Teaser 10

1.3K 22 1
                                    

Teaser 11 (versi belum edit)

#SuriHatiEncikSerius

"Tak boleh ke saya pakai baju ni. Baju ni pun dah cantik. Saya yang jahit sendiri."

"Tukar." Tekan Tengku Riyadh.

Jatuh kedua bahu Aufa. Terpaksalah Aufa mengalah. Dia masuk ke dalam biliknya kembali selepas menutup pintu bilik.

Tengku Riyadh sempat mengirimkan mesej kepada orang tuanya. Takut juga mereka menungga terlalu lama. Tak sampai 10 minit, Aufa keluar juga dari bilik. Tertelan air liur Tengku Riyadh. Baju yang dipakai oleh Aufa kelihatan sangat cantik di tubuh gadis itu. Tapi pakaian itu juga berjaya menunjukkan setiap lengkuk di tubuh Aufa.

Aufa semakin tidak selesa. Sesekali dia cuba menarik pakaianya supaya tidak menunjukkan bentuk di tubuhnya.

"Tukar."

"Ha?"

"Pakai baju tadi."

Tanpa sedar, Aufa terus tersenyum lebar. Laju saja dia berpatah balik masuk ke bilik. Tengku Riyadh berdeham perlahan. Masih terbayang lagi bentuk tubuh Aufa sebentar tadi. Sebelum ini, dia hanya melihat penampilan Aufa yang sedikit selekeh ketika pertama kali mereka berjumpa.

Aufa tidak mengambil masa yang lama. Lima minit kemudian, dia keluar bersama wajah yang berseri. Barulah dia yakin untuk keluar dari bilik itu. Mereka berjalan bersama menuju ke lif. Masing-masing hanya berdiam diri saja.

"Baju tadi... saya nak awak pakai hanya di depan saya. Itu pun bila awak dah jadi isteri saya," kata Tengku Riyadh dengan tiba-tiba.

Terkebil-kebil mata Aufa. Tak tahu kenapa wajahnya terasa berbahang. Bukan dia tak faham maksud lelaki itu tadi.

"Dengar tak?"

"Saya dengar."

"Tadi awak cakap, awak jahit sendiri baju ni."

Aufa tersenyum nipis. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Ha'ah. Saya belajar masa saya dekat dalam penjara. Alhamdulillah, saya dah mahir jahit baju kurung."

"Ehmmm... nanti saya carikan mesin jahit untuk awak."

Tercengang Aufa. Lekas dia berpaling menghadap lelaki itu.

"Eh, tak perlu. Saya..."

"Jahitkan baju untuk saya nanti."

😆

Amboiiiii...mengarah nampak👉👈

Tinggal lagi 5 hari ya😍

Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)Where stories live. Discover now