Prolog

1.5K 49 7
                                    

LAMA anak mata Aufa merenung bayinya yang sudah terlena. Sejak dari semalam Airin menangis. Mungkin bayi itu dapat merasakan yang mereka bakal berpisah tidak lama lagi. Air mata semakin mengalir deras. Baju yang melekap di dadanya dicengkam kuat. Bibirnya dikemam menahan esakan kecil.

Belum sempat Aufa ingin menyentuh pipi Airin, terdengar pintu bilik dibuka. Kepalanya berpaling ke arah pintu. Laju jari halusnya menyeka air mata di pipi. Dia berdiri menghadap tingkap.

Tengku Riyadh mengeluh lemah. Sudah sebulan isterinya bersikap dingin. Tiada lagi wajah ceria dan gurau senda dari wanita itu. Perlahan-lahan Tengku Riyadh berdiri di belakang Aufa. Kedua bahu itu disentuh lembut.

“Sayang…”

Terpejam mata Aufa. Panggilan itulah yang menjadi kegemaran Aufa. Jika dulu, mungkin dia akan melompat bintang mendengar gelaran sayang. Tapi tidak sekarang. Hatinya sudah hancur dengan permainan lelaki itu termasuklah ahli keluarganya sendiri.

“Sampai bila sayang nak benci abang?”

“Sampai abang ceraikan Aufa.”

Jatuh kedua bahu Tengku Riyadh. Jelas keadaan isterinya sangat tertekan sekarang. Menyesal kerana terlalu mementingkan diri sendiri. Dia sendiri tidak menyangka akan jatuh cinta terhadap Aufa sebaik saja mereka disatukan. Permainan yang dirancang sejak dari awal, telah memakan diri sendiri.

Tubuh Aufa dipusingkan supaya menghadap ke arahnya. Wajah pucat isterinya yang baru saja melahirkan Airin beberapa minggu lepas ditatap penuh kasih. Dahinya ditemukan ke dahi si isteri. Terpejam mata Aufa. Terasa hangat nafas milik Tengku Riyadh ke wajahnya ketika itu.

“Abang tak boleh kehilangan sayang. Abang boleh bagi apa saja yang Aufa nak tapi bukan untuk melepaskan sayang.”

“Aufa dah tunaikan perkara dalam wasiat tu. Itu tujuan utama abang berkahwin dengan Aufa. Seorang pewaris untuk keluarga terhormat seperti abang.”

Aufa ketawa kecil. Terasa dirinya betul-betul bodoh kerana pernah menganggap dirinya sangat bertuah dicintai lelaki seperti Temgku Riyadh Walaupun dia berstatus banduan, Tengku Riyadh masih sanggup memperisterikan dia.

Lelaki yang selama ini dianggap pelindung, hanyalah lakonan semata-mata. Cukuplah kehidupannya dipermainkan. Dia reda jika ini takdir yang perlu dia lalui untuk menggapai bahagia sendiri.

“Aufa bodoh. Aufa tak patut berangan terlalu jauh. Abang memang bukan ditakdirkan untuk Aufa.”

“Syuhhh… jangan cakap macam tu.”

“Tolong lepaskan Aufa. Selagi Aufa terus terikat di sini, hati Aufa sakit sangat. Aufa tak boleh terima semua ni lagi. Aufa boleh jadi gila.”

Baju suaminya dicengkam kuat. Kepalanya didongak ke atas. Wajah Aufa sudah lencun dengan air mata. Dia benar-benar mahu pergi jauh dari kehidupan lelaki itu. Cukuplah dia berpura-pura menjadi orang lain untuk kekal di sisi Tengku Riyadh.

“Sayang dah tak cintakan abang?”

Esakan Aufa semakin menjadi-jadi. Tubuhnya hampir jatuh jika Tengku Riyadh tidak sempat merangkul pinggangnya. Kemas tangan sasa itu membelit tubuhnya.

“Aufa cintakan abang. Tapi rasa cinta tu tak cukup untuk buat Aufa lupakan perbuatan abang.”

“Tak boleh ke sayang bagi abang peluang terakhir?” Tengku Riyadh cuba merayu. Leher isterinya dirangkul kemas.

Gelengan Aufa membuatkan air mata lelakinya gugur. Terkedu Aufa. Pertama kali dia melihat lelaki itu menangis.

“Sekurang-kurangnya fikirkan tentang Airin. Dia berhak dapat keluarga yang sempurna.”

“Lebih baik dia tak kenal Aufa. Aufa tak nak dia malu dengan status Aufa. Aufa yakin abang mampu jaga dia tanpa Aufa di sisi.”

“Aufa akan bahagia tanpa abang dan Airin?”

Aufa mengangguk lemah. Tengku Riyadh menarik nafas dalam-dalam. Tubuh Aufa didakap kemas seolah-olah itu kali terakhir mereka akan bersama. Tepi kepala isterinya dicium lama.

“Abang tak pernah menyesal memilih Aufa sebagai suri hati abang. Abang harap, sayang akan terus bahagia walaupun abang tak ada di sisi sayang.”

Aufa turut membalas pelukan itu. Bibirnya digigit kuat.

“Aufa Batrisya Binti Adam Badrishah.”

Menggigil tubuh Aufa. Air matanya semakin mencurah-curah.

“Abang ceraikan sayang dengan talak satu.” Tubuh Aufa terus dilepaskan. Selangkah Tengku Riyadh melangkah ke belakang. Wajah sugul bekas isterinya ditatap untuk kali terakhir.

“Terima kasih, abang.”

“Tengku Riyadh.”

Tergamam Aufa. Baru dia perasan wajah lelaki itu sudah kembali serius seperti dulu. Wajah yang sama ketika pertama kali mereka berjumpa.

“Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Saya benarkan awak tinggal di sini sehingga habis pantang.” Tengku Riyadh terus berpaling dan keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kasar. Bunyi detumam pintu itu membuatkan Airin menangis kuat. Bergegas Aufa mendapatkan si anak. Tubuh kecil itu didakap kemas. Airin masih menangis sambil mencari-cari sumber makanannya di dada Aufa.

Tangisan Aufa semakin menjadi-jadi. Semuanya sudah berakhir. Setahun bersama Tengku Riyadh merupakan mimpi terindah dalam hidupnya. Kini semuanya hanya tinggal kenangan.

“Maafkan, mama. Mama tak mampu terus kekal di sisi papa.”

💚💚💚💚💚💚💚

Ni baru prolog ye... 😁
Jadi kena siap sedia naik roller coaster dalam novel Suri Hati Encik Serius 🙊

Hanya teaser dan beberapa bab sahaja yang akan diletak di sini. Tq setia menunggu buah tangan dari akak😆

 Tq setia menunggu buah tangan dari akak😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berminat untuk kombo ni pun blh.
Harga single
Suri Hati Encik Serius rm38 sm/rm42 ss

Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)Where stories live. Discover now