“Jadi… sebab tu…”“Ya, sebab tu papa pilih dia untuk jadi isteri Ri. Memang papa akui dia agak liar berbanding kawan baik Ri tu. Tapi demi masa depan kita, kita perlu bijak memilih.”
Tengku Riyadh mengangguk faham. Patutlah sejak dari awal keluarganya mendesak dia bertunang dengan gadis itu. Wajahnya diraup perlahan. Makin rumit Tengku Riyadh untuk mendekati gadis itu. Sudah terang gadis itu tidak sudi berkahwin. Tercabar juga Tengku Riyadh dengan penolakan Aufa beberapa hari yang lepas.
“Ri jangan risau. Cinta tu boleh dipupuk selepas berkahwin. Tapi kalau Ri masih tak dapat nak cintakan dia, lepas aje rancangan kita berjaya, Ri boleh ceraikan dia.”
Tengku Riyadh bersandar lemah di kerusi. Perkara ini melibatkan masa depan seseorang. Tapi dia perlu korbankan sesuatu untuk meraih impiannya. Nafas ditarik dalam-dalam. Tengku Riyadh segera bangun sambil membetulkan kot di tubuhnya.
Dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Yang penting, jawatan itu perlu jatuh ke tangannya. Walaupun dengan cara yang kejam.
💔
Maafkan akak sebab kejam sikit utk permulaan tahun 2021✌️
Lepas raya, kita bagi Hero sweet namatey pulak👉👈😝
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
Roman d'amourBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...