009 🌸

146 17 3
                                    

"Cantik isteri awak tu." Baekhyun tersentak apabila tiba-tiba Suzy memuji isterinya. Dia hanya tersenyum mendengar itu. Memang tidak boleh dinafikan, Seohwa memang seorang yang cantik natural.

"Mesti ramai lelaki terkejar-kejar dia kan?" kata Suzy sambil mengerling Seohwa yang sedang dalam talian dengan sahabatnya. Baekhyun mulai tidak selesa apabila Suzy berkata begitu.

"Baekhyun-ssi, awak... tak rasa apa-apa, ke?" Baekhyun membalas pandangan Suzy yang sedang memandang ke arahnya. Kening kirinya terangkat. "Rasa apa?"

Suzy menarik senyum manis. "I wonder dia tengah on the phone dengan siapa. Don't you think so? Why dia tak jawab di tempat dia je?"  Baekhyun mengerutkan dahinya. Masih tidak dapat memahami apa yang wanita itu cuba sampaikan.

"Seohwa memang macam tu. Dia akan minta izin dulu sebelum jawab call. Apa yang tak kena?" berubah serius wajah Baekhyun. Dia agak sensitif apabila sesiapa saja bercakap tentang isterinya.

Suzy masih lagi dengan senyumannya. Lengannya disilang sambil menyandarkan dirinya di tulang bangku. Rupa kacak Baekhyun dipandang.

"Awak terlalu naiflah, Baekhyun-ssi. Obviously, dia tak nak awak dengar. Takkan dari situ, awak tak dapat tangkap apa-apa?" air Watermelon Juice disedut untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering sambil memerhati reaksi Baekhyun.

Dan Baekhyun masih memikirkan kata-kata Suzy. Anak matanya bertentangan seketika dengan Suzy sebelum dia menyedari Seohwa menghampiri mereka. Sempat Suzy tersenyum padanya.

Baekhyun tersentak dari lamunannya tentang perbualannya dengan Suzy tempoh hari. Bunyi pintu diketuk membuatkan dia kembali kepada realiti. "Masuk." arahnya sambil mencapai kertas yang selesai dicetak.

"Bos, tengah hari ini bos ada meeting dengan Mr. Lee Seok-Hyun dari syarikat CBX. Lepas itu, bos perlu hadir ke majlis perasmian Loey's Choice." ujar Jung Jaehyun iaitu temporary assistant Baekhyun kerana pembantu peribadinya sebelum ini, Taeyong terpaksa mengambil cuti beberapa hari.

Baekhyun hanya mengangguk sebagai balasan. Jaehyun cuma tersenyum nipis lalu menunduk hormat sebelum melangkah keluar dari pejabat Baekhyun.

Kepalanya ditoleh memandang pintu pejabat Baekhyun. "Betul cakap Taeyong. Memang rasa seram sejuk." langsung dilap peluh yang mereneh di dahinya.

🌸🌸🌸🌸

SEOHWA POV.

Aku mendongakkan kepalaku memandang ke langit bersama senyuman. Cuaca hari ini agak baik. Aku memulakan langkahku setelah mengetatkan tali kasut sukan aku.

Sebelum aku mula berjoging, aku ambil keputusan untuk berjalan terlebih dahulu di sekitar kawasan perumahan di sini. Aku menyumbat earphone kedua-dua belah lubang telingaku sambil menikmati angin pagi yang menerpa diriku.

"Selamat pagi, Makcik Soo!" ucapku kepada Makcik Soo iaitu jiranku yang sering membawa anjingnya keluar bersiar-siar setiap pagi.

"Woof–wooff!"

"Aigoo, Kyu-ah. Comelnya kamu!" bulu lembut milik anjing bernama Kyu itu, aku usap. Kan bagus kalau Baekhyun bagi aku bela haiwan peliharaan.

"Kamu jogging ke, Seohwa?" lantas aku mengangguk sebagai balasan jawapannya. "Saya tak tahu nak buat apa hari ini sebab tu saya nak jogging." aku tersengeh. Buang tabiat apa entah aku hari ini tetiba nak jogging. Muak duduk rumah mungkin.

[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic Where stories live. Discover now