#16

1.9K 82 2
                                    

"Sara , kau rapat ke dengan along masa sekolah dulu ?" Soal Izzat . Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka sebaik sahaja majlis tadi selesai.

"Tak." Jawab Sara sepatah dengan matanya terpejam rapat. Sebenarnya dia malas nak ingat balik kisah lama. Dua dua menyakitkan hati.

"Serius lah ? Asal aku tengok kau dengan along macam hm .. kenal rapat sangat?" Soal Izzat seakan cemburu.

Dia berpaling sekilas ke arah Sara yang sedang memejamkan matanya itu.

"Hm dah kalau aku rapat , kenapa ?" Sara yang tadinya memejamkan matanya kini sedang berpaling ke arah Izzat yang sedang memandu itu.

"Hm takdelah . Aku tanya ja. Curious lah juga. Yelah , along tu bukan jenis ramai kawan . Certain orang ja boleh kawan nga dia. And kau pula junior macam hm pelik lah korang boleh get along centu.." terang Izzat.

Sara hanya diamkan diri. Malas nak bahas. Kebetulan mereka juga sudah sampai di rumah Izzat.


***
Sebaik sahaja Izzat memakirkan keretanya, Sara keluar dari kereta dan berkira kira untuk menuju ke arah kereta nya . Namun , dihalang oleh Izzat.

"Kau nak balik rumah kau , drive sensorang time cenni ?" Soal Izzat.

"Yelah.."

"No , aku tak izinkan. Kau tidur jela sini malam ni. Dah lewat malam lah Sara. " larang Izzat.

"Tapi aku tak bawa baju lah. Esok aku nak pergi kerja pakai apa ?" Soal Sara menyampah. 'Acah protective' gumam Sara dalam hati.

"Hm tidur jela sini. Ala esok masuk lambat sikit kerja takpa lah. Kau tak sayang diri kau ke ? Cuba kalau jadi apa apa kat kau malam malam cenni kat jalan ? Haaa.."

Sara mengeluh kuat. "Hm yelah."
Sara kembali mengunci keretanya dan mengikut langkah Izzat masuk kedalam rumah.

"Kau berehat dulu. Kejap lagi aku bagi tuala dengan baju kat kau." Kata Izzat sebelum mendaki tangga menuju ke biliknya.
Sara macam biasa ah , tidur di bilik tamu. Takkan lah dia nak tidur dengan Izzat kan.

Sebaik sahaja masuk kedalam bilik tamu itu , Sara merebahkan badannya di atas katil. Perbualannya dengan Izham tadi , kembali terlayar di fikirannya . Hm . Sara memejamkan matanya , cuba untuk mengusir jauh kenangan lama antara dia dan Izham.


Tok ! Tok !

Pintu bilik tamu diketuk.
Dengan malas , Sara membuka pintu biliknya. Terjegul muka Izzat ditangannya ada kain tuala dan baju milik Izzat.

"Err , ni ja baju aku ada untuk kau pakai malam ni. Aku harap kau tak kisah lah." Kata Izzat.

"Hm issokey. Aku okey ja. Thanks." Ucap Sara lalu menutup kembali pintu biliknya .

Tudung dikepalanya dibuka dan dia sedang bersiap untuk membersihkan diri.


***

Selesai sahaja mandi , Sara hanya memakai baju t-shirt Izzat sahaja kerana seluar milik Izzat itu terlalu besar memandangkan dirinya yang agak rendah. Nasib baik baju t-shirt milik Izzat besar dan panjang sampai ke paras paha.

Selesai sahaja solat , Sara kembali baring di atas katil. Sebelum tidur dia sengaja membuka telefon bimbitnya.

***

Asyik sangat membaca novel diwattpad sehinggakan tidak sedar waktu sudah larut malam. Sara kemudian terasa dahaga dan berkira kira untuk kedapur.

Melihat jam sudah berganjak pukul 3pagi , Sara yakin yang Izzat sudah tidur. Jadi , dia memberanikan dirinya untuk keluar dengan baju yang paras paha itu.



"Fuhhh , legaaa dapat minum air.." ucap Sara sebaik sahaja selesai minum air. Tanpa dia sedari , ada satu figura sedang melihat dirinya di dapur itu.

Alangkah terkejutnya Sara sebaik sahaja dia berpaling kebelakang , kelihatan Izzat sedang bersandar di dinding dapur dan sedang memerhatikan dirinya.

"Eyy ! Teranjat lah . Kau kenapa ? Asal tak tidur lagi ? Aku ingat kau dah tidur ?" Marah Sara.

Izzat habya tergelak kecil . Dia memandang Sara dari atas sampai bawah. Sara yang perasan tenungan tajam Izzat tu baru sedar tentang dirinya yang agak seksi itu.

"Hmm.. aku .. masuk bilik d..dulu."

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi dari dapur , Izzat memaut tangannya dan menariknya kedalam pelukannya.

"Eyy apa kau buat ni Jad , lepaslah. Apa peluk peluk ni ? Eyy.."

"Bagi aku lima minit ja Sara..please.." bisik Izzat lembut..

Sara hanya biarkan saja..




******


Sorry baru update 🙏🏻

Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now