Sudah tiga hari Sara di dalam wad, namun bayangan Izzat masih tiada dan Sara tetap menantinya seperti biasa.
Hari ini Sara sudah dibenarkan keluar. Sedang Sara mengemas pakaian nya, terdengar pintu biliknya itu dibuka. Terjegul wajah Izzat di depan pintu itu.
"Dah kemas ke semua barang?" Soal Izzat dengan dingin.
Sara yang terkejut dengan kehadiran Izzat itu tersenyum gembira.
"Dah." Jawab Sara. Izzat kemudiannya mengambil beg yang sudah dizip oleh Sara itu dan melangkah pergi ke arah pintu.Sara di situ tidak dihiraukan nya. Melihata Sara masih tercegat disitu, Izzat menoleh belakang.
"Asal tercegat kat situ? Dah tak boleh berjalan ke?" Soal Izzat dingin.
Sara yang perasan perubahan Izzat itu hanya mendiamkan dirinya. Walaupun dirinya ingin menangis namun dia masih menahan diri nya agar tidak menangis.
Tidak mahu Izzat mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati, Sara perlahan lahan bergerak mengikut langkah Izzat.
****
Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya diam tidak bersuara. Hati Sara meronta ronta ingin bertanya kepada Izzat kemana suaminya itu pergi sepanjang dia berada di dalam wad. Namun, mulutnya tidak dapat berbicara.
Setibanya di rumah mereka, Izzat menyuruh Sara turun tanpa memikirkan keadaan Sara itu.
"Ni dah sampai rumah, turunlah.""Awak taknak turun sekali ke? Awak nak pergi mana?" Soal Sara melihat Izzat yang sepertinya mahu pergi ke tempat lain.
"Suka hati aku lah nak pergi mana. Dah, kau pergi lah turun. Tu beg kau kat belakang tu pepandai lah kau ambil sendiri eh." Jawab Izzat sinis.
Mendengar sahaja kata kata dari mulut Izzat itu, Sara sudah tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Sampai hati Izzat berkata begitu kepadanya.
"Lah.. menangis pula kau ni.. aduh. Dah takyah nak berlakon sangat.. apa kata kau turun dari kereta aku sekarang sebab aku dah lambat ni. Banyak benda lagi aku nak buat dari layan kau ni. Dah, blah lah cepat perempuan. Ke kau nak aku heret kau turun?"
'Ya Allah.. ini ke lelaki yang menggelarkan dirinya suami aku.. yang sebelum ini mengucapkan kata sayang nya kepada aku..' rintih Sara dalam hati.
Tanpa membuang masa, Sara membuka pintu kereta itu dan turun dari kereta tersebut. Pergerakan nya agak terhad memandangkan dia baru sahaja keguguran. Beg pakaian nya di belakang diambilnya sendiri. Air mata di pipinya masih lagi mengalir.
"Aku tak balik malam ni. Kau tak payah nak tunggu aku lah." Kata Izzat sebelum keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan rumah mereka.
Sara menangis terduduk di hadapan rumah mereka melihat layanan dingin suaminya itu kepadanya.
'Kenapa awak buat saya macam ni Izzat...'
******
"You.. kenapa lama sangat?" Izzat yang baru sahaja masuk ke dalam restoran itu disapa oleh Anis.
"Perempuan tu lah. Lembab.. suruh turun kereta pun payah.." ujar Izzat sambil duduk di sebelah Anis.
"Hmm dah tahu dia menyusahkan kenapa you pergi jemput dia?" Soal Anis.
"Tak boleh la.. daddy i call tanya i banyak kali dah." Keluh Izzat.
"Dah dah, takyah nak serabutkan kepala you dengan perempuan tu. Sekarang ni i lapar.. jom makan." Kata Anis dengan gedikknya.
Dasar perempuan tatahu malu. Eyy
YOU ARE READING
Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)
AcakSeumur hidup Izzat , ini kali pertama hatinya diketuk oleh dua gadis. Siapa sangka dia akan jatuh cinta pada kedua dua gadis tersebut. Seorang di utara , seorang lagi di timur. Argh , sungguh dia sayangkan kedua duanya. Namun dia harus memilih . Dan...