai marikh apa kau tadi ? Hm kau fikirkan apa tu ? Pasal Izzat ?" Ujar Mira seraya mengambil tempat di depan Sara.
"Hmm takde lah. Aku takda fikir apa pun. Penat sikit kot." Tipu Sara.
"Eleh, tak payah lah nak tipu aku. Penat apa nya kalau mata tu pandang dinding tu macam nak tembus dah dinding tu aku tengok." Seloroh Mira.
Sara tersenyum kecil mendengar seloroh Mira itu.
"Eh kau ni ade je. Hahah takde apa lah. Ha kau apa cerita ? Jadi ke nak bertunang minggu depan ?" Soal Sara lalu menukar topik perbualan mereka.
"Pandai kau eh tukar topik. Hm jadi je. Kau datang kan ? Kau kena datang tu. Teman aku..."
"Minggu depan tu hari sabtu kan ? Hm tengok dulu macam mana. Aku takut ada hal lah.." saja Sara ingin menyakat Mira.
"Ala, mana boleh macam ni. Kau janji apa haritu ? Kau kata kau nak teman aku kan ?" Mira sudah menarik muncung panjang. Merajuk.
"Alolo, nak jadi tunang orang pun perangai cam bebudak. Hahaha yela yela aku teman je kau nanti. Jangan lah risau. Aku pergi punya.." ujar Sara sambil ketawa melihat ragam si Mira itu.
YOU ARE READING
Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)
De TodoSeumur hidup Izzat , ini kali pertama hatinya diketuk oleh dua gadis. Siapa sangka dia akan jatuh cinta pada kedua dua gadis tersebut. Seorang di utara , seorang lagi di timur. Argh , sungguh dia sayangkan kedua duanya. Namun dia harus memilih . Dan...