Dari bab 4 (versi belum edit)
Teaser 5❤️( bermulanya di sini...)
Encik Adam terpaksa keluar dari bilik itu setelah masa diberikan untuk berjumpa Aufa sudah tamat. Keluar saja dari bilik itu, peguam yang dilantik oleh Encik Adam muncul di hadapannya. Dia sangat berharap Encik Wahid dapat membantu masalah anaknya. Wajah peguam itu jelas kelihatan keruh.
“Kenapa?”
“Kes ni mungkin sukar untuk kita selesaikan dengan mudah.”
“Apa maksud awak?”
Teragak-agak Encik Wahid ingin memberikan jawapan. Laporan ujian air kencing Aufa baru saja keluar. Keputusan ujian itu makin merumitkan lagi masalah yang dihadapi oleh anak guamnya.
“Kita ke sana. Nanti saya akan jelaskan dengan lebih terperinci.”
Encik Adam sekadar menurut. Dadanya semakin berdebar. Mereka berbincang di kawasan lobi. Mendengar maklumat dari peguamnya, jantung Encik Adam terasa sakit. Tubuhnya menjadi lemah. Dalam sekelip mata, Encik Adam jatuh tidak sedarkan diri. Suasana bertukar kecoh. Beberapa anggota polis terus memberikan bantuan kecemasan.
🥺
Tulah Aufa..
Kan dan kena tangkap😢
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
RomanceBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...