Teaser 7

1.1K 19 0
                                    

Dari bab 5

#SuriHatiEncikSerius

Teaser 7😢

“Aufa, tak nak makan ke?”

“Kak Timah makanlah. Saya tak lapar.”

“Ishh… jangan macam tu. Kejap lagi mereka nak ambil bekas ni. Nanti Aufa lapar.”

Aufa tunduk menekur lantai. Tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipi. Tercengang Kak Timah. Lekas dia duduk di sebelah Aufa.

“Kenapa menangis ni?”

“Aufa rindukan papa.”

Jatuh kedua bahu Kak Timah. Sepanjang dia duduk di dalam bilik tahanan ini, memang dia sudah masak dengan sikap Aufa. Gadis manis ini selalu saja menangis. Acap kali Aufa memberitahu yang dia sangat menyesal kerana tidak mendengar kata-kata papa.

“Insya-Allah, Aufa banyakkan berdoa. Minta hati papa Aufa lembut untuk terima Aufa kembali.”

“Aufa faham kalau papa susah nak terima Aufa tapi kenapa kakak pun buang Aufa. Dah lama dia tak jenguk Aufa.”

“Mungkin dia sibuk. Lagipun, masa untuk melawat terhad. Cuba bersangka baik, ya.”

Aufa pandang wajah Kak Timah. Di sini, dia memang rapat dengan Kak Timah. Jika dibandingkan dirinya dengan Kak Timah, dia lagi bernasib baik kerana masih mempunyai keluarga. Kak Timah tidak mempunyai sesiapa selepas ditipu oleh teman lelakinya. Malah Kak Timah terpaksa berada di sini atas kesalahan menghisap dadah.

Sudah tiga tahun Kak Timah berada di sini. Melihat ketabahan Kak Timah, Aufa berasa kagum. Dia juga mahu berubah menjadi lebih baik.

“Kita makan dulu,” pujuk Kak Timah sekali lagi.

Akhirnya Aufa mengalah. Bekas nasi yang berisi nasi putih bersama sup sayur kobis dipandang lama. Hari ini mereka hanya diberi ikan selar kuning goreng untuk hidangan tengah hari. Dengan perasaan sebak, makanan itu dijamah juga.

🥺

Dah tak sabar ke nak depa bertemu buat kali ke dua❤️❤️❤️❤️

Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)Where stories live. Discover now