Read y sto CK💥
#shes
“Kak Aufa, pandang sini.”
Aufa toleh ke sisi. Terkejut sebaik saja dia sedar Tengku Ratna sedang merakam gambarnya. Janganlah dia berikan gambar itu kepada Tengku Riyadh. Malu dia. Lebih-lebih lagi dalam keadaan baju yang bak sarung nangka ni.
Tiba-tiba bunyi telefon bimbit Tengku Ratna berbunyi. Gadis itu kelihatan tersenyum lebar sebelum menjawab panggilan itu.
“Ya, Abang Ri. Kata sibuk…” Meleret nada suara Tengku Ratna.
“I want talk with her.”
“Hishh… Abang Ri tak penyabarlah. Kejap…”
Dia kemudian segera mendekati Aufa. Aufa hanya membiarkan pemilik butik di situ mengambil ukuran di tubuhnya. Tiba-tiba Tengku Ratna menyerahkan telefon kepadanya.
“Abang Ri video call.”
Bulat mata Aufa. Terketar-ketar tangannya mengambil telefon itu. Melihat wajah lelaki itu di skrin telefon, membuatkan jantung Aufa bekerja dengan lebih laju. Tengku Riyadh masih merenung wajahnya dengan pandangan redup.
“Selesa?”
“Errr… ya.” Bohong Aufa. Tak tergamak dia bercakap tak selesa di hadapan pemilik butik ini.
“Jangan tipu.”
Kaku tubuh Aufa. Tengku Ratna yang ada di situ turut terkedu.
“Mrs Ng.”
“Yes, sir.” Wanita cina itu segera mendekati Aufa. Kepalanya dijengah sedikit di skrin telefon.
“I don’t want my girl wear that kind of dress. Please change it into something more decent.”
"No problem."Terkebil-kebil anak mata Aufa. My girl? Mendengar perkataan itu saja terasa wajahnya semakin berbahang. Tengku Ratna sudah sembunyi senyum. Baru berpakaian begini dah muncul angin cemburu si abang.
“Aufa…”
“Ya, tuan.” Disebabkan terlalu terkejut, tak sedar dia terpanggil gelaran tuan di hadapan Tengku Ratna dan pemilik butik.
Tersengih-sengih Aufa dibuatnya. Pasti mereka pelik mendengar gelaran tuan tadi.
“Jumpa minggu depan. Take care.”
Tak sempat Aufa nak menjawab, lelaki itu sudah menamatkan panggilan. Mendengar pesanan lelaki itu, hati Aufa sedikit kecewa. Dia terpaksa menunggu beberapa hari lagi supaya dapat berjumpa dengan lelaki itu.
Pelik! Kenapa dia tiba-tiba dah rindukan lelaki itu? Tak mungkin hatinya dah jatuh cinta terhadap Tengku Riyadh.
*****
LAMA anak matanya menatap gambar yang dikirim oleh adiknya. Sekali lagi jantung Tengku Riyadh berdegup laju. Sejak akhir-akhir ini, dia dapat merasakan ada sesuatu perasaan yang asing muncul setiap kali dia berada dekat di sisi Aufa. Keluhan kasar terlepas dari bibirnya. Tak tahu samaada betul atau tidak tindakannya sekarang.
“Cantik. Bakal isteri kau ke?”
Tengku Riyadh segera memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Tak sangka pula lelaki itu cepat balik.
“Bila kau balik?”
“Adalah dalam 10 minit. Sempatlah aku tengok kau termenung tadi.”
Umar serahkan secawan milo panas kepada Tengku Riyadh. Sejak beberapa hari mereka di sini, kawan baiknya sering termenung. Pelik juga dia dibuatnya.
Tengku Riyadh meneguk sedikit air dicawannya. Cawan itu diletakkan di atas meja. Kaki disilangkan sebelum anak matanya memandang ke arah televisyen.
“Kau ada masalah?”
Tengku Riyadh sekadar menggeleng. Tergelak Umar. Tak ada masalah konon. Petang tadi pun lelaki itu terlupa untuk membawa kertas kerja yang perlu mereka bentangkan kepada pihak pelabur. Dia sangat kenal dengan lelaki itu. Tak pernah lagi Tengku Riyadh bersikap cuai.
“Pasal Aufa Batrisya.”
Kali ini Tengku Riyadh menoleh ke arah Umar. Tegang wajahnya ketika itu.
“Aku dah agak, mesti pasal dia. Kenapa? Dah menyesal nak teruskan rancangan tak masuk akal kau tu?”
“Kau nak cakap apa sebenarnya?” Tegas nada suara Tengku Riyadh. Panas juga dia mendengar sindiran lelaki itu.
“Sebelum kau pergi jauh, aku cuma nak nasihatkan kau. Kau kawan baik aku. Aku tak nak kau tersalah langkah. Perkara yang kau nak buat sekarang ni, melibatkan masa depan seseorang.”
“Aku tak ada cara lain lagi. Aku perlu teruskan rancangan asal aku juga.”
“Kau boleh aje betulkan keadaan sekarang. Jangan teruskan perkahwinan tu. Kesian dengan dia. Kau tak fikir ke apa perasaan dia nanti kalau dia tahu hal sebenar?”
Tengku Riyadh hanya berdiam diri. Dia sendiri sukar untuk memberikan jawapan. Setiap kali dia teringatkan penderitaan gadis itu, baru sekarang dia terasa sakit.
“Kalau kau nak capai impian kau tu, aku tak rasa kau perlu pilih dia sebagai isteri. Ramai aje yang layak untuk dijadikan isteri.”
“Aku tak nak orang lain.”
“Jangan cakap kau pilih dia sebab harta. Kau pun dah cukup kaya. Tak perlu nak jatuhkan reputasi kau untuk kahwin dengan perempuan banduan tu.”
“Shut up!” Leher baju Umar dicekap kuat. Tajam anak matanya merenung wajah Umar. Tertelan air liur Umar.
“Rileks… aku… aku cuma cakap…”
“Sekali lagi aku dengar perkataan banduan tu dari mulut kau, jangan salahkan aku kalau bibir kau pecah. Kau dah lupa, gelaran tu tak sepatutnya ada dekat diri dia!” Tubuh Umar ditolak kasar.
Dia terus berdiri tegak. Nafas ditarik dalam-dalam. Wajahnya diraup perlahan. Hampir saja dia hilang kawalan sebentar tadi.
“Okey. Aku minta maaf. Aku… aku tak sengaja.”
“Kau kawan baik aku, Umar. Tujuan aku luahkan masalah aku dulu, sebab aku perlukan sokongan. Ya, aku memang kejam sebab masih memihak kepada orang yang salah. Sebab orang tu darah daging aku.”
“Aku pernah beri nasihat dulu. Tapi kau masih berdegil nak buat semua ni. Sekarang, aku takkan halang. Aku cuma nak ingatkan kau, supaya kau tak menyesal.”
Bukan niat Umar untuk menghina Aufa tadi. Dia tidak mahu Tengku Riyadh menghancurkan kehidupan gadis itu. Cukuplah hukuman yang pernah dilalui oleh gadis itu disebabkan kesalahan orang lain.
“Aku dah tak boleh patah balik. Kalau dulu, aku buat semua ni untuk lindungi adik aku tapi sekarang…” Mati ayat lelaki itu.
“Tapi apa?” Pelik pula Umar melihat sikap Tengku Riyadh. Tiba-tiba saja lelaki itu berdiam diri.
“Tak ada apa. Aku nak berehat. Aku masuk bilik dulu.” Dia segera meninggalkan Umar yang kelihatan bingung itu.
Umar garu kepala yang tidak gatal. Boleh pula lelaki itu meninggalkan dia dengan jawapan tergantung. Melihat dari cara lelaki itu berkelakuan pelik beberapa hari ini, dia mula terfikirkan sesuatu.
“Jangan-jangan…”
Umar pandang ke arah pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu. Kali ini dia yakin hati Tengku Riyadh sudah berpaling arah. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibirnya. Lega kerana lelaki itu takkan sesekali menyakiti hati Aufa.
💥💥💥💥
Versi cetak dah tak banyak ya🌹
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
RomansaBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...