#SuriHatiEncikSerius
Teaser 9 (versi belum edit)
Lama pula pintu lif terbuka. Takut lelaki itu keluar dari bilik, Aufa mengambil keputusan untuk menggunakan pintu kecemasan. Kelam-kabut dia turun ke bawah. Sesekali dia toleh ke belakang.
Hampir semput nafas Aufa dibuatnya. Sampai saja di lobi, Aufa terus mencari pintu utama. Tak sempat dia keluar dari hotel itu, ada dua orang lelaki bertubuh tegap muncul di hadapannya.
Tergamam Aufa. Dia segera berundur ke belakang. Wajah kedua lelaki itu dipandang dengan riak keliru.
“Encik boleh ke tepi. Saya nak keluar.”
“Saya nasihatkan cik balik ke bilik sebelum tuan kami tahu cik cuba larikan diri.”
Tak berkelip mata Aufa. Tak guna! Rupa-rupanya lelaki itu lebih bijak daripadanya. Aufa pandang ke sekelilingnya. Mahu saja dia menjerit supaya dirinya terlepas dari tempat ini.
“Saya nak pergi dari sini. Cakap dengan tuan awak, dia tak ada hak kurung saya di sini.”
“Ini arahan dari tuan. Dia tak benarkan kami lepaskan cik. Sila ikut kami ke atas,” celah salah seorang lelaki itu.
Bengang Aufa. Tengku Riyadh memang seorang yang licik. Dia bukan bodoh untuk terus bersetuju dengan rancangan lelaki itu. Hampir empat tahun tak berjumpa, tiba-tiba muncul bersama lamaran.
“Siapa nama awak?”
Kedua lelaki itu masih membisu.
“Saya tanya, siapa nama awak? Susah sangat ke nak jawab!” Kali ini suara Aufa sudah meninggi. Malah orang di sekelilingnya sudah mula memandang ke arahnya.
“Saya Dahlan dan ini Mike.”
“Okey, Dahlan. Awak telefon tuan awak sekarang. Biar saya yang bercakap dengan dia.”
“Tapi...”
“Cepat. Kalau tak, saya akan jerit sekuat hati. Jangan nak salahkan saya kalau awak berdua pula yang masuk lokap!”
Cepat-cepat Dahlan keluarkan telefon bimbitnya. Nombor majikan mereka didail. Lelaki itu berdiri agak jauh dari Aufa. Tak sampai seminit, telefon itu dihulurkan kepada Aufa.
“Awak memang dah gila. Tak cukup saya terkurung dalam penjara, sekarang awak nak kurung saya pula,” luah Aufa dengan nada terkawal.
“Naik ke bilik awak sekarang. Sebelum saya sendiri yang angkat awak naik ke atas.”
Aufa tergelak sinis. Lelaki ini memang betul-betul berani. Sekarang boleh pula dia diugut.
“Saya ada hak untuk buat keputusan sendiri. Awak bukan sesiapa dengan saya.”
“Jadi awak memang tak nak dengar arahan saya?”
“No and never.”
Talian terus dimatikan. Selamba saja dia campakkan telefon itu di atas lantai. Terkejut Dahlan. Dia segera mengambil telefon bimbitnya.
“Awak minta ganti rugi dengan tuan awak.”
Dahlan mengeluh perlahan. Nasib baiklah telefon bimbitnya masih berfungsi. Hanya skrin saja yang retak.Kali ini Aufa tidak mahu berlembut lagi. Dia terus menolak tubuh Dahlan ke tepi. Mike cuba menghalang. Dek terlalu geram, Aufa angkat sedikit kain baju kurungnya. Terus lututnya dihentak ke arah tempat sensitif Mike.
Menjerit lelaki cina itu. Sampai terbongkok-bongkok Mike menahan rasa senak. Berkerut wajah Dahlan seolah-olah dia pula yang ditendang.“Cik, tolong bagi kerjasama. Saya tak nak berkasar dengan cik.”
“Tepi!” Kuat Aufa menjerit.
Beg pakaiannya dihentak ke tubuh Dahlan. Dahlan cuba mengelak. Kali ini giliran kaki Dahlan yang ditendang.
“Arghhh...”
Aufa segera mengambil peluang untuk melarikan diri. Dia perlu keluar dari tempat ini. Tiba-tiba terasa tubuhnya melayang ke atas. Bulat mata Aufa sebaik saja tubuhnya dicempung.
“Lepaslah!”
“Saya dah bagi amaran. Kalau awak nak jerit, jangan salahkan saya kalau bibir saya yang akan tutup mulut becok awak tu.”
Laju Aufa menekup mulutnya. Wajahnya semakin tegang. Marah kerana dia dimalukan dikhalayak orang ramai.
“Maaf bos, kami…”
“Tak apa. Silap saya sebab beri arahan yang salah. Lain kali jangan berlembut lagi. Lepas ni, kalau Cik Aufa masih degil, saya benarkan awak berkeras."
Tengku Riyadh terus berjalan laju menuju ke pintu lif. Tergesa-gesa Dahlan mengikut dari belakang sambil membawa beg Aufa. Tubir mata Aufa sudah bergenang. Bila-bila masa saja air matanya akan jatuh ke pipi.
😳
Ehhmmm... Tak pasal2 kena tahan lagi. Bila lah si Aufa tu nak bebas👉👈
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
Roman d'amourBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...