#Suri_Hati_Encik_Serius
(Masa ni dah bertahun berlalu ya)
“Tuan betul-betul nak kahwin dengan saya ke?”
Tengku Riyadh hanya membisu. Sakit pula hati Aufa melihat layanan lelaki itu. Baiklah! Dia sendiri akan mengikut rentak lelaki itu tapi dengan caranya sendiri.
“Saya setuju berkahwin dengan tuan tapi tuan tak boleh sentuh saya.
Hampir tersedak Tengku Riyadh. Anak mata mencerlung tajam ke arah Aufa. Kedua orang suruhannya turut terkedu.
“Kamu berdua pergi sekejap,” arah Tengku Riyadh tanpa memandang ke arah orang suruhannya. Mike dan Dahlan segera berlalu pergi.
Setelah kelibat kedua lelaki itu berdiri agak jauh darinya, Tengku Riyadh berdiri dan berjalan ke arah Aufa. Sengaja dia menunduk sedikit sehingga Aufa terpaksa berundur ke belakang. Kedua-dua tangan Tengku Riyadh memegang sisi kerusi Aufa. Tubuh Aufa berada di antara kedua tangan itu.
“Saya lelaki normal, Cik Aufa Barisya.”
Terkebil-kebil mata Aufa.
“Ini bukan cerita dalam novel. Tolong hentikan imaginasi awak untuk buat syarat mengarut. Saya anggap apa yang awak cakapkan tadi, satu gurauan.” Tegas Tengku Riyadh.
“Saya tak bergurau, tuan. Sekali lagi saya ingatkan tuan. Saya ni seorang banduan. Tak mungkin tuan nak perempuan seperti saya ni lahirkan zuriat tuan.”
“Wow, jauh awak berfikir rupanya. Maksudnya, awak dah boleh bayangkan masa depan kita selepas berkahwin.” Tengku Riyadh tersenyum sinis.
Berbahang wajah Aufa. Dia pula yang dikenakan.
🔥🔥🔥🔥

YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
RomanceBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...