Start from this part saya tak letak dah scene throwback.
🌸🌸🌸🌸
SEOHWA POV.
Sebaik sahaja tiba di supermarket, aku dengan segera mengambil troli. Joshua yang sedang berada dibelakang hanya mengikut langkahku.
"Awak nak beli apa, Seohwa?" aku menggumam seketika sebelum tersenyum memandangnya.
"Saya dengar cerita, awak pandai masak! So, any ideas?" soalku sambil menolak troli menuju ke tempat sayur-sayuran diiringi Joshua yang turut membantuku menolak troli.
Ceh, macam berat sangat je troli ni.
"Ini mesti Dokyeom bagitahu kan?" aku mengangguk kuat. Memang pun. Siapa lagi kalau bukan dia?
Aku melihat Joshua tersenyum. Senyuman dia sememangnya menawan. I wonder dia ada girlfriend ke, tak?
"Hmm, Baekhyun ada allergic apa-apa tak?"
"Tak ada. Tapi, dia tak suka timun." aku senyum. Ya, Baekhyun memang bencikan timun. Pernah sekali aku letak timun dalam masakkan aku, pergh– sanggup berlapar tak nak makan.
Joshua kelihatan sedang berfikir sementara aku melihat sekeliling pasar besar ini. Tak ramai orang pula hari ini.
"Oh! Apa kata awak buat masakan Cina?" cadang Joshua. Aku tersenyum. Okay, juga tu.
"Boleh!"
"Untung Baekhyun dapat isteri pandai masak macam awak." aku tersipu malu mendengar pujian Joshua. Tanpa berkata apa-apa, aku dan Joshua sibuk mencari bahan-bahan yang perlu digunakan.
🌸🌸🌸🌸
Suzy membuka tali keledarnya apabila sudah tiba dihadapan condominium-nya. Hujan yang tadi lebat kini menjadi renyai-renyai sahaja. Mereka berdua hanya terdiam seketika sebelum Suzy memulakan bicara.
"Terima kasih tolong hantar saya. Maaf kalau dah menyusahkan awak." tertunduk Suzy ke bawah kerana berasa serba salah.
"Tak apa. Saya ikhlas tolong awak. Lagipun bahaya awak tunggu sendirian." kata Baekhyun jujur dengan niatnya hendak membantu wanita itu.
Suzy menguntumkan senyumannya memandang Baekhyun. "Boleh saya belanja makan untuk balas jasa awak?" tanya Suzy agak berhati-hati. Dia tahu Baekhyun sudah berkahwin.
Baekhyun geleng. "Tak perlu. Saya ikhlas." tolaknya lembut. Juga, dia tidak mahu benda yang tidak diingininya terjadi.
"Tapi, saya takkan tenang kalau tak balas jasa awak. Kalau awak rasa tak selesa, apa kata awak ajak isteri awak sekali?" Baekhyun menjongketkan kening kirinya. Ajak Seohwa sekali?
"Bila?"
"How about... tomorrow?" Baekhyun mengangguk bersama senyumannya.
"Okay."
🌸🌸🌸🌸
"So, suami awak sekarang tengah berkolaborasi dengan syarikat CBX?" aku mengangguk laju sambil menikmati aiskrim cookie & cream dari Baskin Robin. Sedap!
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
Fanfiction"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...