( 5 ) - Lawak Tepuk Bahu

203 13 12
                                    


Seorang businessman  dah terlewat ke tempat tujuan, menahan sebuah teksi di pinggir bandar.

"Nak ke mana, encik?"

"Ke bandar."

Pemandu teksi pun menetapkan meter lalu bergerak ke destinasi yang berjarak lebih kurang dua belas kilometer.

Jalan lengang dan mereka berdua pula tak berborak kerana fikiran masing-masing melayang entah ke mana. Kebetulan lagu 'Kamar Sepi' dendangan Herman Tino sedang berkumandang di radio. Lagu tentang kematian & tentang menziarah kubur kawan baiknya.

Pemandu teksi yang berusia lebih separuh abad nampak sungguh asyik sekali melayan suara lemak merdu sang penyanyi yang terkenal dengan rambut kembang ala afro look  itu.


Tetiba, si businessman  teringat sesuatu. Dia terlupa membawa bersamanya briefcase  yang mengandungi fail-fail penting untuk mesyuarat tengah hari nanti. 

Dia berhasrat menyuruh pemandu teksi berpatah balik. Biar berapa charge  yang akan dikenakan nanti dia sedia membayarnya. Dia kaya, banyak duit, rumah tiga tingkat, bininya artis. Cuma hari ini kereta mewahnya meragam sewaktu hendak dihidupkan enjinnya tadi.

Dia lalu menepuk bahu pemandu teksi dengan lemah lembut, takut pula kalau-kalau si pemandu akan terlatah dan terkejut beruk nanti.

Pap pap.

Bunyi dia menepuk.

"Allahuakbar," jerit si pemandu.

Serentak dengan laungan tersebut teksi membrek secara mengejut hingga membuatkan si businessman  terhantuk kepalanya pada bangku hadapan.

Mujur tiada kenderaan lain, cuma beberapa motosikal saja yang melalui jalan tersebut.

Walau sakit dahinya, namun terkejut teramat si businessman  tatkala melihat pemandu teksi keluar tergesa-gesa lalu jatuh terduduk di atas rumput di pinggir jalan.

"Eh, kenapa ni, pakcik?" tanya si businessman.

"Ini hari pertama pakcik bawak teksi," jawab si pemandu sambil mengusap dadanya.

"Tapi, ape kena-mengena soalan saya dengan jawapan pakcik ni?" tanya si businessman  lagi sambil menggaru kepalanya yang memang tengah gatal.

"Sebelum ini, sebelas tahun pakcik bawak van jenazah. Tak pernah pun penumpang belakang tepuk bahu pakcik," jawab si pemandu teksi dengan wajah sedikit lega.

"Oh, macam tu ka? Sorry  sebab saya buat pakcik terkejut."

Seketika kemudian mereka sama-sama ketawa.


Anda yang membace tak ketawa ke? Kalau tak ketawa dan tak nak vote  pun tak ape, aku cool  je.. hee 😁

Sesaja aku buat lawak jenaka ni untuk release tension  sebab chapter  terbaru 'Imanul' pun nampak sunyi je sambutannya tu.. hmm 🙄





• FRIaat | 23042021 | 361 words •


• hal𝓉 •Where stories live. Discover now