Dokyeom mengerling jam tangannya untuk sekian kalinya lalu kepalanya mendongak ke arah tangga. Satu keluhan dilepaskan apabila tiada tanda-tanda Joshua akan turun.
"Yah, Shua-ah! Cepatlah! Dah nak 1 jam hanat, aku tunggu. Kau bersiap apa lama-lama?" lelaki itu mulai hilang sabar. Bersiap mengalahkan perempuan.
"YE! AKU DAH SIAP!" laung Joshua dari atas sambil tergesa-gesa menuruni tangga. Dokyeom menggulingkan bebola matanya. Bingkas dia bangkit dari sofa sebelum anak matanya mencerlung besar melihat penampilan sahabatnya.
Terundur Dokyeom dibuatnya setelah Joshua semakin menghampirinya dengan senyuman menghiasi bibir.
Joshua tersengeh suka. "Handsome kan aku?" katanya sambil memperkemas lagi sut hitamnya.
"H-heol... yang kau segak kalah pengantin ni kenapa? Kau nak tunjuk kacak depan suami Seohwa ke, apa?" duga Dokyeom yang masih kagum dengan kesegakan jejaka tersebut.
Joshua agak kaget dengan tekaan Dokyeom yang betul lagikan tepat. Memang itu tujuannya dia mengambil masa yang lama untuk bersiap memandangkan dia tahu dia akan bersemuka dengan Baekhyun buat 'kali pertama'.
"Eh, dahlah kau. Jomlah cepat. Nanti lambat." sempat Joshua berdehem kekok kemudian berlalu pergi. Dokyeom berdecit. Dia yang lambat macam nak kahwin, pastu kata orang lambat pula.
Cibek punya anak Hong.
"Woi! Kau drive!"
🌸🌸🌸🌸🌸
"Ha! Letak sana! Kau pula! Tu, tu! Kat hujung tu!" kepoh suara Boo Seungkwan di seluruh taman itu sedang mengarahkan orang bawahannya.
Sehun menghembuskan nafasnya sambil menilik dirinya di hadapan pantulan cermin. Perasaan gugup dirasainya dari semalam memandangkan lagi beberapa minit dia akan tamatkan status bujangnya dan memikul tanggungjawab seorang suami.
Sebelum itu, Sehun mengeluarkan telefon canggihnya kemudian menangkap gambar melalui pantulan cermin atau dipanggil mirror-selfie.
YOU ARE READING
[ON-GOING] Never Come Back • 『 절대로 돌아오지 않는다 』 • EXO Baekhyun Fanfic
Fanfiction"I made a mistake, now I'm living with the consequences. I regret it. I really do. And I'm sorry." . . . . . . "Seohwa, tolong kembali. I really need you, sayang." "Kenapa saya perlu hadir semula dalam hidup awak selepas apa yang berlaku?" "Seohwa...