Throwback 5 years ago,
Joshua menolak pintu perpustakaan sementara anak matanya merayau seluruh perpustakaan yang dipenuhi oleh ramai pelajar sedang mengulangkaji memandangkan peperiksaan akhir sem bakal tiba.
Bibir Joshua automatik mengukirkan senyuman apabila anak matanya terhenti pada seorang gadis yang sedang tekun belajar. Dia apalagi laju saja kakinya bergerak menuju ke arah gadis itu. Namun, dia memilih untuk duduk di meja berhadapan dengan wanita yang telah membuatkan hatinya berombak laju.
Dia masih kekal tersenyum sambil mengeluarkan buku-buku rujukannya. Joshua memerhati gadis tersebut bersama dagunya ditopang.
"Cantiknya dia." omelnya dalam hati.
"Oh! Ni kerja kau eh!" suara kuat Baekhyun menarik perhatian semua orang disitu termasuk gadis yang menjadi idaman Joshua.
Secara tidak langsung, mereka berdua saling bertentangan mata. Terbeliak mata Joshua apabila wanita itu betul-betul sedang memandang ke arahnya. Lantas, dia menolehkan kepalanya ke tempat lain.
Jahanam punya Baekhyun.
Bibir diketap geram. Bukan Baekhyun kalau tak bising!
"Kau buat apa kat sini?" tanya Joshua agak dingin. Merajuk konon.
"Hehe. Belajarlah. Apalagi?" langsung Baekhyun mengambil tempat di hadapan Joshua walaupun dia menerima jelingan daripada lelaki itu kerana menghalangnya dari curi-curi lihat gadis tadi.
"Orang datang perpustakaan study. Kau? Curi-curi tengok anak dara orang pula." Joshua buat tidak endah. Dia kemudian mula menyelak bahan bacaannya.
Baekhyun berdecit. Dia lalu memusingkan tubuhnya ke belakang melihat wanita yang diperhati sahabatnya tadi. Baekhyun mencebikkan bibirnya sambil terangguk-angguk.
Not bad taste Joshua ni!
Secara tiba-tiba, wanita tersebut mengangkat wajahnya lalu dengan tidak sengaja anak matanya bertembung dengan gadis cantik itu. Cepat-cepat Baekhyun kembali menoleh semula ke hadapan.
Dup–dap–dup–dap
Jantungnya yang berdegup kencang disentuh. Menyedari dirinya direnung Joshua lantas dia berpura-pura normal.
"Kau kenapa?" soal Joshua dengan dahi berkerut. Pelik melihat Baekhyun kelihatan nervous semacam.
"H-ha? T-tak ada apalah. Sambunglah study." ujar Baekhyun enggan membalas pandangan lelaki itu. Terangkat kening kiri Joshua sebelum menyambung semula pelajarannya.
"Hm.. Josh." panggil Baekhyun agak ragu-ragu.
"Hmm." Joshua sekadar mengiyakannya. Tangannya sibuk highlight bahagian-bahagian yang penting.
"Perempuan yang kau tengok tadi. Kau... suka dia ke?" pertanyaan Baekhyun serta-merta menghentikan pergerakan Joshua. Bibir tipisnya terbentuk senyuman mendengar soalan itu.
"Eo. I like her. Why?" anak mata Baekhyun langsung direnungnya. Baekhyun tersengeh kekok. Kepalanya digeleng.
"Amugeotto aniya. I just impressed." Joshua membuat muka bangganya.
"Of course. So sekarang kau dah tahu. Kau jangan nak cuba ambil pula." tutur Joshua selamba tetapi masih dalam nada serius. Baekhyun tergelak tatkala mendengar kata-kata Joshua.
"Apa kau mengarut? Come on. Aku dah ada girlfriend. And, takkan aku nak ambil member aku sendiri punya kot?" mendengar balasan Baekhyun membuatkan Joshua mengangkat wajahnya memandang lelaki itu semula.
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
Fanfiction"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...