Selepas kejadian haritu, aku cuba menjauh dari Izzat. Entahlah , aku taktahu sama ada apa yang kami lakukan ini betul ke tak. Izzat sayangkan Anis , bukan dia.
'Tapi kau cintakan dia ..'
Cinta kalau tepuk sebelah takkan jadi apa.hm.Sedang asyik Sara melayan perasaan , telefonnya berdering minta diangkat.
Izzat.
'Nak angkat ke taknak?' Sara berperang dengan hatinya.
Dengan lafaz bismillah , Sara menekan button answer.
"Hello , Sara..." Sara memejamkan matanya. Suara ini yang dia rindu selama dua bulan sejak dari kejadian haritu.
Sara masih mendiamkan diri.
"Hello.. Sara ? Are you there ? Sara.." kata si pemanggil.
"Hm.. ye saya dengar . Ada apa ?" Soal Sara . Ugh, dia rindukan Izzat.
"Hm Sara sihat ?"
"Sihat."
"Hm Sara bila nak balik rumah kita ?" Soal Izzat.
Ugh , soalan ini yang buat Sara rasa serbasalah.
"Hm sejak bila kita ada rumah 'kita'? Setahu aku , aku ada rumah aku sendiri and kau pun ada rumah sendiri kan."
'Maafkan aku Izzat.' Sara terpaksa.
Terdengar keluhan lemah Izzat..
"Sara ? Sampai bila kita nak macam ni ? Abang ingat Sara nak rumahtangga kita ni berjaya . Tapi Sara tak bagi abang peluang." Rintih Izzat didalam talian.
"Look , Izzat .. apa yang jadi haritu saya just anggap satu kesilapan. And saya tahu awak tak cintakan saya. Awak cintakan Anis . And awak akan kahwin dengan dia . Dah lah Izzat , lambat laun awak akan ceraikan saya juga.." terang Sara.
"Abang takkan ceraikan Sara !"
Tut..
Tut..Izzat menamatkan panggilan tersebut.
Ugh . Sara memejamkan matanya cuba mencerna apa yang terjadi tadi.
Kata lah dia ego ka apa , dia tak kisah. Yang bakal terluka nanti hati sendiri . Yaaaa hati dia..
*******
Petang itu Sara telah berjanji ingin bertemu dengan rakannya Lisa .
"Hai babe , sorry lambat. Jalan jammed tadi." Ujar Sara sebaik sahaja sampai di restoran tempat temujanji nya bersama Lisa.
"Issokey lah babe. Aku pun baru ja sampai. Haa order lah." Kata Lisa.
Sebaik sahaja membuat pesanan , mereka berdua kembali bersembang.
"So.. apa cer ? Kau ni bila nak kahwin?" Soal Lisa.
Sara tersenyum kelat. Sebenarnya Lisa tidak mengetahu tentang perkahwinanya bersama Izzat. Tiada siapa yang tahu kecuali keluarga mereka sahaja.
"Err .. nantilah. Belum ada calon." Bohong Sara.
"Eleh ye ah tu takde calon. Bukan ke sebelum ni kau keluar dengan cousin laki aku.. siapa dah nama dia ? Haaa , azim ! . Ha , dia apa cer?" Ujar Lisa.
"Hish , aku dengan dia kawan je lah. Kau niiii.."
"Elele ye ke ? Tahu tahu kang nanti sampai surat kahwin haaa.." usik Lisa. Sara hanya menggelengkan kepalanya.
'Macam mana nak sampai kad kahwin kat kau Lisa kalau aku ni dah kahwin..' bisik Sara dalam hati sambil menyedut air minumannya.
Entah kenapa sejak akhir akhir ni Sara asyik sakit kepala dan badannya cepat saja letih.
Sara memegang kepalanya yang sakit itu."Eh babe . Kau kenapa ? Okey tak?" Soal Lisa khuatir.
"Aku.. okey.. pening sikit ja." Ujar Sara.
"Hm kau dengan Ahmad bila nak dapat anak ni?" Soal Sara cuba mengalih topik perbualan.
"Haaa yg tu takyah tanya . Cukup 9bulan nanti dapat lah kau tengok anak aku." Kata Lisa selamba sambil menikmati makanannya.
"What? Beb , kau dah pregnant ke ?!!!!" Soal Sara terkejut.
"Ye.. dah masuk tiga bulan.." jawab Lisa sambil tersenyum.
Sara memegang erat tangan kawannya itu. Sungguh dia bahagia kawannya bakal menjadi ibu. Dia , entahlah bila boleh merasa saat itu..
Tiba tiba perasaan sedih menyelubungi dirinya.
"Babe , asal ?" Tegur Lisa yang perasaan riak wajah Sara sudah berubah.
"Takde apa lah. Aku happy kau happy.." bohong Sara lalu menghadiahkan satu senyuman yang dibuat buat kepada Lisa.
****^
Selesai sahaja makan , Sara meminta diri ke toilet.
Dalam perjalanan ke toilet , kepalanya rasa memberat dah tubuhnya rasa melayang. Sara yang tidak dapat mengimbangkan badannya terus jatuh rebah didalam bilik air tersebut.
***
Lisa yang sedang menikmati minumannya rasa terganggu dek kerana tiba tiba sahaja restaurant itu kecoh dengan suara pekerja nya.
Tiba tiba salah seorang pekerja disitu mendekati mejanya .
"Er puan , kawan puan kami jumpai tidak sedarkan diri di bilik air.. kami dah call ambulance.."
Lisa terus bangun ke arah bilik air dimana Sara jatuh pengsan."Allahu Sara.. sabar jap.." Lisa menelefon suaminya Ahmad dan memberitahunya tentang keadaan Lisa dan meminta suami nya menemui nya di hospital.
Tidak lama kemudian, ambulance pun tiba. Lisa menemani Sara sepanjang perjalanan ke hospital .
*****
Sara membuka matanya. Kepalanya terasa berat...
Dia melihat sekelilingnya. Ini bukan bilik dia.Sara cuba untuk bangun namun di halang oleh nurse di situ.
"Puan jangan banyak bergerak.. puan pengsan tadi." Kata nurse di situ.
"Err nurse, saya..nk air.." nurse tersebut menghulurkan air tersebut kepada Sara.
Sedang Sara minum air , pintu wadnya dibuka. Tersegul muka Lisa dan Ahmad .Muram sahaja muka Lisa ketika itu.
"Babe.. kau okey.." soal Lisa khuatir.
Sara menganggukkan kepalanya."Hm.. macam mana aku ada sini?" Soal Sara.
"Hm kau pengsan tadi kat toilet..aku yg bawa kau sini.." jawab Lisa.
"Oh , aku dah boleh balik lah kira jap lagi ?" Soal Sara lagi.
Lisa seakan berat hati ingin menjawab pertanyaan Sara itu. Dia memandang suaminya , tapi suaminya sepertinya berat juga."Hm babe .. kau.. hm kau.. pregnant.."
"What ?!!!!!!!!!!!"
*****
HAI SEMUAAAAA !! SORRY SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SEBAB BARU UPDATE . SORRYYYY😭.BUSY BETUL SAMPAI TAKLEH NAK UPDATE . SORRY TAU. SIS AKAN CUBA SIAPKAN NOVEL NI ASAP. SEBAB SIS TENGAH CUTI SEKARANG NI. Okeyyyy
YOU ARE READING
Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)
AléatoireSeumur hidup Izzat , ini kali pertama hatinya diketuk oleh dua gadis. Siapa sangka dia akan jatuh cinta pada kedua dua gadis tersebut. Seorang di utara , seorang lagi di timur. Argh , sungguh dia sayangkan kedua duanya. Namun dia harus memilih . Dan...