014 🌸

68 10 4
                                    

"One americano and one latte please." pesan Joshua lalu menghulur kad kreditnya. Selepas selesai semuanya, Joshua mengambil tempat duduk yang berada di tepi kaca lut sinar sementara menunggu rakan sekerjanya tiba.

Telefon canggihnya dibawa keluar dari poketnya. Aplikasi Instagram dibuka sambil menyedut minumannya. Dia kemudian mengangkat kepalanya yang terasa lenguh kerana terlalu lama menunduk. Tanpa sengaja, matanya tertancap pada seorang lelaki yang dikenali.

Langsung Joshua menoleh ke arah lain, enggan orang yang dikenali itu perasan akan dirinya. Joshua lalu perlahan-lahan memusingkan kepalanya ke sebelah kanan. Cuba melihat lelaki tadi.

Byun Baekhyun.

Dahinya berkerut seribu melihat Baekhyun bersama wanita yang dia sendiri tahu itu bukan Seohwa.

Pada mulanya, Joshua ingin bersangka baik. Lagipun, tak patut dia masuk campur rumah tangga orang namun dia jadi terganggu apabila melihat aksi wanita itu agak aneh.

Bermula dengan menepuk bahu Baekhyun kemudian lama-lama dia mengusap tangan Baekhyun. Seolah-olah sedang cuba menenangkan lelaki itu. Dan Baekhyun langsung tak cuba menepis malah dia membiarkan saja.

Joshua mengeluh. Figura Baekhyun dipandang tajam. Kalau apa yang dia fikirkan sekarang betul, memang Baekhyun takkan lepas dari tangannya.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Mian, Baekhyun-ssi. Mesti awak dah tunggu saya lama kan? Jjinja mianhae." tangan Baekhyun diraih membuatkan Joshua terbeliak matanya. Baekhyun cepat-cepat menarik tangannya semula sebelum perkara yang tidak diingini terjadi.

"G-gwenchana. Hmm, did you bring the file?" soal Baekhyun cuba menutup rasa gerunnya. Tambah-tambah Joshua berada disampingnya.

"Ah? Y-ya. Saya bawa. Iggeo." satu fail yang dihulur kepada Baekhyun. Sempat Suzy melirik ke arah Joshua dan Joshua turut membalas pandangan wanita itu.

Suzy terus melarikan anak matanya. Tak tahu kenapa tapi dia dapat rasakan jejaka yang tidak dikenalinya itu seakan-akan menyimpan perasaan benci padanya.

"Great. Jom kita discuss kat sana." ujar Baekhyun setelah meneliti kandungan kertas dalam fail tersebut.

"Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi." terhenti langkah mereka berdua tatkala mendengar Joshua bersuara. Baekhyun menelan air liurnya. Dengan perlahan-lahan, dia menoleh memandang Joshua dengan senyuman nipis.

"Aku ada kerja. Let's talk later." Joshua berdecit.

"Waktu wedding abang ipar kau sendiri pun, kau lagi pentingkan kerja kau? Macam takda hari lain kau nak settle kan. Agak-agaknya, kalau Seohwa tahu apalah perasaan dia?" sinis Joshua berbicara. Baekhyun cuba menahan amarahnya lalu merapatkan sedikit dirinya dengan Joshua.

"Kau ugut aku?" bisikan Baekhyun mengundang senyuman sinis daripada Joshua.

"Anni. Tapi, dia sendiri nampak." mendengar itu, langsung Baekhyun melihat ke arah Seohwa yang sedang bersama Dokyeom.

Betul cakap Joshua, wanita itu sedang memerhatinya dengan pandangan dingin. Tiada secalit senyuman di bibir isterinya. Baekhyun mendengus kasar. Wajah Joshua yang sedang tersenyum ke arahnya dipandang dengan perasaan marah yang ditahan.

[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic Where stories live. Discover now