Bab 1 : Halusinasi

114 20 13
                                    

Aku bangun terlebih awal hari ini. "Baru pukul 2 pagi" bisik hati aku sambil menuju ke dapur untuk meneguk segelas air suam.

Sedang aku meneguk segelas air suam dengan begitu 'laju' kerana terlalu kehausan, aku terdengar bunyi pelik dari luar tingkap dapur.

Bunyi yang seakan-akan seseorang sedang memotong daging. Bunyi itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian aku.

Aku pun memberanikan diri dan melihat ke luar tingkap. Tapi, tidak ada apa-apa diluar namun bunyi itu adalah dari jiran di sebelah rumah aku. Pasti bunyi itu datang dari arah sana memandangkan, tingkap dapur kami saling bersemuka.

"Barangkali, nak masak hidangan daging yang mahal agaknya" aku yakinkan diri usai aku mula berasa agak takut apabila melihat setompok demi setompok darah yang terpecik itu melekat ke cermin tingkap dapurnya.

Aku pun kemudiannya, masuk ke dalam bilik tidur dan sambung dibuai mimpi.

Keesokkan harinya. . .

"Mika! tolong bukakan pintu!" jerit ibuku dari ruang tamu. Mujurlah aku sudah bangun pada waktu itu. Aku pun dengan pantas membuka pintu rumah aku. Rupa-rupanya, jiranku yang menakutkan aku dengan bunyi pelik semalamlah yang mengetuk pintu rumahku.

"Ada apa mak cik?" tanyaku.
Beliau pun kemudiannya mengukirkan senyuman sehingga gigi taringnya yang agak tajam itu kelihatan. "Mak cik masak Daging Goreng Tumis hari ini. Ada banyak lagi, jadi mak cik saja nak sedekahkan pada jiran-jiran" jelasnya lalu menghulurkan dua bungkus masakan Daging Goreng Tumis yang dimaasaknya itu kepada aku.

Aku pun mengucapkan terima kasih sebelum menutup pintu.

"Siapa tu Mika?"

"Jiran sebelah"

Setelah mendapat tahu si pemberi makanan itu, ibu pun terus merampasnya daripada aku, "Apa yang dia bagi?" tanya ibu dengan penuh risau.

"Benda biasalah. . .makanan" jawabku sambil mengangkat bulu kening kerana berasa jengkel dengan ibuku yang suka bersangka buruk dengan orang.

"Pergi buang. Jangan makan!"

Aku tersentak.

"Kenapa?!"  tanyaku dengan marah.

"Sebab itulah kamu kene selalu bergaul dengan semua orang di sini. Bukannya asyik berbual dengan jiran gila tu. Kalau tak inilah jadinya!" ibuku masih lagi berteka-teki dan bukannya menjelaskan.

"Apa maksud mak?!" aku tetap berdegil dan masih inginkan penjelasan.

"Ada khabar angin yang dia bunuh anak dia yang baru lahir dan masak anak dia jadi Daging Goreng Tumis . Masa tu, suami dia baru sahaja meninggal dunia sebab kemalangan. Kebetulan, masa tu dia pula sedang mengalami masalah kewangan dan tak dapat nak isi perut yang tengah kelaparan dan disebabkan terlalu lapar, dia pun bunuh anak sendiri dan makan anak sendiri" jelas ibuku.

"Mana mak tahu? Kalau setakat orang cerita takkan nak percaya. Kalau betul pun kenapa polis tak tangkap dia?" ketawa aku apabila terdengar cerita yang tidak masuk akal itu.

"Kamu kenal Ikram? anak Puan Mahsuri?" tanya ibuku pula tanpa menjawab pertanyaan ibuku.

"Kenapa dengan dia?" aku ingin tahu.

"Masa umur dia 6 tahun, dia secara tak sengaja terlanggar pagar rumah jiran gila tu. Jiran tu pun terus keluar dan gigit jari Ikram sampai putus. Nasiblah, masa tu ada pasangan suami isteri nampak dan terus telefon polis. Jiran gila tu kena tahan dan dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa buat sementara waktu dan sekarang,entah macam mana dia boleh balik" jelas ibuku dengan panjang lebar.

Bab Terakhir (akan disunting)Where stories live. Discover now