"Baekhyun..." seru Seohwa lembut sambil mengatur langkah menuju ke arah suaminya. Kelihatan Baekhyun sedang sibuk dengan kerjanya.
"Awak.. dengar tak, saya panggil ni?" Seohwa ketap bibirnya melihat Baekhyun tidak melayannya.
"Ya.. sayang? Ada apa? Saya tengah busy ni." balas Baekhyun lembut. Komputer ribanya diletak di atas meja. Tumpuannya kembali kepada isterinya.
"Tak ada apa. Cuma saya nak cakap yang petang nanti Hani nak datang rumah." tutur Seohwa dengan senyuman kecilnya. Baekhyun berkerut.
"Kenapa dia nak datang?"
"Saya ajak. Saya ingat nak buat kek coklat untuk dia. Yalah. Dia baru je putus tunang." Baekhyun mengangguk faham. Pipi gebu Seohwa diusapnya perlahan.
"Jadi?"
"Boleh.. tak?" Baekhyun berfikir sejenak sebelum mengangguk. Dahi Seohwa dicium sekilas.
"Mestilah boleh. Tapi suruh dia balik cepat.. ya?"
"Yalah. Tapi kenapa?" soal Seohwa pelik. Baekhyun tersengih.
"Saya nak bermanja dengan isteri saya ni." kata Baekhyun. Pipi Seohwa sudah merah kerana malu. Lengan Baekhyun dipukulnya perlahan.
"Gedik."
🌸🌸🌸🌸
Dokyeom menapak ke arah dapur. Langkahnya terhenti saat melihat sahabatnya dari Los Angeles itu seakan sedang termenung di meja makan.
"Hoi, Shua!"
"H-ha? Kenapa?" terkebil-kebil mata besarnya memandang Dokyeom.
"Kau menungkan apa?" soal Dokyeom sambil berjalan menghampiri meja makan. Joshua tersenyum nipis.
"Tak ada apalah, bro." Dokyeom mengecilkan matanya. Iye iye je dia ni.
"Yeke? Ke, kau menungkan..... girlfriend kau yang gorgeous tu?" Dokyeom tersengih mengusik. Joshua membuat muka.
"Aku dah cakap jangan cakap pasal dia, kan?" suara Joshua bertukar serius. Namun riak mukanya masih dapat dikawal baik.
"Iyelah, tak cakap dah. Tapi hm, dia apa cerita eh?" Joshua mengeluh. Hilang selera nak makan apabila Dokyeom mula bangkitkan hal itu.
"Entah. Jangan tanya aku. Aku tak nak langsung tahu pasal dia." seraya itu, Joshua terus melangkah pergi meninggalkan Dokyeom. Lelaki itu mencebik.
"Dasar anak Hong." gerutu Dokyeom sendirian. Tidak lama kemudian, bunyi notifikasi berkumandang menandakan ada mesej masuk.
📩 Seohwa~🎀
Dokkie~ finally today Baekhyun ajak dating! I'm so happyyyyy 😆 jangan kacau aku dating eh! Bye!
"Pft, siapa nak kacau kau dating?" Dokyeom tersenyum kecil. Baguslah kalau Baekhyun sudah kembali seperti dahulu. Dia tidak boleh buat apa-apa memandangkan ini hal rumah tangga sahabatnya. Lagi keruh jika dia masuk campur.
Yang aku ni... bila nak kahwin eh?
🌸🌸🌸🌸
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
Fanfiction"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...