#20

1.7K 111 6
                                    

Sebaik sahaja Lysa dan Ahmad pulang, Izzat kembali masuk kedalam wad Sara. Kelihatan isterinya itu sedang nyenyak tidur . Izzat mendekati katil Sara.

Tipulah kalau dia katakan dia tak sayangkan Sara. Tapi , dia juga sayangkan Anis.
Dan sekali lagi dia harus memilih. Sara mengandungkan anaknya.

Izzat sayu melihat wajah Sara yang sedang tidur itu.
'Maafkan aku Sara , aku banyak buat kau terluka. Dari awal kita kenal sampai sekarang..'

Dan Izzat pun tertidur sambil duduk di kerusi sebelah katil Sara.



****

Keesokannya , Sara bangun dari tidur dan mendapati Izzat sedang tidur di sebelah katilnya dalam posisi duduk.

'Kenapa lah aku kenal dengan kau? Kalau dari awal aku tak kenal kau , mesti aku takkan terluka macam ni kan Izzat...' bisik hati Sara.

Tak lama kemudian , Izzat sedar dari tidurnya.
"Sayang.. sayang okey ke?" Tegur Izzat sebaik sahaja melihat Sara yang sedang memandangnya lama.

"Hm." Itu sahaja jawapan Sara sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Hm abang dah cakap dengan doktor , dia cakap sayang dah boleh keluar nanti.." ujar Izzat.

"Okey." Sepatah sahaja Sara menjawab.

"Hm abang balik tukar baju kejap eh, lepastu abang datang jemput sayang balik. Okey? Sayang tunggu tau.." Kata Izzat sambil memegang erat tangan Sara.

Sara menarik tangannya. Dan hanya membiarkan sahaja kata kata Izzat tadi. Dia tidak memberi respon.

Izzat mengeluh lemah sebelum bangun meninggalkan bilik itu. Sempat dia mencium ubun ubun Sara sebelum melangkah pergi.



*****

Sebaik sahaja Izzat pergi, Sara menelefon sahabatnya , Lysa untuk mengambil nya di hospital. Dia tidak mahu pulang bersama Izzat. Hatinya masih sakit dengan perbuatan Izzat dan dia juga masih tidak boleh menerima Izzat setelah apa yang berlaku.

Izzat takkan pernah memilih dia. Percayalah...





*****

Izzat terburu buru menuju ke hospital dek kerana takut Sara menunggunya lama di hospital.
Sampai sahaja di sana , alangkah terkejutnya dia melihat bilik Sara itu kosong. Kelihatan nurse sedang mengemas bilik isterinya itu.

"Nurse , wife saya mana?" Soal Izzat.

"Oh Puan Sara dah balik tadi.." jawab nurse itu.

"Balik ? Balik dengan siapa ?" Soal Izzat sekali lagi.

"Kawannya yang datang bawa dia ke hospital kelmarin.." jawab nurse tersebut sebelum meninggalkan Izzat keseorangan di wad itu.

"Arghhh ,.." Izzat yang serabut itu memegang kepalanya dengan lemah.

"Sara , kenapa buat abang macam ni.." rintih Izzat.
Tanpa menunggu lama , izzat meninggalkan hospital , dan menuju ke rumah isterinya.



Ketika dalam perjalanan ke rumah isterinya , telefonnya berdering minta diangkat.

Anis.

Dengan berat hati , Izzat menjawab panggilan kekasihnya itu.

"Hello.." sapa Izzat sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Sayang, where are you?" Soal Anis.

"Hm i.. i ada kerja jap. Kenapa ?" Bohong Izzat..

"Ey you ni.. lupa lah tu. Kan you dah janji nga i harini you nak teman i beli barang.." anis di hujung talian sudah merajuk.

Izzat menepuk perlahan dahinya.

Macam mana dia boleh lupa janjinya dengan Anis hari ini. Hm

"Hm sayang, sorry. Boleh tak kita cancel harini. I ada kerja lah sayang.." ujar Izzat.

"Hm you asyik ja macam ni.. haritu pun sama. Kenapa i rasa macam you nak mengelak dari i ha?" Gesa Sara.

"Hm no lah sayang. Serious i tengah ada kerja nak selesaikan. And i pun nak bincang something dengan you.." kata Izzat seakan memujuk Anis dan berharap kekasihnya itu memahami keadaanya itu.

"Hm okeylah. Bye."

"Sor..y .." belum sempat Izzat membalas , Anis sudah menamatkan panggilan itu.

Sekali lagi Izzat mengeluh berat.

Dia terpaksa , dia harus selesaikan masalah dia ni harini juga..

******



Sebaik sahaja tiba di rumah Sara, Izzat melihat kereta Ahmad ada di perkarangan rumah isterinya itu.

"Assalamualaikum." Sapa Izzat.

Ketiga tiga mereka terkejut melihat Izzat muncul disitu.

Izzat mendekati Ahmad dan menyalam tangan sahabatnya itu. Manakala Lysa memandang Sara yang lemah itu sedang berehat di sofa panjang rumahnya.

"Hm takpelah Sara , aku balik dulu tau. Kau berehat elok elok.. sorry aku kena balik dulu sebab nak pergi rumah mertua aku. Nanti aku datang lawat kau lagi. Apa apa kau call je aku." Pesan Lysa sebelum beredar dari rumah kawannya itu.

Lysa menjeling sekilas ke arah Izzat.

"Bro.. hm .. aku harap kau bincang elok elok nga dia. Jangan bagi dia stress bro.." pesan Ahmad kepda Izzat sebelum beredar juga.

Izzat menghantar Ahmad dan Lysa ke perkarangan rumah. Sebaik sahaja kereta mereka hilang dari pandangan, Izzat masuk kedalam rumah.

Sara yang sedang berehat di atas sofa itu dipandangnya.

Baru sahaja Izzat ingin mendukung Sara naik ke bilik, Sara awal awal lagi menolak tangan Izzat dari mengangkatnya.

"Tak payah lah angkat aku. Aku boleh jalan sendiri.." ucap Sara.

"Jangan lah degil, awak tu tak sihat.." tanpa memperdulikan Sara, Izzat tetap mengangkat Sara ke bilik.

Dan Sara berkeras menyuruh Izzat melepaskannya.

Izzat meletak Sara dengan elok di atas katil. Sara merengus kasar. Muka nya sudah masam mencuka .

Izzat hanya tersenyum tanpa bersalah.

"Jangan tarik muncung macam tu sayang, abang kiss kan.." usik Izzat.

"Kau pehal ? Dah buang tebiat ke duk sayang abang?" Marah betul si Sara ni.

Senyuman di bibir Izzat mulai kendur.

'Hm benci betul dia kat aku..'

"Hm kan abang dah cakap , abang nak baiki balik salah abang dekat sayang.." Izzat perlahan lahan mendekati Sara. Dia duduk di birai katil lalu mengambil tangan Sara dan mengenggam nya dengan kemas.

"Abang sayang Sara.." ucap Izzat.

Sara menarik kasar tangannya.

"Dah lah Izzat. Aku taknak dah jadi barang mainan kau. Can you just lemme go ? Hm .." ujar Sara sebak.

Ya , dia sudah penat. Dia tak rasa dia mampu untuk bertahan lagi...

"No, i can't.. i need you. You need me.." kata Izzat pula.

"Tak , kau tak perlu aku .. kau perlu Anis je. . Why susah sangat kau nak lepaskan aku ?! Bukan sebelum ni kau bahagia kan dengan dia ?!!!!." SAra mula meninggikan suaranya.

Izzat mula bangun dari tempat duduk nya.

"Hm sayang,rehat lah. Nanti sayang dah okey kita bincang balik. Nanti nak apa apa , panggil ja . Abang kat bawah.." ujar Izzat sebelum meninggalkan bilik itu.

Dia tidak mahu Sara stress . Itu mungkin akan bahayakan kandungannya.

"Takde apa yang perlu dibincang Izzat.. lepaskan aku jee...." rintih Sara lemah..





*********

Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now