Preorder dibuka sehingga 29/10 Shj disebabkan ada permintaan dari perpustakaan dan pembaca.
🌹🌹🌹🌹🌹
KOMBO SWEET SERIUS (print on demand)
🔥 SURI HATI ENCIK SERIUS 🔥
“Saya tak nak teruskan pertunangan ni.” –Aufa Batrisya
“Kenapa?”-Tengku Riyadh
“Sebab kita tak serasi.”- Aufa Batrisya
“Pelik. Kita baru jumpa tak sampai 10 minit. Tapi awak dah cakap, kita tak serasi.”- Tengku RiyadhBercakap dengan Tengku Riyadh yang berwajah serius 24 jam hanya menyakitkan hati. Demi menghilangkan tekanan, dia melepaskan semua itu di tempat yang salah. Dan berakhir dengan tragedi hitam.
Malang nasib Aufa apabila dia menerima hukuman tinggal di sebalik tirai besi selama beberapa tahun. Di sanalah, Aufa sedar kesilapan yang dilakukan olehnya. Hampir empat tahun terkurung, dia dibebaskan. Namun dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang bergelar tunangannya dulu.
“Be my wife, Aufa Batrisya.”- Tengku Riyadh
Kemunculan lelaki itu menghuru-harakan kehidupan Aufa. Tak mungkin lelaki itu masih ingin menjadikan dirinya sebagai isteri setelah dia bergelar banduan. Atas permintaan orang tuanya, dia menerima lamaran Tengku Riyadh demi membalas budi lelaki itu.
Aufa mulai menerima kehadiran Tengku Riyadh sebagai suami. Hari demi hari, cintanya bercambah di hati. Namun kepulangan kakaknya membuatkan Aufa tertanya-tanya.
“Satu hari nanti, kau sendiri tak sanggup nak pandang muka dia disebabkan kisah silam kau.”- Anis
Benar kata Anis. Setelah rahsianya terbongkar, Aufa tak mampu melihat wajah lelaki itu lagi. Perpisahan dituntut demi mencari kebahagiaan sendiri.
Ikhlaskan Tengku Riyadh menjadikan Aufa Batrisya sebagai suri hatinya selama ini? Adakah benar hati Aufa sudah tertutup untuk si suami?
.
💋 KHAIR SWEETNESS IN YOU 💋“Kehadapan Kak Yana, Ir dah lama suka Kak Yana. Ir tak nak Kak Yana bercinta dengan Bob. Ir nak jadi kekasih Kak Yana.”
Aku tergelak besar. Khair Ikhsan. Adik kepada Yuhanis, kawan baikku sendiri.
Budak tu 13 tahun. Muda dari aku 4 tahun
Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengurat!
Dalam hatiku, dia bukan siapa-siapa. Aku masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah keluar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih menganggapnya sebagai bahan gurauan.
“Teringin aku nak ungkit masa kecil dia.” Ujarku pada Yuhanis.
“Ha, Khair... Ingat tak siapa ni? Ni la Kak Yana.” Yuhanis bertanya.
Khair pandang aku sekilas. “Tak. Tak ingat.”
Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?
“Yana... You jadi girlfriend I.” Aku hampir tersedak mi goreng.
“Siapa?” soalku dengan suara yang hampir tenggelam.
“You dan I.”
Kata Yuhanis, Khair Ikhsan tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami berdua tidak sesuai. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.
“Kalau Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Perempuan kalau dah move on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci.” - Aku
Tak pernah terlintas dalam fikiranku bercinta dengan adik kawan baik sendiri! Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.
“Jangan usik lebih-lebih.” Aku memberi amaran.
Khair mendekatkan tubuhnya dengan tubuhku sehingga aku jadi kaku. Jari-jari kasar Khair singgah ke pipiku.
“I tahu you penat,” bisik Khair kepadaku.
❤️
Nak single pun blh. Hubungi penerbit di bawah
Shopee preorder :
https://shopee.com.my/product/225123396/13321070636?smtt=0.225127736-1634817661.9whatsApp :
http://www.wasap.my/60198817140/KomboSweetSerius
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out)
RomanceBismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai...