020 🌸

46 9 7
                                    

SEOHWA POV.

Tik–tok–tik–tok

Pukul 12 tengah malam. Dan, aku masih berjaga sambil merenung siling. Bunyi jam berdetak membuatkan aku lagi sukar untuk memejamkan mata apatah lagi hendak tidur.

Pelbagai perkara yang sedang berlegar-legar dalam kepalaku. Tambahan lagi, dengan keadaan Baekhyun yang masih tidak pulang.

Mana dia pergi? Kenapa dia tak balik lagi? Dan, kenapa dia tak mesej apa-apa?

Overthinking.

Ya. Siapa saja takkan overthinking kalau suami balik lewat tanpa beritahu apa-apa?

Aku kemudian mengiring ke belah kiri sambil berfikir mengenai perkara yang aku tidak pasti jawapannya.

Kenapa dia buat macam tu? Kenapa dia tak reveal pada public yang dia dah berkahwin?

Dia cuba sorok sesuatu ke?

"Sayang!" tersentak aku dibuatnya tatkala mendengar laungan lantang Baekhyun memanggilku. Aku berfikir terlalu dalam sehingga aku tidak perasan bunyi kereta lelaki itu.

"Sayang, dah tidur ke?" aku bertindak untuk pura-pura tidur tatkala mendengar derapan tapak kaki Baekhyun semakin menghampiri bilik.

"Sayang?" kedengaran dedaun pintu dibuka. Aku dapat mengagak yang Baekhyun sedang mendekati diriku memandangkan aku membelakanginya.

"Sayang, tidur dah ke? Mian..." aku tidak jawab sebaliknya aku sekadar diam sambil memejam mata.

Sakit hati.

Sentuhan lembut Baekhyun menyentakkan aku namun nasib tidak begitu ketara. Baekhyun meneruskan usapannya pada kepalaku.

Aku sedaya upaya menahan perasaanku dari terus hambur padanya. Selimut digenggam erat. Sabar, Seohwa. Sabar.

"I miss you, Seohwa-ah." ucapnya begitu lembut pada pendengaran telingaku. Aku kekal diam. Menunggu lagi kata-kata daripadanya.

"Jalja." satu kucupan singkat dirasai pada dahiku sebelum perlahan-lahan dia berlalu pergi. Aku membuka kelopak mataku saat mendengar pintu bilik air ditutup.

Aku berdecit.

"Rindu? Huh." desisku menyampah. Sedar tak sedar, air mataku bergelinang membasahi pipi dan tumpah ke atas bantal.

Lagi fikir, lagi perit hatiku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lagi fikir, lagi perit hatiku. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk melelapkan mata ditemani air mata yang seakan-akan tidak boleh berhenti.

 Akhirnya, aku membuat keputusan untuk melelapkan mata ditemani air mata yang seakan-akan tidak boleh berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic Where stories live. Discover now