• Cam ni cam tu •
• Beberapa coretan non-fiction dari logik akalku. Namun tak semestinya akan dipersetujui oleh khalayak. Manusia ada pendapat yang tersendiri & tak terikat dengan insan lain. Terpulang kepada korang untuk bersetuju atau menyangkal...
Ini citer lawak dari idea aku sendiri. Sorry kalau korang tak tergelak & tak rasa citer ni lucu. Ape pun, layan je.
•••♦◄♥►♦•••
Seorang lelaki berusia sekitar enam puluhan sedang duduk di bilik pemeriksaan dalam sebuah hospital di negara kita. Yang memeriksanya seorang doktor pelatih kurang berpengalaman. Tapi cerita ini bukan tentang kaedah perawatan doktor tersebut. Begini le dialog antara kedua manusia itu.
Doktor : Selepas saya periksa, saya dapati pakcik ni masih sihat orangnya. Nampak kuat lagi ni. Ape rahsia pakcik?
Pakcik : Oh, pakcik jaga makan. Tak minum air bergula dah berpuluh tahun. Minum air suam jer. Makan nasik pun ade sukatannya, beras pulak beras rebus atau parboiled rice. KFC dan McDonald langsung pakcik tak layan.
Doktor : Wow, pakcik ni educated jugak ye pasal makanan?
Pakcik : Eh, tak ade lah, doktor. Pakcik ni bukan pandai sangat pun. Cuma bace sikit-sikit kat internet tu.
Doktor : Ni betul ke yang tertera di kad ni nama pakcik?
Pakcik : Ya, memang betul lah tu. Kenapa? Tak percaya?
Doktor : Hmm, sukar jugak saya nak percaya sebab nama ni panjang sangat. Syed Muhammad Haiqal Irfan Danish bin Syed Ismail. Tentu pakcik susah nak tulis dalam ape-ape borang, kan?
Pakcik : Hmm, betul le tu doktor. Sejak zaman sekolah lagi pakcik alami kesukaran tu.. hu hu.
Doktor : Ya, saya faham.
Pakcik : Tentu nama doktor pun panjang jugak, kan? Sebab doktor ni nampak muda lagi.. he he.
Doktor : Tak jugak, pakcik. Nama penuh saya Dollah bin Ryan Imanul Aidan Faizehsan. Cuma nama bapak saya je yang panjang berjela.. hu hu.
Si pakcik terkesima dan tersengih menampakkan giginya yang agak kuning dan jarang.
Doktor : Baik le, pakcik. Saya rasa cukup le saya periksa pakcik ni. Nanti marah pulak pesakit yang dok tunggu kat luar tu.
Si pakcik pun bangun lalu ternampak satu poster tertera 'Mari Derma Organ' di dinding bilik tersebut.
Doktor : Kenapa pakcik? Berminat nak derma organ jugak ke?
Pakcik : Eh, tak ade lah, doktor. Pakcik ni mana ade organ? Jangankan organ, piano pun pakcik tak ade. Ahli muzik je yang ade organ ni. Mungkin doktor patut tanya kat cucu Norman KRU tu, atau menantu Aiman Tino ke? Hu hu.
Kini, si doktor pula terkesima dengan jawapan pakcik itu.
Untuk pengetahuan korang, kejadian ini berlaku pada tahun 2069 nanti. Bila bebudak yang lahir selepas tahun 2000 menjadi warga emas. Dia orang terpaksa namakan anak seringkas yang boleh kerana nama sendiri pun dah panjang berjela.. ha ha ha!
Moral citer ni. Berpada-pada le namakan anak. Jangan sampai dakwat pen habis hanya untuk mengisi nama di borang 🥴️🤪
•••♦◄♥►♦•••
Dari hari ke hari, aku makin malas nak teruskan citer 'Imanul' tu sebab feedback dari para readers makin suram je. Aku perlu petrol untuk kereta aku terus bergerak ke destinasinya. Hmm 😭
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.