Teaser 11😍

1.5K 19 0
                                    

Teaser 14 ( versi belum edit)

#SuriHatiEncikSerius

“Kenapa? Kenapa semua orang kejam dengan Aufa? Apa salah Aufa sampai abang dan papa sanggup pergunakan Aufa.”

“Sayang…”

“Diam! Abang pun sama. Abang lagi kejam! Aufa benci abang!” Tubuh Tengku Riyadh ditolak kasar. Aufa segera berlari naik ke tingkat atas.

Tengku Riyadh masih berdiri kaku. Lemah kedua lututnya ketika ini.

“Ri… pergi tengok Aufa. Papa risaukan dia.”

Mendengar bunyi barang-barang yang pecah dari tingkat atas, Tengku Riyadh segera berlari menuju ke bilik mereka. Mujurlah pintu tidak dikunci dari dalam. Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik, tubuh isterinya dipeluk dari belakang.

“Sayang, tolong bertenang. Abang akan jelaskan.”

“Lepaskan, Aufa. Aufa benci abang. Abang tak ikhlas terima Aufa. Abang buat semua ni sebab anak. Pergi!”

Menggigil tubuh Tengku Riyadh. Tak sangka sejauh ini isterinya sudah tahu tentang rahsianya.

“Tak. Aufa dah salah faham. Abang ikhlas berkahwin dengan Aufa.”

Aufa terus berpusing menghadap Tengku Riyadh. Dengan sekuat hati, wajah lelaki itu ditampar kuat. Masing-masing terdiam. Aufa menutup laju mulutnya. Jujur dia tidak sedar dengan perbuatannya tadi.

“Aufa… Aufa tak sengaja. Aufa…”

💔

Jangan salahkan Aufa. Kesalahan TR, terlalu berat😢

Esok last preorder. Harga akan berubah selepas 1/4

Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)Where stories live. Discover now