Sara sedang asyik memilih makanan ditempat buffet makanan . Gembira sungguh Sara melihat pelbagai jenis makanan di depannya itu. Tiba tiba seorang jejaka datang menghampiri dia."Hai .." sapa si jejaka.
"Oh hai .." jawab Sara sekilas sebelum tumpuannya kembali ke arah makanan.
"Err , saya Azim. Boleh panggil ajim." Kenal si jejaka.
"Ohh saya Sara. " jawab Sara sekadar berbasi basi."Awak keluarga pengantin ke ?" Azim masih belum berputus asa untuk berbicara dengan Sara. Entahlah , hatinya bagaikan ingin mengenali si gadis ini sejak kali pertama matanya melihat si gadis ketika majlis akad nikah tadi.
"Eh tak lah , saya kawan pengantin perempuan. Awak keluarga pengantin lelaki ke ?" Dah orang berbudi kita pun berbahasa lah.
"Haa'aa, saya sepupu pengantin lelaki." Jawab Azim.
"Laa sepupu Ahmad ke ? Tapi hensem Ahmad lagi lah." Seloroh Sara.
"Hahaha eyy saya pun hensem lah. Cuma awak ja tak tengok elok elok." Azim juga turut sama berseloroh.
Ya betul Azim boleh tahan hensem. Lagi hensem dari Ahmad , tapi si Sara tu saja ja nak mengusik.Sedang asyik mereka bergelak ketawa , tiba tiba bunyi orang berdehem.
"Ehem."
Sara dan Azim terus berpaling ke arah empunya suara.
Izzat.
"Hai rancak gelak , bualkan apa tu?" Soal Izzat. Sara sudah mengigit bibir. Manakala Azim menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Izzat .
"Azim."
"Izzat." Izzat turut menyambut salam Azim.
"Sepupu Ahmad kan ?" Tegur Izzat.
"Haaa ."
Melihat dua orang jejaka itu sedang berbual , Sara cuba untuk menjauhkan diri daripada mereka. Sebaik sahaja mengambil makanan nya , Sara terus bergerak pergi dari situ.Baru sahaja Sara ingin melangkah pergi , Azim memanggil dirinya.
"Sara, kejap." Azim meninggalkan Izzat lalu menghampiri Sara.
"Pinjam fone kejap." Ujar Azim. Sara yang bingung tanpa soal terus memberikan telefonnya.
"Okey , senyum."
Klik ! Bunyi kamera fon nya.Sara sudah terpinga pinga.
' eh ? Apa yang dah jadi?'Azim tersenyum kepadanya dan memberikan telefonnya kembali.
"Nanti wasep kat saya tau gambar tu. Saya dah save nom saya dalam fone awak. Okey bye." Ujar Azim sebelum pergi dari situ. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Sara.
Izzat yang melihat adegan itu sedang menahan marah.
"Shit , dia nak try awek aku."
'Eh , bukan awek okey , ex..' aduh akal ni time ni lah nak kacau mood.
*****
Sara sudah berkira kira untuk balik , dia menuju ke arah Lysa dan Ahmad yang sedang menyapa tetamu itu.
"Babe , aku balik dulu eh .. dah lewat. Nanti esok aku datang balik okey." Ujar Sara sambil memeluk Lysa.
"Okey, esok jangan lupa tau. Kau tu pengapit aku.."
Ahmad disebelah tersenyum melihat kemesraan dua orang kawan baik itu.
"Yelah .."
"Bro , aku pun dah nak balik.. " Izzat tetiba datang mencelah.
"Orait bro . Thanks bro . Esok jangan lupa jugaa." Ucap Ahmad pula.
"Okeylah babe , bye.." ujar Sara lalu bergerak pergi dari situ.
Baru sahaja Sara ingin masuk kedalam keretanya , terasa seseorang memanggil dirinya.
"Sara ! Jap." Sara berpaling ke belakang , kelihatan Izzat sedang menghampirinya.
"Ye. Nak apa." Sara menarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan untuk berdepan dengan Izzat.
"Er. Hm , kau sihat ?" Izzat menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Awkward.
"Kau tengok aku tengah nazak ke sekarang?"
"Hm takdelah , hm aku nak nombor kau boleh ? Kita kawan kan ?" Kata Izzat.
"Hm aku tak pernah tukar nombor pun. Kenapa ? Dah delete ke nombor aku ?" Perghh bertubi tubi si Izzat ni kena.
"Err .." Izzat sudah kematian kata.
"016-4235611"
"Eh eh jap , ulang balik. 016.. ?" Izzat kalut mengambil handphone nya.
"016-4235611"
"Oh oke. Thanks Sara." Ucap Izzat sambil tersenyum sumbing
Sara tidak membalas ucapan Izzat itu. Dia terus membolos masuk kedalam kereta dan bergerak pergi dari situ.
Izzat hanya melihat kereta Sara meluncur pergi.
Drive leklok. Take care .
Izzat menghantar pesanan ringkas itu kepada Sara.
'Tak sia sia aku datang majlis ni..'
YOU ARE READING
Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)
RandomSeumur hidup Izzat , ini kali pertama hatinya diketuk oleh dua gadis. Siapa sangka dia akan jatuh cinta pada kedua dua gadis tersebut. Seorang di utara , seorang lagi di timur. Argh , sungguh dia sayangkan kedua duanya. Namun dia harus memilih . Dan...