BAB 2😍✌️
TENGKU Riyadh bersandar di kerusi. Pertama kali mereka berjumpa setelah beberapa bulan bertunang. Memang sebelum ini sudah acap kali mama menyuruh dia berjumpa dengan gadis itu. Bagi Tengku Riyadh, perkara itu bukanlah penting. Dia bertunang pun demi memenuhi kehendak keluarga.
Aufa cuba berlagak selamba. Kali pertama dia melihat wajah lelaki itu secara berhadapan. Hampir saja jantungnya bergolek. Kacak! Tapi memikirkan misinya ke sini, dia perlu meneruskan niatnya.
“Ada apa nak jumpa saya?” Tengku Riyadh duduk bersilang kaki. Kedua-dua lengannya diletak di atas sofa.
“Saya tak nak teruskan pertunangan ni.”
Ternaik kening Tengku Riyadh. Jari jemarinya bermain dengan rahang sendiri.“Kenapa?”
“Sebab kita tak serasi.”
Tengku Riyadh tayang wajah selamba. Langsung tak terkesan dengan jawapan Aufa. Sakit pula hati Aufa melihat wajah beku itu. Sudahlah dari tadi lelaki itu hanya tayang wajah serius.“Pelik. Kita baru jumpa tak sampai 10 minit. Tapi awak dah cakap, kita tak serasi.”
Terkulat-kulat Aufa. Bijak juga lelaki ini. Tapi dia perlu yakinkan Tengku Riyadh yang mereka tak sesuai untuk bergelar suami isteri.
“Sebab tu saya datang nak sedarkan tengku.”
“Riyadh… Just call me Riyadh”“Tak kisahlah. Sama aje. Sekarang ni saya nak tengku putuskan pertunangan kita. Masih tak terlambat lagi tengku betulkan keadaan. Tengku cuba tengok saya ni…”
Sengaja Aufa berdiri tegak di hadapan lelaki itu. Siap berpusing lagi. Biar lelaki itu nampak jelas penampilan dirinya sekarang.
“Saya tak sesuai dengan tengku. Saya tak suka bergaya. Cuba bayangkan kalau kita dah kahwin, sah tengku malu nanti.”
Tengku Riyadh mendongak sedikit. Atas bawah dia melihat penampilan gadis itu. Memang berbeza dengan apa yang pernah diberitahu oleh mama. Kononnya bakal isterinya seorang yang cantik bergaya.
“Tengku boleh kahwin dengan kakak saya. Dia kan kawan tengku.”
“Maksud awak, Anis?”
Laju Aufa mengangguk. Senyumannya sudah semakin lebar. Harap-harap, lelaki itu akan bersetuju.
“Mustahil.”Mati senyuman Aufa. Perlahan-lahan dia duduk di sofa kembali.
“Kenapa pula? Kakak saya tu lagi cantik. Padanlah dia dengan Tengku.”“Kalau saya sukakan dia, dah lama saya pilih kakak awak sebagai isteri.” Kali ini nada suara Tengku Riyadh sudah bertukar tegang. Sesuka-suka hati saja Aufa mengatur masa depannya.
“Sama macam saya. Tengku pun tak suka saya. Ni zaman modenlah. Tak perlu kita kahwin atas aturan keluarga. Mengarut!”
Tengku Riyadh berdiri di hadapan Aufa. Kini barulah dia faham dengan permainan Aufa. Senyuman penuh sinis ditayangkan di hadapan gadis itu.“Dah habis bercakap?”
“Ha?”
“Saya masih banyak kerja. Rasanya awak dah boleh balik.”Ternganga Aufa. Dia terus berdiri sambil bercekak pinggang. Memang langsung tak ada perasaan agaknya lelaki ini. Sudah terang dia tidak mahu teruskan pertunangan ini. Tapi Tengku Riyadh masih berdegil. Dasar muka tembok.
“Saya ni penagih dadah. Awak masih nak kahwin dengan saya?” Kali ini bahasa Aufa sudah kasar. Tiada lagi gelaran tengku untuk lelaki itu.
“Banyak betul plot cerita awak ni. Tadi kata tak serasi, sekarang ni penagih dadah pula. Pertama kali saya tengok orang yang gian ada tubun badan yang berisi.”
Bulat mata Aufa. Tubuhnya dipandang seketika. Menyirap darah Aufa dikatakan berisi.
“Jadi awak memang tak nak putuskan pertunangan kita?”
Tengku Riyadh menggeleng sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Wajah serius lelaki itu makin menyakitkan hati Aufa.
“Fine! Awak jangan menyesal nanti.”
“Try me.” Tengku Riyadh membalas penuh sinis.Aufa terus keluar dari bilik itu dengan perasaan marah. Pintu dihempas kuat. Tengku Riyadh tersenyum senget. Dia kembali duduk di kerusi kerjanya.
Tak sampai beberapa minit, terdengar pintu biliknya diketuk. Belum sempat dia memberi arahan, Umar masuk ke dalam biliknya. Keluhan terlepas dari bibirnya. Pasti lelaki itu ingin bertanyakan tentang gadis tadi.
“Siapa budak pengkid tu?”
“Pengkid?”
“Yalah. Gaya dah macam budak lelaki tiruan. Selekeh pulak tu. Tadi ada orang nampak dia datang dengan perempuan seksi. Siapa?”
Tengku Riyadh picit kepalanya yang mula terasa pening. Banyak pula maklumat yang disampaikan oleh Umar. Takkan calon isterinya berperangai luar alam?“Aufa Batrisya.”
“Macam pernah dengar aje nama tu?” Lama Umar berfikir. Beberapa saat kemudian, meja Tengku Riyard ditepuk kuat.
Terkejut Tengku Riyadh. Wajahnya semakin tegang.“Itu tunang kau. Biar betul Ri?”
Tengku Riyadh tidak mempedulikan bebelan Umar. Dia segera menyiapkan kerjanya yang tertangguh tadi. Umar tidak puas hati. Tak mungkin gadis tadi tunang Tengku Riyadh.“Kau okey tak dengan dia?” Soal Umar.
“Okey.”
“Kau biar betul? Takkan bakal isteri kau macam tu, kau masih boleh tenang.”
Tengku Riyadh merengus kasar. Tubuhnya bersandar di kerusi. Tajam anak matanya merenung wajah Umar.“Aku tak kisah. Aku setuju berkahwin pun bukan sebab cinta. Yang penting, aku dapat jawatan yang aku nak selama ni.”
Menggeleng Umar. Terlalu besar cita-cita Tengku Riyadh. Sampai sanggup mempertaruh masa depan sendiri dan kehidupan orang lain.
“Aku takut kau menyesal nanti. Macam mana kalau dia tahu tujuan perkahwinan ni?”“Biarlah. Masa tu, aku yakin kedudukan aku di syarikat ni dah memang hak aku. Tentang dia, terpulang.”
“Senangnya kau bercakap.”
“Kalau kau nak ceramah dekat sini, aku rasa lebih baik kau keluar. Cukuplah budak tadi dah buat kepala aku ni pening. Jangan kau nak tambah pula masalah aku.”Terpaksalah Umar berundur diri. Bila lelaki ini sudah tinggikan suara, itu tandanya dia tidak mahu diganggu. Ditambah pula dengan muka ketat lelaki itu, makin menggerunkan Umar.
Sebaik saja Umar keluar dari bilik itu, pen di tangannya dibaling kasar. Turun naik nafas Tengku Riyadh menahan marah. Kata-kata Umar tadi sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keputusannya untuk berkahwin. Kejam ke dia mempergunakan Aufa demi kepentingan diri sendiri?🧡
Ku dah kabo, hero kejam. Tapi dia pun sweet namatey😆
#SuriHatiEncikSerius
#KompilasiTheFighter
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
RomanceBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...