"I wonder... kau mandul ke, Seohwa? Aku rasa kalau kau tak mampu bagi anak better kau minta cerai je."
Seohwa membuang pandangannya ke luar balkoni. Berlegar-legar ayat yang dilontarkan oleh Minha pagi tadi. Perutnya yang kempis disentuh seketika.
Aku mandul ke?
Bunyi pintu dikuak menyedarkan Seohwa. Satu senyuman nipis dipamer di bibirnya melihat Baekhyun sudah pulang.
"Awal awak balik." ujar Seohwa seraya menghampiri suaminya. Tali leher lelaki itu dirungkaikan. Sudah menjadi rutinnya untuk menyambut kepulangan Baekhyun dari kerja.
Baekhyun senyum kecil. "Haah. Rindu isteri saya ni." hidung Seohwa dicuit manja. Tergelak serentak mereka berdua.
"Ee, dahlah. Pergi mandi. Saya sediakan makan malam dulu." kata Seohwa sebelum berlalu pergi ke dapur. Baekhyun cuma tersenyum melihat sosok tubuh isterinya pergi.
Pergerakan Baekhyun yang hendak menuju ke tingkat atas terhenti tatkala bunyi telefon canggihnya berkumandang. Dahinya berkerut apabila melihat nombor yang tidak dikenali tertera pada paparan skrin telefonnya.
"Ya, Byun Baekhyun bercakap." jawab Baekhyun seraya melekapkan telefonnya pada telinga.
"Baekhyun?" bertaut kening jejaka tersebut saat mendengar suara wanita yang seakan dikenalinya.
"Suzy? How did you get my number?" cepat-cepat Baekhyun menaiki tangga langsung menuju ke biliknya. Pintu bilik dikatup rapat dengan perlahan-lahan. Tak tahu apa yang dirisaukannya.
"Mr. Lee bagi. Dia cakap susah kalau urgent, saya cuma ada home number awak."
"I see. So kenapa awak call? Ada masalah dengan discussion tadi ke?" Baekhyun melabuhkan punggungnya di birai katil sambil menunggu balasan wanita tersebut.
"Oh, tak. Cuma...." Suzy sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Terjongket kening kiri Baekhyun. "Cuma?"
"Malam ni awak free tak?" Suzy menyoal dengan nada berhati-hati.
"Free. Why?" makin pelik Baekhyun dengan tingkah Suzy. Namun dibiarkan saja memikirkan wanita itu partner-nya di tempat kerja.
"Can we meet at Sky Cafe? At 9 pm?"
"Not sure. But if I can, I will tell you." omel Baekhyun sambil membuka butang kemejanya seterusnya dicampak masuk ke dalam bakul baju kotor.
"Okay, bubye!"
"Bye." talian langsung dimatikan. Suzy sudah tersengeh-sengeh suka sambil menggoyangkan kedua belah kakinya teruja. Jantungnya berdegup kencang dapat dirasakan.
Perasaan yang tidak dapat diungkap apabila berhadapan dengan lelaki itu.
Byun Baekhyun.
🌸🌸🌸🌸
Joshua menatap skrin telefon pintarnya sambil berfikir lama. Sudah sekian lama dia tidak berhubung dengan Seohwa sejak kejadian di shopping mall tempoh hari. Hatinya tidak tenteram memikirkan wanita itu.
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
Hayran Kurgu"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...