Seohwa dan Joshua saling berjalan beringingan sambil menuju ke kereta lelaki tersebut. Sempat mereka berdua bergurau-senda sebelum Joshua bertindak dengan gentleman-nya membuka pintu penumpang untuk Seohwa.
"T-terima kasih." ucap Seohwa agak kaget dengan perbuatan jejaka itu. Terimbas kembali detik-detik Baekhyun juga pernah berbuat sebegitu.
Tapi, itu cuma dulu.
Sewaktu mereka berdua masih hangat bercinta. Masih tiada pertelingkahan berlaku.
"Most welcome, beautiful." balas Joshua sebelum menutup pintu dan berlalu pergi ke tempat pemandu. Seohwa sekadar tersenyum.
Dia tahu Joshua seorang yang sangat berlemah-lembut apabila berhadapan dengan seorang wanita. Jadi tak ada masalah jika lelaki itu ingin melayannya sebegitu.
"So kita nak pergi makan mana ni?"
"Mana-mana je, saya okay." jawab Seohwa langsung tidak kisah ingin makan di mana. Asalkan kenyang sudah.
Tak complicated macam perempuan lain kan? 😜
"Arraseo." mereka berdua berbalas senyuman sebelum kereta mewah Joshua bergerak keluar dari kawasan bangunan perpustakaan besar itu.
🌸🌸🌸🌸
"Baekhyun? Baekhyun... bangunlah." berkerut-kerut dahi Baekhyun saat tersedar dari tidurnya. Wajah Suzy yang manis tersenyum menyapa pandangannya.
"Oh.. Suzy. You're still here?" Baekhyun menggeliatkan tubuhnya yang terasa kebas.
"Ha'a. Saya tunggu awak bangun. Ingat nak ajak lunch sama-sama." kata Suzy berasa segan tiba-tiba. Terus terbeliak mata Baekhyun mendengarnya.
"Lunch? Sekarang dah masuk waktu lunch ke?" soal Baekhyun tidak percaya. Jam tangan miliknya dilihat dengan mata yang terbuka luas.
"Ah, saya dah lambat!" pantas segala kertas kerjanya yang berselerak dikemas dan dibawa masuk ke dalam beg bimbitnya.
Suzy mengerutkan dahinya melihat Baekhyun yang kelihatan kelam-kabut. "Kenapa dengan waktu lunch? You have to go somewhere?"
"Yes. I need to pick up my wife. She must be waiting for me. I'm sorry, Suzy. Next time, hm?" ujar Baekhyun sambil mempamerkan senyuman manisnya. Acuh tak acuh Suzy mengangguk.
Tanpa berlengah, langsung Baekhyun beredar pergi meninggalkan wanita itu. Enggan isterinya tunggu lama-lama.
Suzy menggenggam penumbuknya. Menahan perasaan geram dalam hati. Sosok tubuh Baekhyun yang semakin menjauh daripadanya dipandang tidak puas hati.
"He left me... for her, huh?" tertawa sinis perempuan itu. Raut wajahnya kemudian bertukar serius.
"Wait until I get you, Byun Baekhyun."
🌸🌸🌸🌸
"The number you have dialed is unavailable. Please try call back later. Thank you for using–"
Lantas talian dimatikan saat mendengar suara operator yang menandakan Seohwa tidak mengangkat panggilannya. Baekhyun mengeluh.
Takkan isteri aku merajuk kot?
Bahagian mesej cuba diperiksa. Tak ada satu pun mesej daripada isterinya hari ini. Selalunya, Seohwa akan beritahunya jika dia hendak ke mana-mana.
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
أدب الهواة"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...