Baekhyun menyuap masuk kimbap ke dalam mulutnya sambil anak matanya bergerak mengikut gerak-geri Seohwa.
Patut aku bagitahu... ke, tak? omel Baekhyun dalam hatinya. Sebolehnya, dia enggan Seohwa salah faham antara hubungannya dengan Suzy nanti.
"Sayang,"
"Hm?" sahut Seohwa tanpa memandang Baekhyun. Sibuk mengemas perkakasan dapur yang disimpan dalam kabinet. Baekhyun membasahkan bibirnya sebelum perlahan-lahan dia hendak memulakan perbualan.
"Sayang free tak, esok?" soal Baekhyun sebelum memasukkan kimbap ke dalam mulutnya.
"Saya setiap hari free, Baek. Saya duduk rumah je. Lupa ke awak suruh saya berhenti kerja?" ujar Seohwa sambil mengorak langkah menghampiri suaminya di meja makan.
"Kalau esok, saya nak ajak awak pergi makan dengan rakan sekerja saya boleh?" tanya Baekhyun dengan nada agak berhati-hati. Seohwa mengangguk tanpa banyak soal.
"Sure." Baekhyun menarik senyum manis. Kepala Seohwa diusapnya lembut. Seohwa sekadar membalas senyuman manis milik Baekhyun.
🌸🌸🌸🌸
"She's my wife."
Joshua mengeluh kesal memikirkan perkara yang berlaku semalam. Pasti Seohwa berasa tidak selesa dengannya. Risau pula jika Seohwa menganggap dia mempunyai perasaan terhadap wanita sudah berkahwin itu.
Telefon pintar miliknya dikerling beberapa kali. Menunggu seseorang menghubunginya mungkin.
"Weh Shua, kau nak ikut aku pergi jumpa Seohwa tak?" Joshua tersentak sambil melihat Dokyeom yang sedang bersiap-siap hendak keluar.
"B-buat apa?"
"Nak hantar barang kejap. Kenapa? Kau tak nak ikut, ke?" tanya Dokyeom agak aneh dengan sikap Joshua hari ini.
"Tak. Kau pergilah. Aku ada kerja." ujar Joshua cuba menyembunyikan rahsianya. Dokyeom berkerut. Selalunya tergedik-gedik nak jumpa Seohwa.
"Dahtu, kau nak kirim apa-apa tak?" Joshua menggeleng sebelum berlalu pergi ke biliknya. Dokyeom menjongketkan bahunya lalu melangkah keluar dari rumahnya.
🌸🌸🌸🌸
"Sayang! Dah siap, ke?" laung Baekhyun dari ruang bawah menunggu si isteri bersiap.
"Ya!" sahut Seohwa sambil menuruni tangga dengan tergesa-gesa. Enggan suaminya menunggu lama.
"Hati-hati, sayang. Jangan kalut-kalut. Nanti jatuh." tutur Baekhyun agak risau. Seohwa hanya tersengeh naif setibanya di ruang bawah.
"Jatuh, awak sambut." Baekhyun gelengkan kepalanya berkali-kali. Ada saja benda nak dijawabnya.
"Jom." ujar Baekhyun langsung menapak ke luar kediaman dibuntuti Seohwa.
🌸🌸🌸🌸🌸
SEOHWA POV.
"Dah sampai." Baekhyun menarik hand-break sekaligus menutup enjin keretanya. Aku tersenyum riang. Bukan selalu Baekhyun tiba-tiba ajak aku lunch sekali dengan rakan sekerjanya. Nak kenal-kenal juga dengan member-member Baekhyun ni.
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
Fanfiction"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...